Khamis, 24 Februari 2011

Ulang bayang. Fail Rahsia Saya: Makan Pau dan cium awek.

Entri ini diterbitkan pada 4 mac 2010. hampir setahun..

Tadi senja aku pergi ke pasar malam area Taman Maju Jaya. Member aku bilang nak beli singlet kaler hitam. Aku kurang keyakinan samada pasar malam ada menjual singlet zaman sekarang. Ternyata, hanya singlet hitam perempuan yang ada.

Dalam pencarian lauk pauk untuk disental, langkahku terhenti di satu gerai.. Gerai kuih Pau. Aku memang tak boleh tengok pau-pau ni. Nak je aku picit sekor-sekor.

Memori ku tiba-tiba melayang ke zaman persekolahan. Ya, semasa aku sedang berdiri depan gerai itu , pikiranku berbalik ke zaman lampau tanpa menghiraukan umat manusia yang lalulalang.

Aku mula digamit kenangan. ~~

Ketika itu aku masih mentah remaja. Tingkatan satu sekolah kampung. Kelab TaeKwonDo mengadakan aktibiti ke Pulau Pinang. Ketika perjalanan pulang (malas aku cerita aktiviti disana), kami berhenti di satu gerai untuk makan tengah hari.

Aku sudah kopai gila babi. Sen tinggal seringgit dua. Aku mula mencerap bintang di awan dan gunung dilautan. Akhirnya aku buat keputusan membeli pau yang dalam laci kaca tu. Pau Al-Ain ke ape namanya aku pun dah lupa. Maklumlah, orang miskin macam aku takkan nak makan macam orang lain.

Aku bawak naik pau ke dalam bas dan kemudian senior aku memberi satu tips yang paling best ketika memakan kuih pau. Aku yang mentah tak tau apa cuma mengangguk setia akan kata-kata senior itu.

Katanya, "KALAU KAU MAU RASA CIUM PEREMPUAN, KAU TRAI LAH CIUM PAU.. SERIUSS! RASANYA SANGAT BEST! DENGAN KEEMPUKAN KELEMBUTAN PAU PANAS SUAM-SUAM ITU, KAU AKAN MERASA INDAH.. SEBIJIK RASA MACAM CIUM PIPI SEORANG AWEK! "

Aku pun cuba cium pau yang baru aku beli itu. Panas-panas lagi.. Ternyata benar kata-kata beliau (walaupun aku tak pernah cium awek). Sampai ke hari ini aku buat pekara sama. Kau nak try? Beli lah pau sebatang dua.


Ni lah pau aku beli tadi. Lebih besar dari penumbuk aku. Harga pun berpatutan. Empuk. {Duit 5posen tu aku letak sebab nak suruh kau banding.}


~~Lepas habis aku mengimbau kenangan, barulah aku membeli pau berkenaan [pakcik tu dah pelik tengok aku berangan lama sangat.]

titipan pau: Hakim Pau [Cina] pun suka bersedekah kuih pau. Kau?

titipan pau: kau kawen nanti ciumlah bini@laki kau sepuas hati. dapat pahala lagi. Yang kau duk cium pegang skarang apahal? Aku sumpah jadi batu kang.

28 ulasan:

ieka darlink berkata...

weh yang part 50sen tu serius aku tergelak. haha.

lea berkata...

ko jangan cium pau suri lak....
jeng jeng jeng:P

john bert berkata...

terasa ai tau yu marah tak boleh cium pegang.

Niz berkata...

aku lapar.
bertahun tahun sdh aku x makan pau
ok over
hahaha

ama berkata...

gambar pau tu gambar lama kan. aku mcm pernah baca entri lama kau dulu ada gambar pau ni. heh

Farihah Ahmad berkata...

kopai tu pokai ek?

senior ko da kawen blom??

fadh ^_^ berkata...

=.='
entri separa biru
penah bace dah entry ni...

sharamli berkata...

h0ih..

apa ni! keh keh keh.

OL..jangan la sumpah jadik batu..baik sumpah jadik pau je. b0leh cium dan telan. kenyang p0n kenyang.

Frodo Baggins berkata...

Frodo Baggins berkata...
wahahahhaha
4 Mac 2010 12:29 AM

Frodo Baggins berkata...
tiba2 aku nak makan pao esok!
4 Mac 2010 12:29 AM

Frodo Baggins berkata...
lmbt sial ko bg petua ni!!! slama ni aku terosss ngap jer pau tuh! xder lak nak raba2 cium beliau .. haissshhhh
4 Mac 2010 12:30 AM

Frodo Baggins berkata...
aku tak paham ~~~ singlet pompuan bukan sama ke ngan siglet laki .. tibai jer ... adjust mana2 yg patut jer .. amende lahhh
4 Mac 2010 12:31 AM

Frodo Baggins berkata...
ko tgh sentap org yg ske raba2 ke?
4 Mac 2010 12:33 AM

Frodo Baggins berkata...
aku rasa nak makan pau skank
rajenah .. aku tumpang cium azza
awekmu awek ku juga ...



best jugerk buat komen ulangan


>>____<<

ct odah berkata...

mst muke pkcik tu pelik tgk ko sdg kmbali ke zaman silam ko tu...

Anis Mohd berkata...

hakim pau tu apa??
adakah merujuk kepada bao zheng?

Encik Psychopath berkata...

besarrrrrrrr

oranglidi berkata...

ieka,
-haha. aku pun nak gelak.

lea,
-knapa3??

john bert,
-erk. hahahaha.

niz,
-haha. gi la beli. skali skala apa salahnya. pau inti ayam sedap.

ama,
-mane ko menghilang? hehe.
-memang entri lama pun ni.

farihah,
-skolah aku sbut pokai kopai. haha
-entahle. belum kawen raseenye. nape? berminat? hahaha

fadh,
-hahahahahah! separa biru lak dah. aku saje je cite.

sharamli,
-mana blog nye?
-haha. btul gak. sumpah jadi pau pun okes.

frodo,
-wahhahahahah. aku dah dpt agak ko ulang komen.. cis.

ct odah,
-he he he.. aku pn igt agi reaksi die. sbab die tunggu lama masa tu.

anis,
-ha? bao ke nama die? hahaha. ye a tu kot. ak xtau sgt. slalu tgk cite cina tp xsure nama betul dia.

psychopath,
-beli jgn x beli

beautiful_rose berkata...

huhuhuh pau makan panas2 mmg layan.......

beautiful_rose berkata...

pau makan panas2 mmg layan...

oranglidi berkata...

biutiful ros,
hahahaha. btul! bila bukak nampak inti berasap2

ruffey berkata...

jgn sumpah jadi batu, tapi sumpah jadi honda civic?

vidadarisakura berkata...

ok. ndapayah kawin. cium pau sudah. haha

oranglidi berkata...

ruffey,
-ahahah. honda civik pun ok kan. hahahahahah.

vidadari,
-ho. ok gak cmtu. hehe. tp xbest la pau xda prasaan, haha

| Larasephia | berkata...

patut la kaum adam suka makan pau.

baru aku tau.




tiba-tiba rasa tercabar


cis

oranglidi berkata...

lara,
-hahahaha.. tetiba tercabar. apa lagi, beli jgn x beli.

ama berkata...

aku tak hilang mana, pergi tolong ultraman kalahkan raksasa je. hehehe

oranglidi berkata...

ama,
-hahaha. otromen lawan raksasa mana plak aih.

lumut berkata...

alaaa..entry ni aku da penah baca da dlu....

ok entry lain plak..
yg puding laici ker?
=p

oranglidi berkata...

lumut,
-agar2 laici la. haha. yang tu panjang sgt entri nye.

✿ YaYa ✿ berkata...

hikk3..
besau pau.!
nak try.. =p

cikpia berkata...

titipan pau kedua tu benar2 menginsafkan........

oranglidi berkata...

yaya,
-hahah. try je le.

cikpia,
-hehe..