Isnin, 31 Januari 2011

Januari 2011 bulan paling tak best.

Bulan Januari sudah sampai ke penghujungnya.

Muhammad Rohmat termenung di tepi tingkap biliknya. Matanya kadang kadang digosok-gosok untuk membuang taik yang melekat. Digumpalnya taik mata tersebut dan lantas disapu pada dinding.

Muhammad Rohmat berasakan bulan Januari 2011 adalah bulan yang paling malang dan tak best buat dirinya. Bulan Januari tahun ini lah beliau putus cinta, eksiden motorsikal, blog tak maju, pasukan Selangor kalah, Dato' Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan, duit tak ada dan macam-macam hal lagi yang meramas hati.

Tapi yang paling Muhammad Rohmat tak berpuas hati adalah kekalahan parti kegemarannya di DUN Tenang. PAS. Raut wajahnya mula berkerut mengingat insiden sewaktu beliau berada di Labis sana.

Muhammad Rohmatlah pemuda yang paling kuat melaungkan "Pas Ganti UMNO" dari awal penamaan calon sampailah ke hari pengundian. Habis hilang suaranya menjerit-jerit. Keyakinannya pada Cikgu Normala tak berbelah bagi.

Paling Muhammad Rohmat naik marah adalah waktu kain pelikatnya tercabut semasa perarakan. Itu pun disalahertikan oleh putri umno yang tertengok kain pelikat Muhammad Rohmat jatuh sebagai gangguan seksual. Bukannya sengaja!

Walaupun Muhammad Rohmat seorang peminat fanatik kumpulan rock heavymetal, itu tidak menjadi halangan untuk beliau terus memperjuangkan parti Islam itu.

"Walaupun aku macam ni, usahaku seperti seperti burung kecil yang berusaha menitikkan air menggunakan paruhnya keatas nyalaan api yang membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup." ujar Muhammad Rohmat sewaktu diperli rakannya Saifudin Adli yang menyokong kuat kerajaan.

"Ah, pakai seluar pendek cakap hal ugama" ujar Saifudin Adli lantas berlalu pergi. Terkebil-kebil Muhammad Rohmat.

Nasib baik Arsenal, pasukan kegemarannya menang baru-baru ini. Hanya itu yang mampu memberi kuntuman senyuman buat Muhammad Rohmat. Muhammad Rohmat mengalihkan mouse dan lantas kembali berFacebook.

ol: kisah rekaan semata-mata, tak ada langsung kena mengena dengan yang hidup dan mati.

Jumaat, 28 Januari 2011

Sang Jagat dan Haiwan-haiwan

Mentadak mentadu berlari-lari seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tupai darat dan laut yang dari pagi sibuk mencari biji-biji kopi juga berlarian meninggalkan bahagian utara hutan itu. Hanya yang sempat dicapai sahaja yang dibawa lari bersama.

Tenuk dan cipan lagilah menggelabah. Baru sahaja mahu menikmati sajian tengahari sudah terpaksa menyorok. Semut-semut hanya mampu bersyukur, nyaris sahaja dimakan tenuk dan cipan tadi. Namun, terus berkejaran menuju ke lubang-lubang dan celahan pokok untuk mengelak musibah. Apakan tidaknya suara paling digeruni umat haiwan itu sudah mula bergema.

Hadiran Sang Jagat sangat digeruni segala jenis haiwan di hutan hujan tropika itu. Sang Jagat sangatlah kuatnya. Renungan matanya yang tajam bagaikan damak menusuk ke pusat. Kegagahan Sang Jagat sangatlah tiada tolok bandingnya.

Pernah Pak Kancil ingin menentang dengan tipu helah kerana dalam hutan itu, beliaulah yang paling juara dalam percaturan minda. Namun hampa. Sang Jagat rupa-rupanya bukan sahaja gagah pada fizikal namun kebijaksanaan mentalnya tidak terlawan. Ibarat kata-kata pendeta,
"Dua daun yang nyaring mampu mengalahkan tajamnya belati".

Habis semua ikhtiar haiwan yang ingin merampas takhtanya. Kerana pada hemat mereka, Sang Jagat memanglah kuat tapi penuh dengan sifat-sifat busuk hati seperti amalan pilih bulu, rasuah rimba, dan ketidakadilan ekonomi. Bayangkan, pemilihan pekerja di istana Sang Jagat juga mengamalkan kronisme!

Bagi haiwan-haiwan lain, pemerintahan Sang Jagat sudah keterlaluan dalam tempoh dua tahun memegang tampuk raja rimba. Kini sudah masanya Sang Jagat berundur. Tahun ini haiwan-haiwan sudah bersepakat menghantar Anarki, seekor cacing untuk beradu tenaga dengan Sang Jagat. Menang kalah, diserahkan pada yang Maha Pencipta.

Rabu, 26 Januari 2011

Nafas orang kota

Dipinggir lorong kota yg gemilang
Termanggulah seorang oh musafir
Memerhati nafas2 manusia
Kelesuan kepasrahan kepenatan

Berbisiklah sang musafir sendirian
Oh inikah dikatakan kemodenan
Sedangkan kejahilan masih ada
Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria

Dilorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa

Wacana hidupmu bagaikan nista
Disebalik cahaya ada gelapnya
Moraliti keilmuan keimanan
Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

Mengapakah kau sanggup
Mendustai yang anarki
Pandanglah pada alam
Yang semakin huru hara

Dimanakah perananmu
Untuk pertahankan bangsa agama
Yang semakin terbiar keranamu

Dilorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya

Dilorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Ohh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi

Dilorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa

Dilorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya

Dilorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Ohh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah dari mimpi

ukay's sepanjang zaman

Selasa, 25 Januari 2011

Artikel BiBPOP: Ni yang dikatakan budak legend!





Lakonan mereka memang digilai peminat filem aksi humor. Sik Siu Lung dengan kehebatan kungfu walaupun badan kecik (muka macam budak budak tahfiz pun ada. haha.), dan Kok Siu Man memegang watak budak yang berlagak tahu kungfu.

Sumpah, lawak yang badan gempal tu setaraf dengan Stephen Chow. Lawak gila dia ni. Masuk Raja Lawak pun boleh menang. Kalau nak tahu pasal die, carila dalam internet. Orang kate die skang jual aiskrim nak tanggung pengajian.

Bile lagi penerbit malaysia nak kluar filem lakonan kanak kanak ni? Asyik cerite hantu je. Last skali aku tengok brainscan topi ajaib tu je. Takkan nak tunggu anak Zizan, Nabil raja lawak? Dah lah, aku nak sambung gelak tengok cite Shaolin Popey ni. wahahahahah..

o.l: gelak penawar sakit

Selasa, 11 Januari 2011

Mydemcomic Dialog Contest, bukan Mydin ye.


Mydemcomic merupakan satu blog yang aku baru terserempak. Penyelenggara blog ni mempunyai dua blog, yakni Mimizuzuhahahahaha eh, Mimizuzuhaha untuk tulis-tulis dan Mydemcomic untuk lukis lukis.


Jadi tengah aku lepak lepak dalam blog, aku terbaca la kontes die yang best ni. Aku tak sangka pulak aku jadi bersemangat bila tengok lukisan-lukisan die. Yang penting watak Minamille sungguh mempesonakan. Ko nak tau lebih lanjut, lepak la kat blog die. hehe.

Antara post beliau yang aku suka ialah: 'membonceng tripod', 'ice-scream', 'beradu perut', 'bolehkah bunuh hari sabtu' dan 'nak pegi zoo'

Aku join tiga terus..



A) Menunjukkan Minamille men'spray' sekor nyamuk yang disangka lalat. Nampak tak pedang samurai tu? Kang kena libas baru tau. Sang nyamuk tersilap langkah kerana memakai mask sedangkan organ pernapasan sekor nyamuk adalah abdomen. Ntah betul ke tidak.


B) Berasal dari perkataan DreamWorks, si mimizuzuhaha tukar kepada DrillWorks. Aku tak tau lah kenape. Jadi aku buat je la seolah-olah Minamille sedang menebuk ozon.

C) Yang terakhir pulak, aku tulis dialog si Minamille yang terperangkap setelah mencuri 5 biji cili.

Tag 2 orang (Aku tak penah tag orang, ni first time. Padan muka. hehehe) :
-Milimilo
-Farihah Cengkihkali
-Semua orang yang baca.

Dia punya terma dan syarat check kat blog dia.

Ok la tu, aku pun tengah ketandusan idea. Tak tau nak sembang ape dah. Ayat dalam blog die comel2, tapi ayat aku macam apebende ntah. Kalau tak menang pun tarahal punya.

Selasa, 4 Januari 2011

Pesan Abang. Lagu pesan abang versi Allahyarham Sudirman lagi bagus.

Buat yang baru nak masuk darjah satu tu, ni saya nak bagi lukisan poster sekali dengan pantun kat awak-awak semua lah. Kalau cikgu tanya awak nak jadi ape, jawap la nak jadi rockers.




Pergi sekolah mengurat cikgu,
kene tampor menangis tak sudah,
pergi sekolah bacalah buku,
abc 123 jangan ambik mudah.

Lima ekor kucing,
lima ekor ikan bawal,
adik kalau nak kencing,
pesan kat cikgu awal awal!


Buah nyiur buah manggis,
makan sebijik jangan hutang,
adik janganlah menangis,
karang ibu datang.


Makan ulam paku pakis,
jangan dilupa buah kedidi,
kalau adik tak reti melukis,
lukis je lah orang lidi.

sekianlah pesan-pesan abang. hehehe.
teringat pulak time aku pukul orang masa darjah satu dulu. he he..

Sabtu, 1 Januari 2011

Lukisan Paint : kepada Ceplos

Ceplos, sebuah drama yang menarik minat aku kerana lagu dalam cerita tu mengingatkan aku kepada sebuah kisah paling digemari aku tahun 90an dulu iaitu cerita Cili Padi.

Lukisan paint ini aku abadikan buat Ceplos atas kejayaan meneruskan dramanya buat musim baru.


slamat tahun baru ceplos. semoga kau terus berjasa buat rakyat. Rambut ko memang steady ceplos.. Mark zukeberg pun kalah.

"Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana"