Sabtu, 5 Disember 2009

Frenster dah berubah wajah. Wa baru perasan. Fesbuk bila lagi?

Semalam menggongjeng di bandaraya Ipoh. Dah blank tak tahu nak wat apo. Lepak lah di pusat membeli belah. Kyle XY takde pusat lagi ke? Tebuk kang. 

Lepak semalam adalah lepak paling lama seumur hidup wa. Tak pernah lagi lepak sampai pukul 3 pagi. Hehehehe. Lepas makan diner, wa dengan kutu2 pegi men boling kat Ipoh Parade. Orang ramai macam celaka. Tak reti ke nak buat bacaan Ya Sin malam2 macam ni? ceh.

Secara sirius. Ni kali pertama wa membaling boling. 1 Lane 2 game. Game ke2 wa strike dua kali. Menang terus. Perasaan berkecamuk jugak sebab macam tak percaya sangat. Tapi ibarat pepatah kata kutu-kutu, first timer memang ada luck. Jadi good luck lah tu. cis.

Lepas tu karok di Shogun Gopeng. Beratus2 lagu jugak dilayan. Dari rock kapak sampai ke beksteret boy. Sampai serak serak brader Nash Lefthanded ni ha.. Dengar x? Hahahaha. (Dekat RM 100 jugak habis semalam. Badigoll..)

Oke lah brader sister, malam ni wa chow ke ganu dulu. Dah xde apdet dalam masa berdekatan gamaknya. Monsun kap hari terakhir esok. Kalu lu ade tengganu, wa ade kat sane. Dah nampak tu tegur la ehem2 ke, peewit ke.. wa x kisah sangat dah. Member member je punn..

psst: wa xde frenster. Apatah lagi Fesbuk. Blog sebijik pun dah x terjaga.

psst: wa doakan agar Pemimpin2 di Malaysia ni terbuka hatinya untuk berdamai.. Sampai doa2 pecah perut tu wa agak terkilan. Sejauh mana kebenarannya kita tak tau. hehehhe.. Sebab tadi petang wa bermimpi PM Najib , TokGuru Abd Hadi dan Nik Aziz berbaik2 depan Agong. Apakah maksud disebalik mimpi ini? Adakah wa akan menjadi PM?

 CHOOWW!!

KEM YANG WA PEGI DIBAWAH ADALAH OUTWARD BOND SCHOOL. LU GOOGEL SENDIRI.

Jumaat, 4 Disember 2009

Tak Reti - Reti?

Lu tak reti-reti? Lu sihat? hahahah.. Ofkos mula-mula sekali wa mau mengucapkan selamat hari raya kepada diri sendiri. Wa beraya dan berkorban di sebuah camp. Memang ketenteraan. Lu bayangkan seminggu wa sibuk ber'camping'. Jadi takkan wa mau online ketika berdayung sampan? Wa menyusun jemari memohon sori kerana lama tak pergi blog2 lu. Lu jangan merajuk sangat. Cis..

Ah, dia punya letih lu tak usah tanya. Susah senang dihadapi bersama. Kaler kulit memang dah berat ke kegelapan. Pembakaran mentari memang dahsyat. BERKAYAK dan BERWHALER bagai nak rakk. Dapat kawan-kawan baharu. Wa malas sangat nak cerita pasal kem ni. Panjang benor.. Wa online ni pun atas ehsan kawan.Gambor pun  tarak.

Yang penting, wa berjaya MEMBUMIKAN BUDAYA HIDUP ROCK KAPAK ke atas kawan-kawan baru sepanjang kem tersebut. Tak salah kan mendendang lagu rock kapak sewaktu mendayung 'whaler' (dan sambil baring atas pokok di pagi buta)?

Sepanjang unblogging ni wa agak tak tahu apa yang dah berlaku. Kalau ada yang nak report2 kena buli tu silakan report. Wa nak buli balik. Nanti ada kudrat wa terjah la blog lu. Bagi yang tiba-tiba polow dan link wa, wa sori benor sebab wa belum ada masa yang cukup untuk klik klik blog lu. Hehehe. Trimas Kasus dan Salam perkenalan diucapkan!

OKEH, WA CHOOWW YUN FAT DULU~!!!!

PSST: LENKALI LA WA SEMBANG PANJANG2. WA BARU SETTEL KEM NI, TAKKAN NAK PECAH KEPALA PIKIR APDET2..

PSST: WA JUMPA SORANG DUA BLOGER KAT SANE JUGAK (etc princess irda ixypixy dot blogspot) .. HEHE.. SIAP PANGGIL ORGLIDI.

PSST: WA MENULIS ATAS LEPTOP ALAMIN. Seorang yang Hensem.

Sabtu, 21 November 2009

Eksistensi Sial dan Kepulangan

APDET: OK LAH, WA BERTOLAK TENGGANU DULU. JAGALAH BLOG INI MACAM BLOG LU SENDIRI! WOKEH.


Pagi semalam MHI pasang lagu ni: KEPULANGAN by RAZIS ISMAIL.. Lagu pop pujaan zaman 80an. Sebelum Rock Kapak naik. Memang berdesup jugak hati dengar lagu ni. Tangkap lentok brader sister.. Baik lu download untuk butiran lebih lanjut.


BATU 6

Oh ya, pebenda wa mau cakap sebenarnya? Malam ni wa akan pulang ke tanah air, tempat dimana lembu kambing menunggu untuk diberi makan, tempat wa nak melepak petang-petang di Pantai Teluk Ketapang di waktu senja sambil makan sotong celup tepung dan air kelapa, tempat wa mau melepaskan penat lelah sambil menelan keropok lekor goreng, tak ketinggalan tempat makan nasik dagang.

Kuala Terengganu. Hehehehe.. Ada sesapa mau datang ? Meh wa belanja roti canai hot-hot ke, laksa tengganu ke, kuih nekbat ke, keropok losong ke.. haha..
(raya haji ni jmput la ke rumah, ade jamuan sikit. hehe.)

Di samping itu, semalam wa dah membereskan cerita Papadom. Paling best watak Que Haidar. Cerita 'Eksistensi Sial' memang sial.. Celaka apa movie macam tu?

Ok lah. Doakan wa selamat sampai. Kalau ada pitis, wa onlain. Kalau takde, lu misscall je blog ni.


wa komen :
"lingkup rantai dek karat,
pedas pengat dek cili,
iduladha dah dekat,
sematkan semangat korban dihati."

sekali pak ngah sambung

"lingkup rantai dek karat

pedas pengat dek cili
Idiladha semakin rapat
berkorbanlah seikhlas hati
tak semestinya sapi ke unta 
jangan terkorban dek niat
padahnya berat berganda
kembalilah ke hukum dan adat."



kalu lu nampak brader ni tolong kirim salam. cakap apahal bela beruang atas kepala


akhir kata, pandu cermat jiwa selamat, selamat bercuti, beraya korban dan hidup rock kapak!!

psst: wa masih tak puas hati 6th sense dan Jac Vic tak dapat masuk final AJL. Pejadah la dengan lagu Stacy tu.. Xsedap pun.. macam lagu2 biasa sangat..Tahniah Hujan dan Yuna.

Khamis, 19 November 2009

Disana Kelkatu disini Penunggu.

TRIMAS KASUS KERANA MEMBACA ENTRI INI! KHAS UNTUK H20 CVE!

19-November 2009----
Hahahahahahaha.. Ya, bila perang sudah beransur-ansur pulih, tibalah masa untuk meredakan otak yang bergelora bak 'menanam padi di pinggir kota' ..

Persediaan lebih kurang sebulan oleh project manager (SYAFIQ) ternyata memberi kesan dan impak maksimas.. GENTING!! Kami sekelas dah berpakat ke sana selepas undian ke Genting menang dalam kelas. Lu bayangkan, dah dekat 14 tahun dalam kelas, aktiviti untuk merapatkan ahli langsung tarak. Dahlah cuti semester depan nak praktikal.

Program pada awalnya mahu bermalam di sana, tapi disebabkan masalah teknikal, program jalan-jalan menjadi sehari saja. Hehehe..

Program jalan-jalan bermula jam 6.00 pagi setelah usai solat subuh. Macam kebiasaan, pukul 7 lah kami bergerak. hehe.. Kalau tak silap, penuh jugak Bas Persiaran yang kami naik. (Peserta terdiri dari ahli kelas dan sedikit ahli luar kelas)..



Muka baru bangun subuh. Dan mandi pagi.

Antara peserta yang hadir.

Bila dah sampai di err.. er.. amenda ntah nama tempat ni, kami lepak2 menunggu pokok disiram hujan.. Ini tempat nak naik gondola (kabel kereta).
Oh,ya.. Bukan kelas AWAM sahja pergi.. Kelas PETROL pergi jugak..

Kenang-kenangan dengan kereta kabel mainan.

'Masing-masing sudah berpunya'- kata dia. Hehehe.. Gambar disnap sewaktu beratur naik kereta kabel.

Hiyyaaaahh!! Posisi wajib. Gmbar ditangga.


Keadaan dalam kereta kebal.. Gondolan ke gondol?


Reta pernah berlakun iklan syampu anti kelmumur. Di perhatikan dari tepi C-men.

Jangan gayat sangat.. Nombor gondol kami 111.. ade makna tu..

Hheheehe.. Nampak tak kabus tu? Bukannya asap orang tanak nasik.

Pa'in (ketua group transport), Hani (Olahragawati ..kalau x silap.), Kak Pah (interprestasi).. Aleeya (peminat suasana Korea), Adik kepada Hani...

Jerry dan C-men merentasi udara sejuk tanpa sweter. (Macamane ntah eja sweter.. dari skolah rendah wa x reti eja sweter. Sweet tau lah.)

Antara gambar yang menjadi perbualan ramai. P'Rocksi yang tak cukup ahli.. Yid sedang menonton drama swasta Korea gamaknya. Yang kanan tu je available. Ke dah berpunya? Itu yang kita tak tau.
Nice pose kawan2! Dah macam kat eskimo pulak. Eskimo?


CVE H20 ROCK!! Sedih jugak tak semua datang.


Projek manager yang mencuba nasib dengan membaling syiling. hahaha. Dapat tu.. sekali baling je.

Hadiah patung kuning. Wa x pasti tu binatang ape. Kanggaroo ke kucing?

Ini yang kita mahu.. Rilek je sebelum buang air. Kalau ade awek kat tepi tu baru lah ok. haha.


Permainan menda ntah. Kapal lanun. Memang bising habis! Kelihatan body bilder mengusap otot..

Kah kah kah! Tak boleh g Fulham, ambik gambo kat sini pun cukup la kawan.. hehe..


Bila dah lapor, makan KFC. Memang mahal celakak. Harge Zinger Beger dah melampaui harga bergedil. Nasik lemak pun dah 4 ringgit. Pebenda ni?
Yang bestnya, kalau hembus napas tu, keluar asap.. Asap??

Haaaa... Maen langgar-langgar kereta.. Nasib baik takde yang eksiden.

Juara anak patung. Semua anak patung disapu.

Pernah lu membidik senapang?


Fokusss..


Hasilnya.. Nah, dapat sekor Koala. Baek dapat Koala Lumpur. Tembak dua kali barulah dapat. Cis, perabih aiskrim je.

INI PALING BEST... LU DATANG GENTING, TAK MAIN MENATANG NI, MEMANG RUGI.. antara permainan yang dapat 5star rate. Roler kusterd. Nasib baik tak terkencing. Paling best masa kepala kat bawah, kaki kat atas. Wa rilek lagi. Siap boleh usha awek belakang.


Ni paling tak tahan. Wa snap gambor dari screen komputer Fujifilm. (kelihatan Reta dan Is) hahah. Pastu kena marah. Wa buat2 tak dengar je. Kamon la kak! Takkan gambo sendiri pun kena bayor!! Komunisme betul la!


Dah nak balik. Jejaka-jejaka idaman. Wak Tang dan Is mengepak dibelakang.


Penaik bas CVE.. Sori kabus.. haha.


Ni paling sempoi.. Pergi balik macam ni. Dalam bas pun macam ni. Hehehe..

wa : Pek (bukan Albert@Alfred), tak sejuk ke?
Pek putih: Kalau korang sejuk aku lagi lah sejuk.. tapi, cuba lu ambik contoh amoi2.. pakai skirt je. Lagi sempoi dan ehem-ehem..



SELAMAT TINGGAL GENTING!

banyak lagi gambo2 menarik. Takkan nak letak semua. cis.. Lu ingat ni fesbuk?

Apa apa pun, trimas kasus kepada projek manager yang letih-letih arrange program.
Kalau tak silap, 19 disember ade pulak gathering kat Genting ni. Sebulan dua kali pegi Genting? Rabak.. rabak..

psst: BARU WA PERASAN.. NOMBOR 111 TU SAMA DENGAN BILANGAN 111 POST BLOG INI.. HAHAHA..

Selasa, 17 November 2009

GENTING SEMPAH


tahap orang x lepas SPM ambik gmbo. biase lah..

ni entri campur2. bawah ni gmbar2 pilihan untuk contest bulan. Wa sokong yang bawah ni. Yang laen lawa2. tapi yang ni lagi menarik.



Pilihan pertama: gambar ke empat


Pilihan kedua: PISEY!! nice a gmbr ni. gambar 20



Pilihan ke-3: Jejaka anggun . gambar 40



ESOK HARI PERANG TERAKHIR. DARAH MASIH MENGALIR.

ESOK KENA ANALISIS STRUKTUR. ANALISIS LAH GUNA CARA APA SEKALIPUN.

LUSA KAMI (H2O CVE07) AKAN KE GENTING HIGHLAND MELEPASKAN PENAT LELAP. (LELAP?)

EXITED SEBAB NAK KE JANDA BAIK.

YA, TARIKHNYA 19 ARIBULAN 11.




psst: lame x balas komen. sibuk2.

Isnin, 16 November 2009

post dibawah. ahahaha

banyak post dibawah kan? haha. layan je la.


pagi sudah berhenti berkabus.


selipar paling disayangi. kalau hilang, ibarat layang2 putus udara.


pudu maju skang.


kasut disayangi.

CHooww..!

lame x berenang . Kolam sihat?