Isnin, 31 Januari 2011

Januari 2011 bulan paling tak best.

Bulan Januari sudah sampai ke penghujungnya.

Muhammad Rohmat termenung di tepi tingkap biliknya. Matanya kadang kadang digosok-gosok untuk membuang taik yang melekat. Digumpalnya taik mata tersebut dan lantas disapu pada dinding.

Muhammad Rohmat berasakan bulan Januari 2011 adalah bulan yang paling malang dan tak best buat dirinya. Bulan Januari tahun ini lah beliau putus cinta, eksiden motorsikal, blog tak maju, pasukan Selangor kalah, Dato' Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan, duit tak ada dan macam-macam hal lagi yang meramas hati.

Tapi yang paling Muhammad Rohmat tak berpuas hati adalah kekalahan parti kegemarannya di DUN Tenang. PAS. Raut wajahnya mula berkerut mengingat insiden sewaktu beliau berada di Labis sana.

Muhammad Rohmatlah pemuda yang paling kuat melaungkan "Pas Ganti UMNO" dari awal penamaan calon sampailah ke hari pengundian. Habis hilang suaranya menjerit-jerit. Keyakinannya pada Cikgu Normala tak berbelah bagi.

Paling Muhammad Rohmat naik marah adalah waktu kain pelikatnya tercabut semasa perarakan. Itu pun disalahertikan oleh putri umno yang tertengok kain pelikat Muhammad Rohmat jatuh sebagai gangguan seksual. Bukannya sengaja!

Walaupun Muhammad Rohmat seorang peminat fanatik kumpulan rock heavymetal, itu tidak menjadi halangan untuk beliau terus memperjuangkan parti Islam itu.

"Walaupun aku macam ni, usahaku seperti seperti burung kecil yang berusaha menitikkan air menggunakan paruhnya keatas nyalaan api yang membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup." ujar Muhammad Rohmat sewaktu diperli rakannya Saifudin Adli yang menyokong kuat kerajaan.

"Ah, pakai seluar pendek cakap hal ugama" ujar Saifudin Adli lantas berlalu pergi. Terkebil-kebil Muhammad Rohmat.

Nasib baik Arsenal, pasukan kegemarannya menang baru-baru ini. Hanya itu yang mampu memberi kuntuman senyuman buat Muhammad Rohmat. Muhammad Rohmat mengalihkan mouse dan lantas kembali berFacebook.

ol: kisah rekaan semata-mata, tak ada langsung kena mengena dengan yang hidup dan mati.

10 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

Penyederhanaan ulasan telah diupayakan. Semua ulasan perlu diluluskan oleh pengarang blog.

bahasa mende ni?


Tenang yg tak begitu tenang
mohd rohmat patut selak sungguh2 kain
alang2 mandi biar basah!
puteri2 x jelita mana pun ...
psst rasanya wanita2 lagi gebuz!
((sambil toleh kiri kanan))


sampai masanya mohd rohmat mandi bunga!


... january paling best di dunia

Judiene berkata...

Haha.
Hilarious.

Farihah Ahmad berkata...

aku lupa nk komen apa bila baca ayat kt bwh kotak komen;


"Penyederhanaan ulasan telah diupayakan. Semua ulasan perlu diluluskan oleh pengarang blog."


wengggg aku.

beautiful_rose berkata...

hehehhe yeke ini cerita rekaan...cerita pasal ko tak... =p

A.L.I.L B.L.O.G berkata...

'Ah, pakai seluar pendek cakap hal ugama'

hahaha.. klaka2.. cite ni mmg klaka..

e. indah berkata...

Muhammad Rohmat jangan sedih untuk semua yang meramas hati di bulan Januari ... : )

mungkin Febuari lebih baik nanti ...atau mulakan lah langkah bertanding untuk parti kegemarannya ...

semoga sinar untuk Muhammad Rohmat ..


nota: komen ini hanya berkaitan dengan Muhammad Rohmat, tidak berkaitan dengan penama lain : )

oranglidi berkata...

frodo,
tu ntahla bahasa menda. hahaha.
wanita lg gebu? hahhahhaha. gatai hang naa.
-masing2 ada januari best, ada yg x. hehe

judiene,
-hahhaah. glorious. haha.

farihah ahmad,
-aku pun weng. haha

rose,
-bukan pasai ak le. hehehe. rekaan je..

alil,
-haha. kelakar dimulut dan kelakar di perut.

e.indah,
hehe. kalo muhammad rohmat wujud mesti dia berterima kasih dan bermotivasi mendengar komen ni. hehe

Yuki Yusuf berkata...

cool la mohd rohmat ni..suka
kehkehkeh

oranglidi berkata...

koyuki,
muhammad romat memang cool dalam sesetengah hal. tapi dia akan hot bila kainnya tercabut. hehehe

beskot berkata...

ye ke ni rekaan??
mcm ade selit yg btol je..
haha..
orglidi²..