Sabtu, 21 November 2009

Eksistensi Sial dan Kepulangan

APDET: OK LAH, WA BERTOLAK TENGGANU DULU. JAGALAH BLOG INI MACAM BLOG LU SENDIRI! WOKEH.


Pagi semalam MHI pasang lagu ni: KEPULANGAN by RAZIS ISMAIL.. Lagu pop pujaan zaman 80an. Sebelum Rock Kapak naik. Memang berdesup jugak hati dengar lagu ni. Tangkap lentok brader sister.. Baik lu download untuk butiran lebih lanjut.


BATU 6

Oh ya, pebenda wa mau cakap sebenarnya? Malam ni wa akan pulang ke tanah air, tempat dimana lembu kambing menunggu untuk diberi makan, tempat wa nak melepak petang-petang di Pantai Teluk Ketapang di waktu senja sambil makan sotong celup tepung dan air kelapa, tempat wa mau melepaskan penat lelah sambil menelan keropok lekor goreng, tak ketinggalan tempat makan nasik dagang.

Kuala Terengganu. Hehehehe.. Ada sesapa mau datang ? Meh wa belanja roti canai hot-hot ke, laksa tengganu ke, kuih nekbat ke, keropok losong ke.. haha..
(raya haji ni jmput la ke rumah, ade jamuan sikit. hehe.)

Di samping itu, semalam wa dah membereskan cerita Papadom. Paling best watak Que Haidar. Cerita 'Eksistensi Sial' memang sial.. Celaka apa movie macam tu?

Ok lah. Doakan wa selamat sampai. Kalau ada pitis, wa onlain. Kalau takde, lu misscall je blog ni.


wa komen :
"lingkup rantai dek karat,
pedas pengat dek cili,
iduladha dah dekat,
sematkan semangat korban dihati."

sekali pak ngah sambung

"lingkup rantai dek karat

pedas pengat dek cili
Idiladha semakin rapat
berkorbanlah seikhlas hati
tak semestinya sapi ke unta 
jangan terkorban dek niat
padahnya berat berganda
kembalilah ke hukum dan adat."



kalu lu nampak brader ni tolong kirim salam. cakap apahal bela beruang atas kepala


akhir kata, pandu cermat jiwa selamat, selamat bercuti, beraya korban dan hidup rock kapak!!

psst: wa masih tak puas hati 6th sense dan Jac Vic tak dapat masuk final AJL. Pejadah la dengan lagu Stacy tu.. Xsedap pun.. macam lagu2 biasa sangat..Tahniah Hujan dan Yuna.

Khamis, 19 November 2009

Disana Kelkatu disini Penunggu.

TRIMAS KASUS KERANA MEMBACA ENTRI INI! KHAS UNTUK H20 CVE!

19-November 2009----
Hahahahahahaha.. Ya, bila perang sudah beransur-ansur pulih, tibalah masa untuk meredakan otak yang bergelora bak 'menanam padi di pinggir kota' ..

Persediaan lebih kurang sebulan oleh project manager (SYAFIQ) ternyata memberi kesan dan impak maksimas.. GENTING!! Kami sekelas dah berpakat ke sana selepas undian ke Genting menang dalam kelas. Lu bayangkan, dah dekat 14 tahun dalam kelas, aktiviti untuk merapatkan ahli langsung tarak. Dahlah cuti semester depan nak praktikal.

Program pada awalnya mahu bermalam di sana, tapi disebabkan masalah teknikal, program jalan-jalan menjadi sehari saja. Hehehe..

Program jalan-jalan bermula jam 6.00 pagi setelah usai solat subuh. Macam kebiasaan, pukul 7 lah kami bergerak. hehe.. Kalau tak silap, penuh jugak Bas Persiaran yang kami naik. (Peserta terdiri dari ahli kelas dan sedikit ahli luar kelas)..



Muka baru bangun subuh. Dan mandi pagi.

Antara peserta yang hadir.

Bila dah sampai di err.. er.. amenda ntah nama tempat ni, kami lepak2 menunggu pokok disiram hujan.. Ini tempat nak naik gondola (kabel kereta).
Oh,ya.. Bukan kelas AWAM sahja pergi.. Kelas PETROL pergi jugak..

Kenang-kenangan dengan kereta kabel mainan.

'Masing-masing sudah berpunya'- kata dia. Hehehe.. Gambar disnap sewaktu beratur naik kereta kabel.

Hiyyaaaahh!! Posisi wajib. Gmbar ditangga.


Keadaan dalam kereta kebal.. Gondolan ke gondol?


Reta pernah berlakun iklan syampu anti kelmumur. Di perhatikan dari tepi C-men.

Jangan gayat sangat.. Nombor gondol kami 111.. ade makna tu..

Hheheehe.. Nampak tak kabus tu? Bukannya asap orang tanak nasik.

Pa'in (ketua group transport), Hani (Olahragawati ..kalau x silap.), Kak Pah (interprestasi).. Aleeya (peminat suasana Korea), Adik kepada Hani...

Jerry dan C-men merentasi udara sejuk tanpa sweter. (Macamane ntah eja sweter.. dari skolah rendah wa x reti eja sweter. Sweet tau lah.)

Antara gambar yang menjadi perbualan ramai. P'Rocksi yang tak cukup ahli.. Yid sedang menonton drama swasta Korea gamaknya. Yang kanan tu je available. Ke dah berpunya? Itu yang kita tak tau.
Nice pose kawan2! Dah macam kat eskimo pulak. Eskimo?


CVE H20 ROCK!! Sedih jugak tak semua datang.


Projek manager yang mencuba nasib dengan membaling syiling. hahaha. Dapat tu.. sekali baling je.

Hadiah patung kuning. Wa x pasti tu binatang ape. Kanggaroo ke kucing?

Ini yang kita mahu.. Rilek je sebelum buang air. Kalau ade awek kat tepi tu baru lah ok. haha.


Permainan menda ntah. Kapal lanun. Memang bising habis! Kelihatan body bilder mengusap otot..

Kah kah kah! Tak boleh g Fulham, ambik gambo kat sini pun cukup la kawan.. hehe..


Bila dah lapor, makan KFC. Memang mahal celakak. Harge Zinger Beger dah melampaui harga bergedil. Nasik lemak pun dah 4 ringgit. Pebenda ni?
Yang bestnya, kalau hembus napas tu, keluar asap.. Asap??

Haaaa... Maen langgar-langgar kereta.. Nasib baik takde yang eksiden.

Juara anak patung. Semua anak patung disapu.

Pernah lu membidik senapang?


Fokusss..


Hasilnya.. Nah, dapat sekor Koala. Baek dapat Koala Lumpur. Tembak dua kali barulah dapat. Cis, perabih aiskrim je.

INI PALING BEST... LU DATANG GENTING, TAK MAIN MENATANG NI, MEMANG RUGI.. antara permainan yang dapat 5star rate. Roler kusterd. Nasib baik tak terkencing. Paling best masa kepala kat bawah, kaki kat atas. Wa rilek lagi. Siap boleh usha awek belakang.


Ni paling tak tahan. Wa snap gambor dari screen komputer Fujifilm. (kelihatan Reta dan Is) hahah. Pastu kena marah. Wa buat2 tak dengar je. Kamon la kak! Takkan gambo sendiri pun kena bayor!! Komunisme betul la!


Dah nak balik. Jejaka-jejaka idaman. Wak Tang dan Is mengepak dibelakang.


Penaik bas CVE.. Sori kabus.. haha.


Ni paling sempoi.. Pergi balik macam ni. Dalam bas pun macam ni. Hehehe..

wa : Pek (bukan Albert@Alfred), tak sejuk ke?
Pek putih: Kalau korang sejuk aku lagi lah sejuk.. tapi, cuba lu ambik contoh amoi2.. pakai skirt je. Lagi sempoi dan ehem-ehem..



SELAMAT TINGGAL GENTING!

banyak lagi gambo2 menarik. Takkan nak letak semua. cis.. Lu ingat ni fesbuk?

Apa apa pun, trimas kasus kepada projek manager yang letih-letih arrange program.
Kalau tak silap, 19 disember ade pulak gathering kat Genting ni. Sebulan dua kali pegi Genting? Rabak.. rabak..

psst: BARU WA PERASAN.. NOMBOR 111 TU SAMA DENGAN BILANGAN 111 POST BLOG INI.. HAHAHA..

Selasa, 17 November 2009

GENTING SEMPAH


tahap orang x lepas SPM ambik gmbo. biase lah..

ni entri campur2. bawah ni gmbar2 pilihan untuk contest bulan. Wa sokong yang bawah ni. Yang laen lawa2. tapi yang ni lagi menarik.



Pilihan pertama: gambar ke empat


Pilihan kedua: PISEY!! nice a gmbr ni. gambar 20



Pilihan ke-3: Jejaka anggun . gambar 40



ESOK HARI PERANG TERAKHIR. DARAH MASIH MENGALIR.

ESOK KENA ANALISIS STRUKTUR. ANALISIS LAH GUNA CARA APA SEKALIPUN.

LUSA KAMI (H2O CVE07) AKAN KE GENTING HIGHLAND MELEPASKAN PENAT LELAP. (LELAP?)

EXITED SEBAB NAK KE JANDA BAIK.

YA, TARIKHNYA 19 ARIBULAN 11.




psst: lame x balas komen. sibuk2.

Isnin, 16 November 2009

post dibawah. ahahaha

banyak post dibawah kan? haha. layan je la.


pagi sudah berhenti berkabus.


selipar paling disayangi. kalau hilang, ibarat layang2 putus udara.


pudu maju skang.


kasut disayangi.

CHooww..!

lame x berenang . Kolam sihat?



Jalan Jalan di Tasik . Romantisnya.


tangkap di jambatan dekat tasik. lawa.. hehe.


hehhe.. ni penah jadi background leptop. kena tingkatkan skill ni. hehe.

NAK KENA TUMBUK?



meh nak tumbuk sebutir. hehe.

Roti eskerem di singapura

peh.. memang sedap.. satu dolar aja!

tak ada KAYYUMAT?

haritu tidur tiba2 mimpi pasal ayat 'tak ada KAYYUMAT'.
sampai bukak mata, mulut masih sebut menda ni. kenape ye?

CAKAPWA DITUTUP. (lama)




.

jumpa di genting. 19 aribulan.



gmba jumpa.


kepada adik-adik junior sains dungun yang ambik SPM tahun ni, abang ameer ucapkan selamat menempuh dugaan. Wat elok2 terutama Rafsanjani sebagai adik dorm 3B2 serta rakan2.

lumut, wa kalah ke? kalah dalam menang! haha.

Jumaat, 13 November 2009

JIWA PETROL

Jauh. Jauh di sudut kampung Paya Berenjut.. Terdapat sebuah rumah masih kekal kekampungan.. si cucu sedang sibuk mengurut-urut betis sang nenek. Angin barangkali.. Sambil si cucu sibuk mengurut berbekalkan minyak cap Yu Yee, si nenek sibuk bermonolog sendirian.

'Haih, bau minyak cap Yu Yee ni mengenangkan nenek pada sesuatu.. Minyak Petrol.. '


" Jiwa petrol,
itulah kau...
disimbah api sikit, dah terbakar.. hehe.

Jiwa petrol,
apahal la kau ni senang benar terbakar?
ikan goreng pun tak sesensitip kau..
sikit-sikit nak berair mata.

Jiwa petrol,
aku tahu dah banyak yang kau lalui..
kalau disiram air, sibuk pulak kau terapung.
Biasalah, ketumpatan kurang..

Jiwa petrol,
apa-apa pun kau memang berdikari,
ke sana boleh kesini boleh.
-uhuk uhukk.. terbatuk pulak aku. celakak. kat mane aku berenti tadi.-
ha... ehem.. nama pun bendalir, memenuhi ruang..

Jiwa petrol,
moga-moga kau terus berbau ghau-ghau.
lupakan kisah silam mu. Kerana esok bukan semalam.."

'Peh! nenek memang pandai buat sajak ye??' Tanya si cucu kekaguman.

'Hahahaha, mane ade.. nenek teringat sajak dari blog cakapwa 50 tahun dulu. Keh keh keh..'

'Blog? nenek ade blog tak?'

'Ofkoss lahh adeee.. Yang jiwa petrol tu nenek la!! Cube cu bukak, esoksemalam dot blogspot. Nama pena nenek RUMPUT..'

'LUMUT LA!' tiba-tiba OrangLidi menyampuk. Baru pulang dari berkebun gamaknya. Sambil memakai kain pelikat membawa cangkul. Senonoh sungguh..

'Mane nasik goreng New zealend saye? Lapo ni..'

sekian..


BLOG ESOK SEMALAM SEDAP DAN TIDAK SEDAP DIBACA KERANA PEMILIKNYA BERJIWA PETROL.

maap la, wa memang x reti buat cerita mcm bloger2 lain. Ni je yang termampu. Nak menang jauh sekali.. Sape reti terangkan maksud sajak atas tu? hehe. Hanya Lumut yang tau.

Khamis, 12 November 2009

selingkuh dan seliuh. orait.

Tiba2 terasa nak apdet. walaupun tgh sbuk. Sempena 14 April (tarikh blog ni wujud). Esok lusa dah 7 bulan wa blog. Ya, blog ni bukan hebat macam blog2 yang lu baca. Setakat buat alas perut boleh la. haha.

Dulu polower pertama blog ni namanya KAKIJALAN aka Rafiq. X lama lepas tu ada dalam berbelas2 blogger yang sampai hari ini masih setia. SANGAT SETIA. Kalau lu nak kenal sape, lu tengok lah yang komen dari dulu sampai harini.

Dulu boleh siap buat lukisan dan entri khas untuk polower. Skang maaplah. Hhahahaha.

Entri ni didedikasikan kepada semua . heheheh. Tanpa lu tiadalah aiskrim hari ini. Wa sangat menghargai lu semua!


"ENTRI DEDIKASI UNTUK POLOWER DULU-DULU"

dirakam pada Selasa, 26 Mei 2009 (sebulan berblog)

haha.. tiba2 wa sedar wa ada bakat lukis.. haha.. jadi ini entri wa malas tulis panjang.. wa lukis ni dalam masa 1jam.. jadi tergesa2.. haha.. dahla atas sehelai a4.. terimalah..

buat sharamli! haha .. boleh pulak wa terlupa pada follower tegar wa.. jadi ke? haha..
Sharamli, mane lu skang??



2. atas: untuk lu semua.. lu jangan bising sebab gambar di baju beliau..


3. awas.. wa dengar dah sampai malaysia.. (apahal macam beruang koala?)


4. Untuk kuda-kuda yang selalu serabut di blog wa.. kuda kertas dan kuda liar.. sori hudus haha! (KUDA dah ade gambor real kat figura jiwa)


5. wa penah menang ptandingan lukis dalam kelas sebab lukis seniman ni.. (macam P.Ramlee x? hahah!! tak jadi langsung)


6. Buat cik innz yang jual cupcake..dan semua yang bernama wawa (ramai tu).. sori, wa memang fail bab lukis pompuan nih.. haha!


7. untuk cik azie, ezaty dan cik anis.. haha.. 3 sekaligus.. wa xtau muka lu smua macamana.. jadi wa maen anggar je.. abaikan kawan sebelah dia


8. kalau gambar2 lu belum ada tunggu lah dulu.. lenkali wa lukis..ke mau lempangan sakti?


9. hoi! monkey, roshaizul, dan zuhdi.. ada muka macam lu? (monkey dah jadi org laen skang)


10. ruffey, ayie n fareast, wa pun ada bakat terpendam macam lu semua!.. artistri x?


11. khas buat terrarosa.. wa fail lukis wanita.. tapi mcam ada iras2 lu.. lu nampak x keta (myvi) depan lu tu? bile mau kasi wa naik? (sampai skarang terra simpan gambo ni)


12. erk! milimilo dan zatie, wa rasa ni sesuai untuk lu..(jangan marah..) (MILIMILO lame x dengar cite. sibuk exam barangkali)

13.Kaki jalan, BuBoyz dan dude oi!


JANJI WA DULU-DULU:

"psst: wa ulang.. laenkali wa lukis untuk yang belum ada dalam nih.. lu jangan terasa hati pulak.. tolong komen sebagai panduan wa masa akan datang.."

link entri ni

psst: haha. lu rase berape lame lagi lu akn baca blog ni?
kesimpulannya, lu bacalah entri2 lama blog ni... hehe.. wa selalu buat kat blog lu, xkan lu x boleh?

psst: luruskan balik niat n tujuan lu berblog. hahhaha.
Wa? Kan wa dah cakap dalam entri first blog ni. Tujuan wa blog ada tiga:

>"uji otak"
> " wa dengki gak kat MakWok Potpet jual karpet dkat umah wa.. beliau boleh laksanakan blog, kenapa wa x boleh?"
>"wa nak chalange cikgu tadika wa"

tulisan dulu-dulu macam celakak! entri ni paling banyak komen mase tu. haha.