Isnin, 26 Julai 2010

Projek Pementasan BATTERFLAI EFFEK

Projek Pementasan: BUTTERFLY EFFECT
Arahan: OL

Ketepiler merupakan seorang beluncas.
Sewaktu kecil-kecil dahulu, Ketepiler dilahirkan dalam keluarga rama-rama yang sangat kasihan dan fakir miskin serta terpinggir.
Keluarga Ketepiler tidak mampu membelikan Ketepiler hatta sepasang sayap.
Sebab itulah Ketepiler sampai dinihari masih digelar seorang beluncas.

Untuk menjadi seekor rama-rama, seorang beluncas harusah memiliki sepasang sayap@kepak. Ia haruslah dipasang ketika berumur 3 bulan dengan bantuan ibu bapa atau orang dewasa.
Di kedai 'Wings', sepasang sayap biasanya dijual RM (Ringgit Madu) 7 se kilo. Bergantung kepada harga pasaran. Kalau rama-rama inginkan kepak yang sedap dan bercirikan aerodinamik mantap, ia haruslah memiliki berat kepak yang ideal dengan berat badan.
Berlawanan pula dengan cerita Doraemon yang hanya memerlukan buluh terbang yang bersaiz kecil untuk terbang di angkasa.

Walaupun masa kecilnya Ketepiler seorang beluncas yang sangat comel dalam kalangan beluncas-beluncas serumpun, dia langsung tidak mendapat tawaran berlakon dalam iklan Diapers, Pampers, Anakku, mahupun iklan lampin lain.
Hanya kerana keluarganya miskin!
Bayangkanlah, di Tabika Kemaskini pun cikgu Ramar-Ramar mendenda Ketepiler hanya kerana dia terbersin. Kalau dia terkentut lagi lah, mesti didenda tarik side bern.

Pernahlah terdetik di minda Ketepiler untuk menabung, ibarat kata Sultan Rama-rama "Jika Menabung, Kita Majulah 2020 Nanti" manifesto pada pilihanraya Sultan tahun 1999.
Ya lah, menabung demi mengubah nasib hidup.
Sudah beberapa kali Ketepiler cuba mengusahakan kerja-kerja sampingan seperti mengangkat dedaunan, memasak untuk anak belalang, mengail cengkerik di desa dan berbagai lagi yang Ketepiler rasakan mampu. Dahlah seorang beluncas hanya berkudratkan merayap dan merangkak.
Namun kerja-kerja itu semua masih tidak memberi pulangan wang yang sewajarnya untuk membeli sepasang sayap.

Tambahan pula, menurut ahli nujum, Ketepiler merupakan seorang beluncas yang sial-mial dan bernasib malang.
Pada bahagian leher Ketepiler ada corak seolah-olah tertulis 'saya sial'.
Jauh disudut hati Ketepiler, beliau tidak pernah mengambil hati akan perkara-perkara khurafat sedemikian. Yang perlu bagi Ketepiler sekarang adalah, fokus dan fokus.

Pada waktu petang, Ketepiler suka mendengar radio secara curi-curi di rumah jirannya. Ketepiler sangat meminati band rock kapak sehinggakan pernah sekali Ketepiler menyimpan rambut yang sangat panjang seperti Dr Rozmey.
Menjadi hajat Ketepiler untuk masuk band-band seperti itu tetapi apakan daya ia hanyalah seorang beluncas.
Lagu kegemaran Ketepiler waktu darjah satu adalah Patahnya Sayap Malam nyanyian kumpulan Massa.
Di hati Ketepiler, lagu tersebut sangat kena dengan dirinya kerana terdapatnya perkataan 'Sayap'.

Bagi Ketepiler , dunia ini dirajai Kapitalisme. Segalanya memandang kebendaan dan materialistik! Ketepiler sering mengaitkan nasibnya dengan dunia Kapitalis melalui lagu kumpulan U'Kays yang berbunyi:

"Terlukanya aku
Dengan keluargamu
Menerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan
seolah aku ini satu bebanan
Bagaikan api jauh dari panggang
Andainya aku ini ternama dan berharta
Tak mungkin kau pergi tinggalkan aku"

Kalau budak-budak kumpulan U'Kays yang dahulunya hanya kugiran biasa-biasa di Ulu Kelang (UK), kini berjaya meletakkan band mereka di persada Pop Cintan, mengapa tidak Ketepiler maju seperti mereka kan?
Yang penting, pemikiran kreatif! Ha, pemikiran kreatif dan proaktif! Itu sahaja jalan keluar yang ada bagi Ketepiler.
Bagi komuniti rama-rama, kalau seorang beluncas berumur 17 tahun dan belum memiliki sayap, ini adalah kondisi yang maha parah. Itulah situasi yang dihadapi Ketepiler.

Akhirnya Ketepiler mengambil keputusan untuk mengubah cara fikiran. 'You Are What You Think' kata Pendeta Katak Puru ketika Ketepiler meluahkan isi hatinya satu ketika dulu. Nasib baik tidak dimakannya si Ketepiler.
Berbekalkan kata azimat 'You Are What You Think', Ketepiler mula mengubah fikiran yang dia sebenarnya adalah hanya seekor kupu-kupu!
Bodoh, Binaweng, Barua, Celaka, Haram Jadah dan lain-lain kata makian diluah oleh suara sumbang rama-rama lain kepada Ketepiler kerana berpemikiran yang begitu.

Tiba-tiba Ketepiler jatuh sakit kepala. Badannya mengembang dan mengeluarkan gel hijau yang pekat. Di tulang rusuknya terembes cecair kristal yang luar biasa. Jauh luar biasa daripada jus mate 5!.
"Mampus jugak kau akhirnya" kata Mexediron selaku musuh ketat Ketepiler. Memang begitulah keadaan bagi seorang beluncas yang sudah hampir ajalnya. Diluah mati katak, ditelan mati berak.

JengJengJeng.. Bunyi panik irama piano mula menghiasi pentas. Penonton-penonton di auditorium bertepuk tangan. Ada yang bersorak-sorak.

Satu sayap yang besar amat terkeluar daripada tulang kekipas Ketepiler.Terkejut beruklah semua ahli komuniti rama-rama! Dahlah besar, berwarna-warni pulak tu. Siap ada corak batik dari Terengganu.

Rupa-rupanya Ketepiler lah merupakan seekor Rama-rama yang asli! Rama-rama yang lain cuma kupu-kupu rupanya!

"Harta ini Ahmad Albab yang punyaaa!! Bukan kau yang punya! Ahmad Albab !!" Tiba-tiba juruaudio tersilap memainkan suara latar. Malu pula terasa seketika. Pelakon-pelakon mula gamat menunggu suara latar yang betul dimainkan.

"Sesiapa yang merendah diri dan meminati rock kapak akan mendapat balasan yang baik.. dan ingat, You Are What You Think.. Renung-renungkan, dan selamat beramal!" tiba-tiba satu suara berbunyi dan bergema dari satu sudut pentas.

Harfiahnya, Ketepiler hanya anak angkat keluarga kupu-kupu yang miskin itu.

"Patutlah comel semacam kau masa kecik", kata kupu-kupu yang lain sambil memohon kemaafan sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Pelakon beratur dalam satu barisan sambil melambai-lambai kepada penonton dan lagu 'Senandung Hari Raya' dimainkan. Ketepiler berdiri paling tengah. Oranglidi selaku pengarah sketsa naik memberi penghormatan.
Pelakon dan krew-krew tunduk tanda berterima kasih dan mendapat tepukan gemuruh gila babi daripada penonton. Sampai ada yang tertidur tanda sketsa ini best. hehehe... Para pelakon keluar pentas.

Ucapan Terima Kasih Tidak Terhingga diucapkan Buat Krew, Para Pelakon dan Sponsor yang menjayakan Pementasan BUTTERFLAI EFFEK

-Istana Budaya
-Persatuan Seniman
-Dr Rozmey (Herba Prima)
-Suria Records
-Backrop dan Adi Sekeluarga Sdn Bhd
-Suara Sedap (Sound Engineering System) Enterprise.
-Krew Melodi

Pelakon idaman

-Ketepiler: Zizan Raja Lawak
-Mexediron: Radhi OAG
-Puteri Saadon: Diana Amir (Bakal muncul di pementasan BUTTERFLAI EFFEK - DUA)
-Pendeta Katak Puru & Ahli Nujum: Azlee Senario
-Narrator (Suara Latar):Johan Raja Lawak
-Sang Ibu: Ruminah Sidek
-Sang Ayah: Jaafar Onn
-Jiran: Fasha Sandha
-Orangjahat 1: Hairul Sulizan
-Orangjahat 2: Mohd Gadoff
-Orangjahat 3: Aaswadi Halimin Syakir
-Keterpiler Usia 2 Bulan: Adik Amani Adamaya
-Ketepiler Usia 7 Tahun: Adik Aril Idola Bintang Kecil

-Penari: Azlan Dancer (Ewah-Ewah)
-Band Jemputan: Hujan, Kertas, Medicine
-Lagu Tema: Aku Sang Beluncas (Hujan), Kerana Pepatah Lukaku Berdarah (U'Kays), Beethoven

moral nilai dan pengajaran : Terkadang seseorang kandas bukan kerana bodoh, namun kerana tidak diberi ruang dan peluang.

8 ulasan:

Misshy Innz berkata...

ketepiler .
aku bace ke tepi ler .
ngokk.
upenye caterpillar .
haha !

Tanpa Nama berkata...

lama tak singgah rumah ko nih OL....rindu sioat nyakat2 mcm dulu2 ngan lu.....hopefuly lu sihat...wa tgh bz nih...nk hupdate otak semput sikit weh

sayu=pilu

Razman berkata...

penat juga aku baca dengan 5 kali rehat. lansung tiada kena mengena dgn mvie butter flies pepek. aku tgk mvie tu...

mukasurat17 berkata...

ada radhi. ni yg nak tgk ni. haha

Berd berkata...

mukasurat17 tu lu jangan percaya kalau dia kata dia baca. cara kasi komen pon gua dah tahu dah.

kehkehkeh.

kiranya zizan belakon kena pakai costume katepiler ke?

Aleen Aiden berkata...

seorg beluncas.keh3

mamai berkata...

tu katepiler buat apa sekarang dia jadi pelakon trambahan ker

oranglidi berkata...

inz. haha. ye ke? x prasan pulokk

sayu. huhu. lama x dgr crita. sama la kita. sibuk2..

man, aku tak tengok la mubi tu. 5 kali rehat? hahahaha

mukasurat17, nak tgk katne?

berd, haha. dia sibuk kot. baca spntas lalu je. ha, dia pakai kostum la. siap make up wo

aleen, haha. penjodoh bilangan

mamai, dia watak utama laa