Jumaat, 28 Januari 2011

Sang Jagat dan Haiwan-haiwan

Mentadak mentadu berlari-lari seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tupai darat dan laut yang dari pagi sibuk mencari biji-biji kopi juga berlarian meninggalkan bahagian utara hutan itu. Hanya yang sempat dicapai sahaja yang dibawa lari bersama.

Tenuk dan cipan lagilah menggelabah. Baru sahaja mahu menikmati sajian tengahari sudah terpaksa menyorok. Semut-semut hanya mampu bersyukur, nyaris sahaja dimakan tenuk dan cipan tadi. Namun, terus berkejaran menuju ke lubang-lubang dan celahan pokok untuk mengelak musibah. Apakan tidaknya suara paling digeruni umat haiwan itu sudah mula bergema.

Hadiran Sang Jagat sangat digeruni segala jenis haiwan di hutan hujan tropika itu. Sang Jagat sangatlah kuatnya. Renungan matanya yang tajam bagaikan damak menusuk ke pusat. Kegagahan Sang Jagat sangatlah tiada tolok bandingnya.

Pernah Pak Kancil ingin menentang dengan tipu helah kerana dalam hutan itu, beliaulah yang paling juara dalam percaturan minda. Namun hampa. Sang Jagat rupa-rupanya bukan sahaja gagah pada fizikal namun kebijaksanaan mentalnya tidak terlawan. Ibarat kata-kata pendeta,
"Dua daun yang nyaring mampu mengalahkan tajamnya belati".

Habis semua ikhtiar haiwan yang ingin merampas takhtanya. Kerana pada hemat mereka, Sang Jagat memanglah kuat tapi penuh dengan sifat-sifat busuk hati seperti amalan pilih bulu, rasuah rimba, dan ketidakadilan ekonomi. Bayangkan, pemilihan pekerja di istana Sang Jagat juga mengamalkan kronisme!

Bagi haiwan-haiwan lain, pemerintahan Sang Jagat sudah keterlaluan dalam tempoh dua tahun memegang tampuk raja rimba. Kini sudah masanya Sang Jagat berundur. Tahun ini haiwan-haiwan sudah bersepakat menghantar Anarki, seekor cacing untuk beradu tenaga dengan Sang Jagat. Menang kalah, diserahkan pada yang Maha Pencipta.

9 ulasan:

cikpia berkata...

kat hutan tu tadak sistem undian 4 tahun sekali ka....?? he he..... tak demokrasi langsung!!!

sharamli berkata...

mentadak mentadu macam mana OL tid0..
mentadak mentadu macam mana OL makan..

keh keh keh

sharamli berkata...

sejak bila pesen kena apr0v22 k0men ni.cis

wanita mutalib berkata...

saya sokong cacing.
wah tetiba.

Farihah Ahmad berkata...

awat aku xtaw jagat tu apa....

e. indah berkata...

aduhhh dahlah akue agak2 megren hari ne dgn kertas2 kerja tak sudah2 ...sekali baca entri encik lidi ne, mcm nak pitam rasanya hahhaa..dalam sungguh ceta masyarakat awak ne encik lidi .....

ermm adakah aku yang ketinggalan bahasa...Sang Jagat refer utk aper yek??

oranglidi berkata...

cikpia,
-hahahaha. tu la fasal.. sapa kuat dia menang. tak demokrasi kan?

sharamli,
-er.. ntah. xtau plak. haha. yang penting dia berlari.
-elehhh.. dia tu, tutup teruss

wanita mutalib,
-hahaha. bagus2

farihah,
-aku pun xtau lagi benda apa dia tu

e.indah,
-nak ubah angin sekali skala.. try reka2 cerita rakyat la best.
-jagat tu nama rekaan. xtau la apa . hehehehe

A.L.I.L B.L.O.G berkata...

kreatif bro.. keep it up! sy back up dari blakang..ehehe..

oranglidi berkata...

alil,
hahaha. besa je..