Isnin, 30 Ogos 2010

PMR, Kemahiran Hidup Pilihan II: ERT

Dulu masa tingkatan tiga, aku ambik PMR. Engkau ambik tak? Yang ada BM, BI, MM, PAI, KH, GEOGRAFI, SEJARAH dan SAINS tu.. Disebabkan susah, aku blajar sampai pmr je lah..

Janggal pulok aku menulis.. Ayat tak berkesinambungan langsung.. 'dengg!'. Mampuih la, asalkan tulis.

Subjek Kemahiran Hidup untuk Elektif, aku ambik Ekonomi Rumah Tangga. Ha, yang masak-masak, jahit-jahit baju tu lahh.. Dalam Sekolah Kampung tu, ada tiga lelaki saja ambik ERT termasuk aku. Yang lain semua murid-murid perempuan. Ranggi kan? Dan dalam sejarah sekolah, kamilah generasi lelaki pertama yang mengambil elektif ERT ni.. Pehh...

Alasan aku ambik ERT > entah

Yang tak menahannya, masa buat projek jahit baju melayu, aku potong baju panjang sampai ke lutut nampak macam jubah. Siap ada sulam-sulam kat leher dan lengan. Hahaha. Kalau takat jahit kia, silang pari, silang ubi tu boleh la. hahahaa. (ada ke silang ubi?)

Nak dijadikan cerita, cikgu-cikgu pun buatlah pertandingan-pertandingan untuk merileks kan kepala budak-budak tingkatan tiga sebelum mengambil PMR . Antaranya ialah Pertandingan Menulis Sampai Penat, Pertandingan Masak, Naik Beskal Sampai Pantai Dungun, Nasyid dan Kugiran.

Tuptuptuptup, nama aku tersenarai untuk mewakili tingkatan 3 Duku (kedua tercorot) dalam pertandingan memasak. Lu nak cakap apa? hahahaha. Dipasangkan pulak dengan murid perempuan meja sebelah.

Tema pertandingan: Kuih Tradisional dan Moden.

Ini kuih yang aku masak , resepi aku ambik sini


BAHAN KUIH :

- 1 cawan tepung beras
cap 3 gajah ( cap lain pun boleh )
- 200 ml pati santan > campur bersama air hingga menjadi 1 liter

-1 1/2 camca besar gula

- 2 1/2 camca
KFC rata garam ( sukat guna camca KFC yg terdapat dlm kentang putar)
- sedikit halia dimayang halus

- sedikit halba


CARA BUAT KUIH:


- campurkan kesemua bahan di atas
- kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat2

- tuang ke dlam loyang sejukan sebelum dipotong


SAMBAL KELAPA


- isi ikan (rebus)

- bawang merah

- serai

- halia

- lada hitam

-gula melaka

- gula pasir

- garam

- kelapa parut putih (sangai sehingga kekuningan)


CARA BUAT SAMBAL
:

- tumbuk lada hitam, bersama serai, bawang merah, halia , gula melaka hingga lumat

- masukkan isi ikan, tumbuk lagi hingga lumat (tumbuk pakai tangan la baru awesome)

- kemudian campurkan dgn kelapa yg disangai tadi (jangan tanya aku apa itu sangai)

- masak lagi sekali di atas api yg kecil

-masukkan gula dan garam secukup rasa

- kacau di atas api kecil hingga api kecil sehingga agak ringan selepas itu tumbuk sedikit menggunakan lesung

- jgn bagi terlalu lumat, rilek-rilek je..

- sedia untuk dihidang dengan bahan utama.



Hambik nah..

Hah. Tau ke ni kuih apa?? Inilah yang dipanggil KOLEH LEMAK. Dan kumpulan kami dinobatkan pemenang kategori Kuih Tradisional.


"Anda buat, Anda dapat..!"
sekian..

rock, rock juga.. keja dapur kena reti brader..

Isnin, 23 Ogos 2010

Wangsa Maju hujan lagi.

Sekadar Selingan: "Uhukk uhukk..! Enam kosong tu kira sikit lagi."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak muda itu,
menunggang dalam kebasahan..

Simpang tiga, simpang empat,
ditelusuri penuh gaya.
lampu merah kadang ia henti,
...
kadang redah.

Jalan Genting Kelang,
sudah menjadi sebati.
siapa tak kenal,
kesibukan jalannya.
jalan federal.
hari kerja pasti sesak.
himpit sana-sini.
mana janji pilihanraya?

hon kereta, bas rapid.
Wangsa Maju hujan lagi..
selebat lebatnya,
lebat lagi dari hatinya,
yang gelora?
menanti.
henti.

gadis kota, moden dan maju..
pelajar kolej TAR sana sini.
menunggu bas,
berfikir sendirian.
keseorangan, berteman.

Budak-budak berpeleseran,
ada yang keluar dari semak Seksyen dua,
berduaan.
betulkan zip,
ponteng sekolah.

anak muda itu,
masih di situ.
menuju ke Jalan Bangsar.
Gear empat..
Bulatan Pahang,
ambil jam tiga.

dalam tak sedar,
dia sudah jemu.
moga dia belum terlupa,
Malaysia sudah merdeka.
Susah payah.


ol,
1:53 am,
wangsa maju,
seksyen 4.

Untuk muda-mudi, kita merupakan sebahagian daripada kemerdekaan negara walaupun bukan usaha kita yang memerdekakannya. Tapi tanggungjawab kitalah yang perlu mengekalkannya. Selamat Merdeka 1Malaysia.

Khamis, 19 Ogos 2010

Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh

"Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh"

olih: OL



Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar merupakan jurutera tapak (site engineer) di salah satu projek pembinaan Institut Perguruan di area Selangor. Aku tak tahu ada berapa Institut Perguruan kat Selangor ni. Mereka ibarat nadi bagi syarikat BinaRuntuh Engineering Sdn Bhd. Idea-idea kreatif mereka sungguh 'menangkap' pandangan Dato Munazir selaku CEO syarikat berkenaan.

Sebab itulah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyelia projek yang membawa nilai berjuta-juta eropah itu. Ah, aku tipu. Berjuta-juta ringgit Malaysia je lah.

Selalunya, Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar akan lepak-lepak di tangga surau Al-Munawwarah selepas menunaikan semayang. Ittiqaf la konon. Mereka ni bukan baik sangat. Cukup-cukup makan je. Hahaha. Yang menarik perhatian mereka, surau Institut berkenaan mempunyai budak-budak surau yang sangat baik dan soleh. Jauh api dari panggang lah berbanding mereka yang jahil lagi tidak berilmu.

Pandangan Zulhasmadi Hasbi tertancap pada salah seorang budak soleh berkenaan.

"Tu, lu tengok.. dah macam pak lebai gua tengok budak itu"
kata Zulhasmadi Hasbi kepada rakan setugasnya sambil menjuih-juihkan bibir kepada seorang pemuda soleh dibucu surau Al-Munawwarah.

"Aku selalu jugak tengok budak ni.. Semayang berjemaah tak pernah miss! Azan pun sedap! Kalah Mawi AF3 tu bro! Asar hari tu bagi ceramah kat masjid! Memang lelaki idaman muslimah lah katakan."

jawab Mustafar selamba sambil melipat kaki seluar jeans nya. Disapu-sapunya debu yang bertaburan yang melekat di seluarnya itu. Maklumlah, baru lepas turun site.

"Assalamualaikum Sheiikkhh."
Budak yang diperkatakan itu memberi salam dan dijawap oleh keduanya. Kemudian budak itu berlalu pergi. Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar saling berpandangan.

"Peghhh!! Dia punya bauuuu!! Wangi siaalll!! Semerbak!"
ungkap Zulhasmadi Hasbi seolah-olah terkejut badak.

"Ini lah bau minyak attar jenama MALAIKAT SUBUH. Takpun JUMAAT. Gua kat sekolah menengah dulu selalu pakai benda-benda macam ni. Tapi tak taulah kalau ini jenama One Drop Perfume. Hanya orang baik yang memakainya"

jelas Mustafar yang belum habis menyapu seluar. Entah teori minyak attar siapalah Mustafar gunakan.


minyak attar


"Oh.. MALAIKAT SUBUHH.. *sabitlah sedap bau dia. Mulai sekarang, aku gelarkan beliau Malaikat Subuh la.."

kata Zulhasmadi Hasbi dengan teruja dan diselangi ketawa berkekek kekek.
(*sabit=patut, bahasa terengganu)

Begitulah saban hari pekerjaan Mustafar dan Zulhasmadi Hasbi.. Berbual-bual di tangga surau. Kadang-kadang mereka ni gatal jugak. Ada ke patut, dari tangga surau itulah mereka mengendap gadis-gadis bakal cikgu pergi dan balik dari kelas. Apa ke jadah punya perangai. Kalau sekadar mengendap tak apa, ni yang siap pergi fewwit tu apa hal?


tangga surau

Hari berganti hari.. Suatu hari, selepas seharian sibuk membuat inspection di site bersama pihak perunding dan sub-kontraktor, mereka berjalan menuju ke kenderaan masing-masing. Motorsikal berjenama Liquid Cooler 135 sedang segak menunggu penuggangnya.

Jiwa rempit Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar memang tidak dapat dielak lagi kerana sedari kecil mereka bergelumang dengan darah rempit. Sebab itulah sesetengah staff menggelar mereka Engimpit (Engineer Rempit).

Dalam perjalanan ke arah motor, mereka terserempak dengan dua lembaga, seorang yang macam biasa mereka nampak dan seorang lagi jarang mereka nampak.

"ASSALAMUALAIKUM SHEIKH!!!! SALAM SATU MALAYSIA SHEIKH!"
Jeritan Zulhasmadi Hasbi mengejutkan lembaga-lembaga berkenaan.. di jawap secara tergagap-gagap oleh As-Sheikh Malaikat Subuh.

Ya, petang itu menjadi turning point kepada Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar terhadap MALAIKAT SUBUH yang pernah menjadi bahan 'respect' kan mereka. Malaikat Subuh dilihat berdua-duaan dengan seorang awek institut berkenaan. Awek itu awalnya mahu lari tapi apakan daya, telah tertangkap baru terngadah.

"Pun dhekk!"
Perkataan itu terpacul dengan laju dari mulut Zulhasmadi Hasbi.

"Itu lah.. Lebai pun manusia jugak. Ko tak yah lah heran sangat."
Jelas Mustafar sambil memakai jaket jeansnya.

Kunci motorsikal dibuka dan mereka serentak menghidupkan enjin dengan suis tangan. Gear satu dimasukkan dan mereka berlalu pergi.

As-Sheikh kelihatan sugul, cuak dan memandang kedua-dua engineer tadi dari jauh dengan rasa bersalah. Begitu juga dengan aweknya.

Pengajaran:
>Pandang kulit dan isi. Jangan menghakimi buku dari kulit sahaja.

>Lebai pun manusia juga
>Bersangka baiklah
>Ingat, lensa kamera Tuhan sentiasa memerhati anda
>Jangan bermuka-muka
>Ini kisah benar yang diolah

Selasa, 10 Ogos 2010

~Cerpen Pengimarahan Minda Sempena Bulan Ramadhan~




gambar diambik dari: blog ini

Nukilan : OL

Har'al Faizi baru sahaja pulang daripada liqo musyawarah Lujnah Kebajikan dan Sosial. Agenda hari ini seakan-akan sangat berat baginya. Percikan peluh di dahinya sahaja sudah cukup menceritakan segalanya. Itu belum lagi percikan di bahagian ketiaknya.

Lagi-lagi Akhi Mustapha selaku Presiden Rakan Islah sudah tamat pengajiannya pada semester ini. Begitu juga batch yang seangkatan Akhi Mustapha. Kiranya sekarang batch Har’al lah yang akan menggantikan semua pengurusan dalaman dan luaran organisasi terpenting itu. Pening.. pening.

Semua ahli Rakan Islah sedang sibuk mengadakan pilihanraya Rakan Islah untuk menggantikan tampuk tertinggi persatuan yang memiliki ahli paling ramai di kampus. Har'al Faizi antara salah seorang AJK yang sibuk ke sana ke mari untuk menyelesaikan banyak hal. Lujnah-lujnah lain sudah lama membuat bai'ah memilih Mas’ul mereka. Tinggal lagi lujnah Kebajikan dan Sosial. Dalam banyak-banyak calon, Har’al Faizi lah yang paling ramai orang tsiqoh (percayakan). Selain berkarisma, Har’al pandai jadi bilal.

Dalam perjalanan pulang, Har’al terserempak dengan Ukhti Sayyidah. Ukhti Sayyidah? Siapa tak kenal akhwat paling disegani Universiti Malaysia Singapura (UMASIN). Mas’ul dan Mas’ulah semuanya tunduk pada arahan dan idea beliau. Ukhti Sayyidah jugalah yang paling kedepan dan lantang dalam memperjuangkan hak-hak muslimah di Malaysia dan Singapura. Dalam akhbar Metro dan Kosmo! dah berapa kali beliau masuk muka depan. Kalah produk pengkurusan Dr Romzely.

Har’al Faizi mula menggeletar lutut. Lorong denai itu satu satunya jalan yang boleh mereka lalui untuk pulang ke asrama masing-masing. Nak mengundur jauh pula , detik hati Har’al. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran. Doa Iftitah pun sekali sekala terkeluar. Sampai tersalah ayat pun ada. Tunggang langgang. Begitulah kelam kabutnya Har’al Faizi jika terserempak gadis paling disegani di kampus.

Hari itu Ukhti Sayyidah mengenakan pakaian baju jubah merah jambu keluaran Muslimah United dan kain hitam bersulam emas ditepi. Tudung labuh yang dililit ke bahu dan dikemas pula dengan kerongsang berbentuk kupu-kupu kelihatan elegan. Wajahnya tanpa make up dan kelihatan sentiasa bercahaya. Cantik giler! getus hati Har’al. Stokin lengan berwarna hitam tidak pernah lekang dari pergelangan tangan gadis itu. Selalunya stoking lengan itulah yang akan ditilik Har’al ketika meeting Halal Haram Fest semester lepas. Nak pandang muka, takut zina mata katanya. Stoking lengan pun jadilah.

gambar hiasan: diambil dari sini

Pada Har’al, Ukhti Sayyidah merupakan gadis yang paling tersempurna bak mahkota bertatahkan berlian. Tiada pepatah arab yang dapat diguna untuk menggambarkan kecantikan wajah Sayyidah. Pertemuan pertama Har’al dengan Sayyidah adalah ketika mereka sama-sama menyediakan makanan di majlis Iftar di Masjid UMASIN pada tahun lepas. Diikuti pula dengan event paling terbaru Rakan Islah yakni Halal Haram Fest.

‘Inilah ummi untuk anak-anakku nanti.. Zaujahku.. Ya! Inilah dia!’ ronta jiwa Har’al. Har’al membetul-betulkan kopiah putih keras diatas kepalanya. Padahal tadi elok je kedudukan kopiah putih keras itu. Terpampang lencana Rakan Islah yang disulam pada ufuk timur kopiahnya.

‘Akhi!’ … ‘Ukhti!’ Serentak mereka berkata-kata. ‘Err.. Assalamualaikum.’ Sekali lagi mereka bercakap serentak. Macam drama melayu pulak. Dalam hati masing-masing beristighfar.. Har’al tak duduk senang. Dibetulkannya zip jaket Rakan Islah.

Tiba-tiba,

“Saya cintakan Ukhti Sayyidah.. Ana Uhibbuki FiLLah!.. Sebesar gunung diangkasa dan sedalam lautan menggunung..”

Terbeliak besar mata bundar dan bercelak kemas milik Ukhti Sayyidah.

‘Pelepooommm!!’ Tamparan gadis berjilbab labuh itu mengejutkan Har’al.

“Kenapa anti tampar ana? Bukankah Tuhan berfirman bahawasanya kita diciptakan berpasang-pasangan..”

‘Pelepaaammm!!’ Belum sempat Har’al menghabiskan ayatnya, sekali lagi tamparan hinggap di pipinya.

“Cintakan Ukhti Sayyidah kepala otak mabuk engkau. Bangun semayang subuh lahh!” Ujar aku (sang pencerita) pada Har’al. Terkebil-kebil Har’al mencari cermin matanya. Terus berlari menuju ke bilik air mengambil wudhuk. Diusap-usapnya pipi yang aku tampor sekejap tadi. Subuh Gajah la tu.

“Sebesar gunung lah, angkasa lah, menggunung la.. Semayang subuh pun lambat kalah yahudi. Ada hati nak ke orang tudung labuh?” Leterku sambil menyeterika baju kemeja dan tali leher. Smart pulok watak aku dalam cerita ni. Hehehe..

Tamparan aku membuatkan Har’al sedar yang dia hanyalah ‘bagaikan semut di hutan, tidak layak untuk Ukhti Sayyidah yang bagaikan mutiara dilautan.’ Lujnah Kebajikan, usrah, akhi, ukhti, tsiqoh, rakan islah, dan lain-lain semuanya hanyalah mimpi. Ya, umpama mimpi dalam mimpi. Padahal tak wujud pun Ukhti Sayyidah tu. Ini sekadar mimpi rekaan yang aku cerpenkan.

Pengajaran: Ukurlah baju di badan sendiri. Lagi-lagi dah dekat nak Raya ni. Baju raya dah beli ke belum woi? Selamat Berpuasa Ramadhan semua! Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang telah berlalu pergi.

Prosa Kata:

musyawarah - meeting

Lujnah Exco@Biro

Akhi –Gelaran saudara bagi lelaki

Ukhti – Gelaran saudari bagi wanita

Islah - Perbaikan

bai'ah – Perjanjian setuju taat setia@sumpah

Mas’ul – Orang yang dipersoalkan (dipertanggungjawabkan)@ketua

tsiqoh - Dipercayai@percaya

akhwat – Saudara perempuan

Iftar – Majlis berbuka puasa

Halal Haram Fest- Seminar untuk penerangan halal dan haram dalam Islam

ummi – Ibu

Zaujah- Isteri

Ana Uhibbuki FiLLah- Saya cintakan anda kerana Allah

kalau sapa2 tau bahsa arab dan ada mana-mana perkataan yang salah, tolong betulkan ya? Aku tak reti sangat..

Rabu, 4 Ogos 2010

Cakap banyak dalam Blog tak gune der

ade bloger tu.

dia baca blog populer je.

blog otaik otaik kononnya.

yang biasa2 dia tak sentuh pun.
stakat hai woi skali dua sebab nak cari folower.


heh

hehee

hehe

hehehe..

..
menyampah pulak rasa.

tapi nampak sangat der.
nak populer sangat? lu kena lah mula dari bawah.
betulkan niat.

bagi aku, blog tempat buat kawan.
bukan meraih trafik laa.. hahaha.

Kesimpulannya jom ke Kalumpang perak untuk menikmati alam sekitar sabtu-ahad ni. Apa-apa tanya Si Kosong atau Mieza .

Cakap dalam blog banyak2 tak gune der.

Isnin, 2 Ogos 2010

Erti Hari Ini



Perasaan yang sama ketika menonton klip video Andai Ku Tahu nyanyian Ungu.

Menatap pagi yang sepi
Suara merdu penuh syahdu
Silih berganti tangisan si kecil
Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah
Mampu dilerai dengan menyanyi
Pintaku hasratku cintaku
Di pagi penuh bahagia


Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Maafkan aku tertewas terjatuh
Melaksanakan tanggungjawabku
Oh Tuhan sampaikan impian
Semua yang kau cinta

Aku masih keliru dan tidak memahamiku
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna


pst: dia punya rythm rilek2. tu yang sedap dengar. agak-agak kumpulan tilu boleh lawan x?