Isnin, 23 Ogos 2010

Wangsa Maju hujan lagi.

Sekadar Selingan: "Uhukk uhukk..! Enam kosong tu kira sikit lagi."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak muda itu,
menunggang dalam kebasahan..

Simpang tiga, simpang empat,
ditelusuri penuh gaya.
lampu merah kadang ia henti,
...
kadang redah.

Jalan Genting Kelang,
sudah menjadi sebati.
siapa tak kenal,
kesibukan jalannya.
jalan federal.
hari kerja pasti sesak.
himpit sana-sini.
mana janji pilihanraya?

hon kereta, bas rapid.
Wangsa Maju hujan lagi..
selebat lebatnya,
lebat lagi dari hatinya,
yang gelora?
menanti.
henti.

gadis kota, moden dan maju..
pelajar kolej TAR sana sini.
menunggu bas,
berfikir sendirian.
keseorangan, berteman.

Budak-budak berpeleseran,
ada yang keluar dari semak Seksyen dua,
berduaan.
betulkan zip,
ponteng sekolah.

anak muda itu,
masih di situ.
menuju ke Jalan Bangsar.
Gear empat..
Bulatan Pahang,
ambil jam tiga.

dalam tak sedar,
dia sudah jemu.
moga dia belum terlupa,
Malaysia sudah merdeka.
Susah payah.


ol,
1:53 am,
wangsa maju,
seksyen 4.

Untuk muda-mudi, kita merupakan sebahagian daripada kemerdekaan negara walaupun bukan usaha kita yang memerdekakannya. Tapi tanggungjawab kitalah yang perlu mengekalkannya. Selamat Merdeka 1Malaysia.

44 ulasan:

Unknown berkata...

melihat sajak lu gua tau lu bukan baya-baya gua.

kurang-kurang 30 tahun. sajak tak ada isi cinta langsung.

serlut lah.

CERITA LEBAT berkata...

betulkan zip..kahkah..gua tak tau menatang apa diorg buat.

Tanpa Nama berkata...

ni sajak merdeka paling tak jilat bontot

fadh ^_^ berkata...

anak muda~
bersabarlah. setiap dugaan ada hikmah
*eh,yeke anak mude tu ko??
hehe

Tanpa Nama berkata...

Mantap la gila.

Pergi layan Malaysia Maju - FTG.
Lagu untuk mereka-mereka yang merdeka. Kononnya.

-Berd

Tahi la gua Hazen. Hazen tu jiwa cinta 24 jam 7 hari.

Murni Alfathunnisa berkata...

selamat merdeka!

5.55am
bkt mertajam,penang

Razman berkata...

lu lupa masukkan point lu skodeng bdk solah tu buat projek. lu rasa ghairah lalu berbuka puasa.

Farihah Ahmad berkata...

sana-sini hujan.... kampung-kampung pun dah hujan lebat.

weh, aku mana reti sajak2.

K2r~90 berkata...

hoho terbaek ah!!
sajak mengambar kan sume mende walopon de unsur perli sket hehe

MOFASAD berkata...

gua dah rasa bangga lu dah tahu jalan jalan dekat k.l nie..

tahniah minda lu dah merdeka

LUMUT berkata...

kau buat puisi ni??

kalau ade puisi berdrama...
aku rasa ni terbaik beb...
=)

take care bawak motor..hehe

Crazee Lazzy berkata...

haha ol.. baik ko ngaku umur ko bpe.. ade ke patut 30? hahaha.. up lgi kan? hahaha

zonaku berkata...

sabar... 6-0 jer

anis berkata...

tak tau nak komen apa

Frodo Baggins berkata...

aku suka ini
betul suka


(amacam? komen yg patriotik kan?)

jo berkata...

ni mesti dapat idea time nak pegi kerja..

Masy berkata...

betul ke nmpk tang betulkan zip tu? kencing berdiri secara duet kot hahahaah (padahal... opssss)

Aleen Aiden berkata...

kalau lu masok meminang,wa kire,wa akan merdeka xlame lagi.mau?muahaha
:P

mukasurat17 berkata...

bab bab sajak ni aku fail sikit lah...

kang aku puji, takot a samad said kutuk ko lak... haha.. vice versa.

Jalaks berkata...

i like..tgk rupe paras ko aku dah tau betapa bebakat nye ngko..


selamat berpuase..haha

Yuki Yusuf berkata...

selamat...tumpang bangga dgn puisi ni

K2r~90 berkata...

lidi...... uiii
uiii

hahahah
uiii

[maisarah menghadapi syndrome kemerengan akibat ketandusan idea] hoho

Zatiesiska Abdul Rahman berkata...

hoi lu buat apa wangsa maju, belanja la wa

oranglidi berkata...

hazen,
-30 tahun itu dikira melampau. kalau x dahlama aku sertakan gambar anak istri dalam blog.
-ehe. nak isi cintan menda dah memang gue x reti.

cerita lebat hujan lebat,
-sedangkan menatang pun tak tau diorang buat apa.

fndrocka,
-jilat bibir je. x sampai ke bntut agi

fadh,
-ehehe.. timakasus.

tanpanama berd,
-xda la.
"Malaysia
Makin makin makin maju
Tapi..bangsa kita
Makin makin makin layu

Gila nama
Gila gila gila kuasa
Dengki kianat
Fitnah sama sendiri

Jangan..ikut
Resam resam resam lama
Gadai tanah
Gadai gadai gadai harta

Satu hari kita akan rugi
Sampai masa hilang hilang negeri"
-memang mengena.

siti murni,
-selamat! selamat!
-uih, tgh sahur ka?

razman,
-haha. mana tau ni?

farihah,
-ehehe..e.hehe. ak lagi a x reti.

k2r90,
-unsur sinisme perlu.

mofasad,
-blum lagiii, ada lagi yg belum ditrokai.
-minda gue merdeka? hihi.

lumut,
-buat sambil mengantuk.
-puisi berdrama ada ka?
-ok2. tq. ekau pun samo jang

fhad,
-tanya jalak. beliau dah tinguk kad pengenalan aku. haha

zonaku,
-hehe.. banyak kan?

anis,
-hahahaha. takpa2.

frodo,
-patriotik gila kau skang. hehe.

jo,
-bukan time pegi. time balik pun ada skali.

masy,
-dengan pmpuan dia kencing pebenda? haha

aleen,
-haha. tu abang frodo ada.

muka17,
-aku fail la jugak. xda isi.

jalak,
-celah mana tengok rupa pun boleh tau bakat. ada2 ja ekau.
-slamat berpose dan jangan tertangkap lagi.

koyuki,
-selamat berpuasa dan merdekaraya

oranglidi berkata...

maisarah,
-haha. takda idea, tulis je. nanti smua tercurah la tu.

zatie,
-jom2! hang nak blanja kan?

Azie berkata...

pergh... mcm buku 'dua lauk' la... pnah baca??

beautiful_rose berkata...

kau duduk wangsa maju ke?

huhuhu puisi ko kreatif!

K2r~90 berkata...

hoh0 beklah orang bek

huiii gue bace satu belong agak menarek ah, kisah disebalik kematian zulkhairil azmi masuk suhat khabo bln julai tuuuuuu


MEMORY will never FADE: warkah buatmu , ZULKHAIRIL AZMI BIN MD BUKHARI ..

hentakbelipat berkata...

nice...muda mudi keluar semak betulkan zip paling aku suka..nice satu kali lagi

Nazz@Purple berkata...

Selamat menyambut kemerdekaan..

Mimie.Candy Cane berkata...

6-0 angka yang sangat happy..hahaha..go go arsonal :P

lu skang duk wangsa maju ke lidi?

Linglung berkata...

lu sangat in..lu sgt true..part beromen dlm semak tu patutnya dpt dihuraikan lagi agar lebih suspen..

inDah iNdrIana berkata...

hye.. slmt berpuasa.. lama x dgr cerita kamu kan

K2r~90 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
K2r~90 berkata...

linglung cam bongek, bln pose ah ..

e. indah berkata...

salam merdeka ...

paling sempoi kata2 ini utk Merdeka ...LIKE ...


aku anak merdeka juga
aku sayang negara juga
walau aku tak tunjukkan dengan megah
yang penting hati

: )

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

lu tau gua dah hensem sekarang?

Aleen Aiden berkata...

abg frodo xmau ah..die da ade jane.ye ke?wiii
ko kate ko single lagik kan? :P

ld berkata...

suka yg ni, mate :)

vidadarisakura berkata...

kota kinabalu pun hujan....

TONG SAMPAH berkata...

Salam OL.

Dah lama perati blog ni. Nilah pertama kali gatai tangan nak tinggalkan jejak disini, dicelah2 pengkomen yang ramai dok ada. Semoga kehadiran diterima.

Selamat datang kedunia puisi, dunia yg penuh khayalan dan imaginasi. Dunia yang memerlukan pemerhatian setajam belati.

“Orang sudah merdeka, aku belum”

Saya dah lupa penyair manakah yang menulis ayat di atas, dan apakah pula tajuk puisinya. Tetapi frasa tersebut tetap melekat di fikiran saya sampai sekarang. Begitulah, sesuatu yang bermutu orang akan ingat sampai bila-bila.

Saya juga akan ingat puisi anda sampai bila-bila. Saya akan ingat sebab saya juga pernah meninggalkan jejak di Wangsa Maju atau Jalan Genting Kelang macam yang anda sebutkan.

Terma kasih kerana mengingatkan. Dan maaf OL sebab komen panjang-panjang.

miss hana berkata...

salam..slmt berpuasa..nice blog.do visit my blog n be my follower k..saje nak tambah kwn n berkongsi2 ilmu..tq :)

http://betkidzs.blogspot.com

Mieza vs Rory berkata...

buku aku biler nk pulang???hahaaa

EISENHOUR berkata...

dinihari masih berpeleseran
bersangka sinis di dalam hati
memang semua tu tak heran
bagi hati yang tak ingin mengerti