Semalam (14 Oktober 2011) saya dan rakan-rakan saya pergi ke Stadium Perak untuk menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia diantara tuan rumah, Perak, versus Selangor. Selangor datang ke Ipoh berbekalkan aggregate 3-1 yang mana jaringannya sudah berkondisi selesa untuk mara ke separuh akhir.
Kami tiba disana lebih kurang dekat dengan waktu maghrib. Apabila tiket sudah dibeli, kami pun bersiar-siar lah disekitar stadium sebelum menunaikan solat. Semasa membeli-belah di kawasan itu, ada antara kawan saya yang membeli jersi dan beraneka cenderamata mengikut pilihan masing-masing lah kan.
Dari Nogori, Ganu, Johor, Klate, Selangor, Perak.. Real Madrid,
Semua ada. Satu Malaysia! Memang seronok lah pemandangan serta suasana di stadium. Kita dapat melihat pasukan penyorak negeri masing-masing menyanyi dan menari lagu-lagu semangat. Rata-rata kawan saya ni belum pernah menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium. Niat kami datang adalah untuk seronok-seronok sambil menikmati perlawanan.
Namun panas tidak selalunya cerah dan mendung pula tidak selalunya hujan. Kejadian-kejadian yang tidak terduga telah menimpa kami. Kawan saya yang memakai jersi Selangor telah bertemu dengan kesukaran setelah beberapa penyokong fanatik pasukan tuan rumah telah 'menyerang' mereka. Ada sorang brader tu menjulang-julang jari tengahnya sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada kawan saya yang menyokong pasukan Red Giant itu.
Kawan-kawan saya itu juga telah di sorak untuk membukak jersi Selangor yang dipakai itu. Kawan-kawan saya sangat berdebar ketika itu. Nak marah kang, bimbang apa-apa buruk akan terjadi. Jadi kawan saya itu mengambil langkah berdiam diri sambil tersenyum sahaja.
Didalam stadium pula, lagilah bermacam-macam jenis ragam manusia yang kita belum pernah lihat berlaku. Kalau sebelum ini kita dapat menyaksikan penonton membaling mercun dan botol hanya dikaca televisyen,kini kita bisa menyaksikannya secara live.
Kawan-kawan saya yang menyokong pasukan Selangor berpisah daripada yang menyokong Perak kerana bimbangkan keselamatan. Stadium Perak malam itu seolah-olah perlawanan akhir kerana dipenuhi hampir 100peratus. Suasana malam itu sangatla meriah dan tegang. Kompang dipalu, gendang diketuk, gelombang Mexico, trumpet, dentuman mercun, suara aweks, dan lain-lain seolah-olah tiada lagi hari esok.
Matlan, Laden dan Jimmy (btui ke namo ni? xtau lak. heehe). Nampok blakang tu? Penuh wo Penonton Perak yang tergamam dengan jaringan 1-0 Selangor tiba-tiba tak berpuas hati dengan penyokong Selangor yang berada di satu island (penjuru) lalu bertindak ganas dengan membaling botol dan sampah sarap. Kawan saya yang berada ditempat kejadian sangatlah bingung akan kejadian berkenaan. Iya lah, bimbang juga apa-apa terjadi. Ada yang kelihatan seperti sudah dirasuk 'hantu bola'. Mengamuk tak tentu pasal. Lagi bertambah membingit apabila satu daripada empat lampu spot terpadam. Penyokong membising-bising mungkin kerana marahkan Tenaga Nasional Berhad.
Sewaktu perlawanan sudah habis dengan kemenangan Selangor, penonton bergaduh seperti rusuhan besar telah berlaku. Ada yang bertumbuk dan ada yang dibaling mercun. Dah macam perang jadinya.
Kesimpulannya, nilai-nilai Satu Malaysia belum dipupuk dengan sebaiknya kerana kita dapat lihat rakyat kita bergaduh dan mencerca sesama bangsa hanya kerana SEBIJIK BOLAAAAA... Sokong, sokong lah jugak tapi tak payah la sampai taksub dan fanatik gilababi. Macam orang takde akidah. Ohh tanah airku..
pst: tahniah Ganung. Nellang Molek Awok kite.
SMUA GAMBAR DIAMBIL DARI
FESBUK