Exited sungguh tiba2.. kadang2 melompat sampai kain pelikat terangkat ke paras betis.
Setelah setlekan barangan rumah bahagian barangan basah dan sayuran, kami berpikir lauk untuk masakan sahur hari ini.. Jadi, grand sikit lah untuk hari pertama ni, ibarat kata orang puteh..
Jadual menunjukkan hari ini semua diwajibkan memasak. Komponen2 penting adalah tukang masak, tukang rasa, tukang potong, tukang basuh2, tukang nasik, tukang kemas, dan tukang komplin.
Jadi, seperti biasa.. lu telusuri kisah bergambar.
1) Ya, ini rumah. Apartmen? Ntah, wa belum dapat membedakan antara kompartmen, apartmen dan kondominium.. kanan kiri itu adalah bilik2 anak muda.
2) P'rocksi memulakan langkah pertama.. memotong bawang dan sayuran lain.
3) Dae Sung kononnya memotong carrot. Woi! Ini bukan Family Outing! Kalau ini Dae Sung, sapa Jae Suk? Cilakak.
5) Masing2 teruja melihat pemotongan demi pemotongan.
6) Mencari cili hijau yang sampai ke sudah x jumpa2.. kasihan..
7) Ha! Cuba Teka! kami masak apa?!!
8) Brader Arsenal memulakan langkah memasak sahur.
9) Nah, Cuba teka lagi.. hahaha..
10) Pergh, nasik putih jenama tesko dan Menu Utama untuk 1st sahur! Oh ya, kredit buat adik2 junior kerana membenarkan kami mengguna periuk eletrik bernilai 100 ringgit tu. Kami malas nak guna dapur gas, Leceh.
11) Sudah siap, tetapi menunggu masukkan tomato!
Lu tau x bagaimana perasaan membuat TOMYAM kali pertama? Dahla baru 1st time buat, sedap pulak tu. Dahlah mudah, ringkas dan mesra pulak tu! Hahahah!
Tapi ini bukan sebarang TomYam.. Ini 'Tomyam Ayam Serta Banyak Sayuran Dan Fishball Juga Kuah Yang Sedap' atau nama ringkas manja mereka, Tomyam Masakan Bujang. Kalau lu click gambar, jadi besar barangkali.
nAh, ReSePi ditokok tambah sendiri:
-Panaskan air dan masukkan cili boh.
-Kemudian masukkan ayam (keratlah kecik2) , fishbol dan daun limau purut.
-Setelah ayam nampak masak pucat, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup (ade ke cili pengsan?).
-Masuklah juga sayuran seperti kobis, jagung kecik, dan lobak merah!
-Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis.
-Kacau hingga rata.
-Akhir sekali, lu masukkan tomato yang telah dibelah tadi (tiba-tiba dibelah tadi? bila masa wa belah?).
kuantiti lu letak lah sendiri sesuka hati.
psst: camana?
psst: selamat berposer. jangan suka2 batalkan puasa.
psst: cite Nur Kasih tu lenkali boleh donlod
psst: cik Najwa Hazirah, jgn marah lak wa tiru2 ltak post bergambar macam blog lu. hahha..