Isnin, 30 September 2013

Blog Baru

Tamat sudah percutian ke Kota Kinabalu. Antara benda menarik di sana adelah KFC sangat banyak. hehe.

Makanan laut yang superb dan murah, pasar-pasar yang best, pulau yang cantik serta pemandangan indah di Gunung Kinabalu.

Jadi sempena dengan ini jugak aku dah bukak blog baru yang dikhaskan untuk kerja foto-moto. Silakan bukak wordpress ni:


Dekat sana ada ditulis cerita tentang perjalanan ke Kota Kinabalu.






"Backpackers bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 3.00 petang dengan menaiki pesawat AirAsia dari Miri (Harga tiket ketika itu RM170++). Naim datang menjemput backpackers di rumah.
Sampai di Kota Kinabalu International Airport 2 dalam 30-40minit flight.  Kami menaiki teksi ke Bandar Kota Kinabalu dan singgah di kawasan Kampung Air untuk mencari Hotel.  Berjalan kaki sahaja sambil mencari hotel dan akhirnya setelah pusing-pusing dan membandingkan harga, kami mengambil keputusan bermalam di Hotel Kinabalu yang berharga RM105 semalaman.  Hotel : Dua katil besar." - mm
 sekian yang demikian. =)


Rabu, 25 September 2013

Kamera dan Fotografi

Fotografi.

Nak kata aku ni gila fotografi ni tak lah sangat. Cuma minat tu je la ada. Suam-suam orang kata. Walaupun pakai kamera jenis ape aku tak kisah sangat. Suka tengok gambar samada yang di'edit' atau tak. (Lagi bes kalau tak edit sebenanye.)

Tapi pada masa-masa tertentu tu memang tak buleh nak bendung bila ambik gambar ni. Lagi-lagi kalau ade member pegang DSLR. Aku suke gambar yang jenis fokus kat satu objek dengan pemandangan belakang blur atau dipanggil Macro. Tak tau sebab ape.. mungkin nampak menarik bile ambik macam tu.


Air terjun Pantu di Lambir, XPDC Miri Ahad lalu

Apa yang best nye ambik gambar ni adalah bila hasil dia kemas. Cantik ke tak tu belakang cerita. Kira 'padu' la. Orang tengok pun boleh terima, kira ok la. Gambar tu pulak boleh dibuat kenang-kenangan atau diletak kat profil picture fesbuk ke instagram ke blog ke.

Tapi kalau nak dibanding, zaman kecik-kecik dulu tengok bapak aku pakai kamera yang guna kodak tu sangatlah cool. Cuma leceh bila nak gi 'cuci' filem.

Tambahan, gambar-gambar masa tu boleh di'album'kan secara realiti. Bukan takat masuk kompiter je. Hehe. (walaupun skarang pakai printer, jarangla nak print)

Form 5 dulu aku sempatla beli kamera RM20 kat kedai di Dungun. Tu la first kamera aku ada. Yang taruk filem tu la jugak walaupun masa tu orang dah mula pakai digital camera. Hilang kemana pun aku tak tau la. Rugi betul.

Tapi yang tak best nya dalam fotografi secara amatur ni, bila nak ambik gamba tu rasa segan. Semulajadi barangkali. Lepas dah segan tu mulalah sifat malas hadir. Jadi hilanglah mood untuk berfotoshoot.

Untuk dijadikan cerita, semalam entah angin ape datang tiba-tiba rase nak beli sebuah kamera. (Dah lama mengidam beli satu). Lagipun aku rasa perlu untuk beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Masalahnya, aku buntu nak beli DSLR atau kamera compact. Jadinya, setelah membaca review dan berbincang sekata dua, akhirnya aku tekad untuk beli satu kamera.


Selamat memulakan tugas wahai D5100. Semoga bermanfaat

Jadi dengan berbekalkan sedikit sahaja ilmu fotografi ni, aku akan ke Kota Kinabalu pada hari ini untuk percubaan. Insyallah cerita tentang journey to Sabah akan diceritakan pada episod mendatang. (Pergi Brunei haritu pun belom cerita. Adoi.)

Mana tau boleh jadi freelancer ambik gambar kenduri ke lepas ni. Hehe. Oh ya, mana tau kalau ada nak add INSTAGRAM nak layan gambar-gambar secara live, boleh jugak layari INSTAGRAM AKU.

Sudi-sudikanlah ye.

ps: 25/9/2013 sempurnalah jejak kaki ke seluruh Malaysiaaaa!!!!

Jumaat, 6 September 2013

Titik Kesinambungan.

Assalamualaikom. Semoga sehat suma.

Terlalu lama pulak aku tinggalkan benda yang bernama blog ni. Haha.  6 Bulan tu..

Tiap kali apdet mesti ulang ayat sama. Seblom tu aku rase belum lah terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. (Eh, bulan raye agi ni kan? hahahaha)


Jadi, sambungan rentetan hidup aku di Miri haritu adelah skarang aku kena lalui satu trening ni yang cukup lama. 1 tahun. Tepaksa ulang alik Terengganu dan Miri. Syukur a dapat tiket balik free skali skala kan.

Macam lopong pulak bila menulis dah bulan 9. Dulu macam tiap bulan ade je apdet nye. Oh ye, lupa nak crita raya haritu adek aku slamat dijabkabul. Tambah lagi ahli keluarga.

Namun yang pastinya aku la yang asyik kena target satu soklan ni mase majlis aritu. Padahal aku punya la cuba elak sampai menyamor buat bizi jadi tukang angkut lauk.

Soalan dia, "abang dah kawen, adik dah, awak bila?" Macamtu la lebih kurang soalannye.

Oleh yang demikian aku dah set awal-awal dalam minda apo yang nak dijawap. Aku cakap je a 'tunggu a dulu, baru kerja dan lain2'. Pusing-pusing memang soalan tu ja yang kena. Bertalu-talu. Sampai satu saat naik fedap jugak la kan. Haha.

Bukan nye ape kan, kite ni sape la kan. Ilmu tak cukup, ekonomi blum stabil (memang la kalau tunggu cukop sampai ke tua x kawen, tapi secara tegasnye sekurang2 nye kena a mencukupi). Ntoh, aku pun taktau camna nak explain benda ni. hehe.

Berbalik pasal kerja sket, sekarang ni aku duk timba ilmu kat laut. Training sambil bekerja camtu la. Sangat la letih keja ni rupenye.



Aku macam tersangat terkejut tengok rajen nya la brader brader naik turun laut ni. Dahla risiko tinggi,
berminggu minggu kat laut pulak, bila la ada masa dengan keluarga agaknya. Ada jugak yang tiap hari ulang alik. Bangun 5 pagi, sampai darat dah malam. Macam masa lapang diorang sangatlah terhad. Lagi-lagi yang jauh dari semenanjung ni.

Inilah mungkin dugaan atau mungkin jugak mereka sanggup menggalas tugas ni demi menyara hidup. Apa-apa pun pilihan di tangan masing-masing kan. Kalau dah rezki terima seadanya.

Orait la geng, itu je a barangkali sedikit sebanyak apdet kehidupan, pasal kenaikan minyak, majlis kahwen adek, pengalaman bulan puasa, beraya, naik kapal dan lain-lain aku semadikan dalam minda aje lah. haha.

ps: gambar untuk cantikkan entri ja. hahaha. trimas la sesapa yang masih membaca ni ya. Nanti ade masa aku lawat korang. hehe.