cuba teka sapa ni? jawapan nya dalam entri ini..
AMARAN BERACUN: Haahahahahaahhahaha! Kalau ada masa yang panjang, sila baca. Kalau dak, terserah. [Sambil buat muka brader Shieldtox.]
Cuti pendek kali ni memang membuahkan banyak pengalaman baru bagi wa.. Daripada sepicis-picis kisah hidup, sampailah ke sebesar-besar masalah kutu-mutu yang wa dengar.
Pebenda ntah ayat kat atas tu. Wa tak kira.. wa nak cerita jugak apa sudah jadi sepanjang wa bercuti ni [sambil mengetuk-ngetuk laptop si ahFatt di rumahnya].
Cuti bermula dengan penuh Kelam Kelibut. Dengan terlepas train di batu gajah HANYA 4 minit, tumpang junior ke kl, berhimpit dalam kereta.. sampailah ketibaan ke Rumah Ah Fatt. Memang wa tak plan sangat apa yang akan terjadi di Kulumpau ni.. Yang pasti wa nak jumpalah sorang dua bloger..
Namun, perencanaan Tuhan lagi nyata berbaloi-baloiiii!!.. Apa taknya, setakat jam ini, dalam SEBELAS bloger wa jumpa secara kenal mahupun baru kenal. Kih3.. [ada ke orang gelak kih3?]
Wa sebut sorang-sorang ikut waktu berjumpa:
AhFatt selaku teman sepanjang journey. Fairuz [member ahFatt]
Meen [dia x dapat daftar Blog plak.]
13 Februari 2010
1200: Pengembaraan bermula pada suatu tengah hari. Berbekalkan semangat , motor tercabut tempat letak kaki, dan duit yang tak banyak, wa bersama Ah-Fatt melepak untuk ketemu member beliau untuk perbentangan tentang Nuffnang dan keajaipannya..
1800: Kemudian ekspedisi diteruskan dengan pertemuan cik Beautiful Rose yang sangat padan dengan namanya . Pertemuan dilaksanakan di Puduraya. Chek gambo kat blog Ah Fatt oke?
2106: Pada sebelah malam, Ah Ian dan Si Kosong mengajak wa untuk misi seterusnya. Malam ini akan dikenang sampai bila-bila. Lepas ambik si Fhad baru wa sedar yang dalam kereta ni semuanya bloger yang sedang EMO-EMO.. kecuali wa.
Jumpa Aleen yang dalam perjalanan ke Temerloh [untuk settlekan majlis perkahwinannya], jumpa Miss Haneem untuk kenduri doa selamat sempena adiknya bakal berkahwin esok. 'Ada pulak datang kenduri jam 11 malam'. Cis.. Fhad, lu apahal pakai suar senteng benor?
14 Februari 2010 {di saat segelintir umat tengah buat anak SECARA haram}
0003: After kenduri yang sangat sedap, kami bertolak pula ke area genggaman HARIS DOT COM [Danau Kota]. Mamat ni sumpah 'rare'. Kisah-kisah yang beliau keudarakan memang 'hot'. Dari sekecil-kecil udang sampailah ke kisah hantu dan rumah beliau. Mapley Siti Zubaidah menjadi saksi Si Haris ni bersumpah dan bersetia untuk BTF. wahh!!!! Siap salam cium tangan. hhahahaha. Bau shisha dan kisah awek indonesia itu akan menjadi ingatan kemas buat wa.
0545: Baru sampai umah AhFatt. Tidur lepas smayang subuh.
0900: Wa call SHAX. [ehem2. hahahaa]
1035: Jumpa Shakinah Mohd Saduri di sungai Buloh. Kisah wa kena tahan sebab tiket memang terpahat di kepala wa. Kami naik kereta MEEN untuk lepakshoping di Sunway. (wa ingatkan Mint.. upanya Meen!!) Sumpah, inilah kali pertama wa tengok secara 'live' awek-awek membeli belah. Payah rupanya ya? Wa ingatkan dalam drama swasta je buat macam tu. hehe.
seperti kebanyakan kali.. try je.. beli belakang kira
Banyak benda yang kami bincangkan time lepakshopping ni.. Hehehe. Wa tak paham ape ntah salah wa sampai diorang gelak tak berenti-renti.
1630: Meen terpaksa pulang ke rumah atas sebab tertentu. Wa dan Shax belum mengaku kalah. Dari KTM Bukit Badak kami ke Kolumpu Sentral semula untuk ke Midvalley demi menjumpai MILIMILO!!!!!!! Mili ni memang antara bloger otai yang wa kenal. Sekarang dia low profile je.
Milimilo baca blog Shak, Shak pun baca blog Milimilo. . cuma jadi silent reader..
1745: Kat kolumpo sentral wa terjumpa MILIMILO yang baru lepas shopping sorang-sorang kat Times Square. Kami pun terus ke mid sama-sama. Maen boling, pegi tandas sama-sama, ambik gambo, sembang.. dan shoping. Wa tak shoping la. Apa hal Shax pegi tandas jantina lain? Lawak gak lu kadang-kadang.
2000:Balik destinasi masing-masing. 15 Aribulan ada lagi. Harap-harap jumpa lagi bloger laen lepas ni.. smentara wa sedang lepak disini.
psst: sapa baca dari awal sampai sini memang 'supreme'.
psst: Mana2 yang ada gambo malam kat umah Aneem tulung aplod. Sori la, x bawak kamera malam tu.
psst: macam diari plak. hehee.