Jumaat, 5 Ogos 2011

Repost: KANDAR KOLE dan 'KUAH' AJAIB



Ini kesah zaman2 retro di asrama kampung yang aku pernah cerita dalam blog ni..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Hari itu seluruh warga asrama Blok Megat Panji Alam heboh.. Dipanggil turun ke halaman blok untuk disoal siasat.. Kelihatan tupai-tupai laju berlari di atas tiang elektrik.. "Cari rezeki biasanya petang-petang begini.." Getus hati aku..

"Sape kencing dalam kole Kandar ni?!!! Mengaku cepat!! Kalu tidak saya piat semua!!" Jerit warden, Encik Syaf dengan lantang sambil menunjuk-nunjuk ke arah sebuah kole yang mahsyur .. Sampai bulu kaki pun boleh gugur mendengar jeritan tersebut.. (piat=rotan)

Rasanya dalam sejam jugak warga blok Megat Panji Alam kena tahan untuk sesi soal siasat. Yang seronok nya mereka x payah pergi kelas persediaan petang itu..

Ni mesti keja budak batch atas-atas ni. Biol..

#################################################


Kandar merupakan pelajar junior paling menonjol tahun itu.. Skema, bijak, rambut belah tepi, pakai spek, tuck in rapat (sampaikan baju melayu pun tuck in).. Dengan itu, Kandar menjadi target untuk senior2 melepaskan penat lelah mengulangkaji pelajaran..

Aku tingkatan dua, beliau tingkatan satu.. Walaupun senior setahun, aku takdela mengambil langkah kejam ke atas adik-adik junior... Selalu jugak aku memberi motivasi disaat Kandar dibuli rakan-rakan sedarjah.

Tujuannya satu. Belanja di kantin.

Hahaha. Ya, Kandar suka belanja aku di kantin waktu rehat sebagai balasan.. Bukan nya dia yang kaya.. Ayahnya yang beri duit. Bekerja sebagai Profesor kat mana entah.. keluarga Kandar memang kaya.. Kandar belanja sebab dia tidak mempunyai kawan rapat walaupun satu batch. Ini memang memberi advantage untuk aku. Nasib lah tu..

Kandar memang kaya.. Anak tunggal plak tu..

Cuma, yang membezakan Kandar dengan rakan-rakan 'pokemon' (pokemon= gelaran untuk budak2 yang nerd, berseluar singkat, beli biskut banyak2 kalau outing, tapi tajam akalnya) yang lain adalah, Kandar membawa kole ke mana jua ia berada....


Ya, KOLE DIMANA JUA IA BERADA!.. Sebab itu beliau digelar 'Kandar Kole'.. Terbit jugak sekelumit kesian kepada beliau.

#######################################################

Sejurus selepas kejadian paling jahanam, yakni 'kejadian kencing dalam kole Kandar', Kandar terus keluar dari sekolah kampung itu dan memulakan pengajian di sekolah mane ntah.. Yang aku tau beliau di tawarkan ke Sekolah Alam Shah ketika tingkatan 4.. (TOP jugak SBP ni kalau x silap..)

#######################################################

Malam sebelum kejadian paling jahanam tu, aku seperti biasa lepak2 dalam kamar (dorm) '8 Megat Panji Alam 2' yakni bilik Kandar.. Buku komik Gila-Gila cuma boleh didapati disini. Komik2 Hong Kong yang lain jugak banyak boleh didapati disana sahaja.. (Juara-juara Kembar, Pendekar Tunggal, Pedang Setiawan, Jengking Merah, Bintang Kecil, B.I.P, Kawan, URTV.. dll)

Seperti biasa juga, aku akan lepak atas katil sebelah Kandar yang kosong. Kandar duk sibuk cerita pasal masalah keluarga ke hape entah. Aku biasanya dengar dan bagi nasihat ala kadar je. (sebab aku ni tak reti sangat benda2 macamni.) Hujung perbualan tu, Kandar tidur tanpa bagitau. Celaka, aku bagi nasihat kat tiang katil rupanya..

Tiba-tiba Masdur datang secara gelabah dan ambik kole kepunyaan Kandar. Masdur ni budak setingkatan dengan aku.. Duduk blok lain.. Aku buat x endah je kat Masdur.. Masdur biasa masak Megi dalam kole tu, macam hari2 yang sebelum ni tanpa pengetahuan Kandar..

Bila aku mau berangkat pulang ke bilik sendiri, kelihatan Masdur menghantar pulang kole Kandar.. "Sedekah 'kuah' sikit kat dia." Ujar Masdur.



Barua punya Masdur.. Lepas kejadian tu barulah aku paham maksud 'kuah' yang di sedekah itu... Ingatkan die malas nak basuh sisa kuah megi yg dalam kole tu..! Rupanya kuahhhhhhhhhhhh laen.

psst: Sekarang aku still boleh nampak Kandar semula (jadi junior ).. Penampilan masih sama kecuali KOLE NYA SUDAH TIADA DI MANA JUA IA BERADA... Aku rasa dia dah lupa muka aku. Padahal aku masih ingat dia.

psst: Masdur belajar di UK skarang. Aku mengharapkan Masdur sempat memohon ampun dengan inisiatif sendiri. Kang tak berkat.

19 ulasan:

Farihah Ahmad berkata...

teringin pulak aku berkenalan dgn Kandar ehehh




wey ko xbca 'anak2 wira' ke??

Mutiara Bernilai berkata...

uish.
dahsyat.
mau trauma si kandar tu,

xbek tau!
meh sini mutiara sekeh masdur tu lelaju!

jiranmafiarussia berkata...

macam drama tb dowh lelidi.

jaga-jaga.suatu hari nanti kandar berpotensi menjadi pembuli yang paling dahsyat tahap dewa. kehkeh

lukisan ko ada buat aku terbyg cite usop sontorian :)

sharamli berkata...

budak bijak selalunya skema kan.. tapi tu dulu la.. sekrang dah jarang..

bact. berkata...

power jugak masdur sampai ke UK
tapi power lagi si Kandar sebab ada kole

Kapten Atok berkata...

best siot!

kandar tu junior ko kat perak ler tu.

oranglidi berkata...

farihah,
-nanti aku kenalkan. wahahaha. jgn sbab nk suh dia blanja lak. haha
-anak2 wira? mcm penah baca..

mutiara,
-hahaha.. memang trauma la sbabtu klua skolah.

mafia,
-haha.. memang ak nak wat jalan crita drama pung. hee
-mungkin jugak satu ari nanti beliau jadi pembuli. tapi berdasarkan keadaan semasa, ak rasa x.
-usop sontorian memang idol aku. hehe

sharamli,
-skang pun ada lagi.

bact,
-masdur memang power.

kapten,
-ha. btul2. haha

Masy berkata...

jahat sunggoh laaaa..

nurniyusoff berkata...

sesekali bila terserempak,
buat2 la tanya,
sekarang dah tak bawa kole ke? :)

pasti die ingat,
dan pasti dia gembira jumpa kamu ..

Bella Bell berkata...

kim salam kat kole... heheheh!!~



^^

dochi berkata...

kandar belajar mane sekarang?


peghhh bijak bolah tahan masdur.

Lea IsNaw! berkata...

kandar ngan amsdur mana hensem?
hehe

kim salam kat depa

Qaseh dalia adelia berkata...

hahaks.. kim salam kat kandar , xleh paggil kandar kole dah sbb kolenye dah xde

Larasephia berkata...

melawak kasaq sungguh ampa budak2 laki ni. haih +__+

Pisey berkata...

Juara-juara Kembar, Pendekar Tunggal, Pedang Setiawan.

Ni aku rindu zaman muda-muda ni. Entah mana dah komik-komik ni bersepah.

ama berkata...

sebenarnya aku tak berapa paham kuah.
ok lembap.

* baca sekali lagi *
heh

oranglidi berkata...

masy,
-haha.. nakal. biasala..

nurni,
-trimas sudi singgah. hehe
-hhaaha, maleh la nk tanye cmtu, kang kecik lak hati beliau.

bella,
-hahaha. insyallah.

dochi,
-perak
-otak masdur memang ligat.

lea,
-haha. hensem aku lagi

qaseh dalia,
-panjangnye nama.
-trimas sudi singgah.
-btul gak tu. tapi nama tu dah melekat. haha

lara,
-lama x dgr kabar.
-hahaha.. gurau kasar kan.

pisey,
-heheheh.. ada lagi kat pasaran rasanya.
-zaman mudamuda? skang da tua ka? haha

ama,
-profil pic xle blah. haha
-baca balik msti paham punya. saja aku konfiuskan.

Koyuki berkata...

ahaha..gile ah masdur (nama sebenar ke?)

oranglidi berkata...

koyuki,
-bukan nama sbenar. hehe