Rabu, 29 Februari 2012

For Ajek Hassan

Kenal Ajek Hassan? Kalau tak, terai la cari dalam Youtube. Aku first dengar nyanyian dia ni dalam blog sape, aku x sure. Beberapa tahun lepas lah. Lepas tu terus aku donlod lagu2 nyanyian beliau.

Ramai orang kenal Ajek Hassan semenjak dia kaver lagu Ombak Rindu tahun lepas. Hinggakan ade yang sangka Ajek Hassan la penyanyi sebenar lagu tu.

Kebanyakan lagu yang brader Ajek ni nyanyi dan kaver adalah lagu-lagu Melayu. Semuanya dimainkan secara akustik.

Baru-baru ni Jangan Tidur Lagi ada tayangkan pasal artis Youtube dan salah sorang artis jemputan adalah Ajek Hassan.

Aku tau melalui fanpage dia sebab dia da bagitau laaamaa dah dia akan masuk rancangan tu (rakaman). Bersemangat aku tunggu pukul 11 semata-mata nak tengok Ajek dalam tv. Orangnya memang pemalu tapi bila dia cakap mesti memberi makna yg mendalam.

So, buat Ajek Hassan, ini aku hadiahkan lukisan tak seberapa pakai paint..


ajek


gambar sebenar (carian gugel)

Untuk pengetahuan, Ajek kerja di Australia kat Makan-makan Kafe. Kafe abang beliau. Kalau nak dengar secara live singgah le kat kafe dia sebab dia memang buat performance kat sana.

Antara lagu yang dia kaver paling aku minat adlah lagu Jemu-May.. Lagu lain yang tinggi2 pn aku suke. hehe..

Orang tak kenal Ajek mesti tak tau dia ni anak jati Terengganu Darul Iman. Sekapung nge aku weh!

AJEK ROCKK!!!!

Sabtu, 25 Februari 2012

Model Muslimat?

Sedang menunggu ketibaan makanan, aku membelek akhbar hari ini
"Lawa model jubah ni." kata aku


Model jubah dalam sisipan Harian Metro (Sumber Gambar).
"Susah nak cari muka lawa macam ni."

Tiba-tiba aku terfikir..

Tapi kenapa jadi 'so called' model muslimat?
Kenapa perlu ada model fesyen muslimat?

dan sama jugak dengan bloger yang lawa-lawa bertudung.
Letak gambar dalam blog, facebook.
Semua nak jadi terkenal. Popular.
Siap ada FAN Page di Facebook.

Kenapa?

Memang kalau cantik akan jadi ke arah tu ya?

Bukan kata salah atau betul.
Entah,
Sekadar terlintas dipikiran.

model

Rabu, 22 Februari 2012

Musibah



Penyakit masyarakat makin menjadi-jadi.
Rogol, sumbang mahram, bunuh, judi, zina, lacur, dagang orang, dadah..

Keratan di atas ni dari surat kabo kosmo.
Gadis menghilangkan diri mengikut kekasih.
Atau di'culik' kekasih?
Entah apa la nasib masyarakat sekarang..

Apa kebabian ini?
Cinta? tahik kau.
Zakiah.. Zakiah..

Selasa, 21 Februari 2012

Milo

Harini aku bukak tin Milo.
Aku celup sudu
ambik serbuk Milo
aku makan.

Walawehh.
Gambar tin milo tahun 1940


kalau 'minum milo anda jadi sehat dan kuat'. kalau makan milo jadi apa pulok ye?

psst: aku baru baca sejarah milo

Khamis, 9 Februari 2012

Perempuan Musang

Petang tadi aku berlari-lari di padang.
Cuaca memang sedap.
Terik matahari memang terasa.

Tiba-tiba hujan turun lebat.
Aku teringat satu drama ni..



Drama: My GF is a Gumiho (9tailed fox)

Awek dia ni musang ekor 9.
Dia kata kalau dia menangih, cuaca panas pun boleh jadi hujan.


Aku pun terpikir, awek sapa la tengah menangih petang-petang macam ni.
Dan aku terpikir jugak "kalaula dapat awek lawa macam gumiho tu. peh.."

Sekian.

(bawak ke mimpi woih tengok cite ni.)

Rabu, 1 Februari 2012

Kencing Deras.

1. Antara nikmat dalam berblog adalah kita dapat mengetahui sesuatu yang luar dari pada sudut pandang kita.

2. Kita dapat tengok dan rasa apa yang dialami oleh orang lain.

Perspektif yang berlainan.
Pandangan yang berbeza.
Idea-idea,
Buah akal yang majmuk.
Masing -masing dengan cara tersendiri.


3. Semua ini sebenarnya menguntungkan kita.

Sekaligus memberi pengalaman dan pengajaran. Bukan berblog kerana populariti. Itu bodoh namanya.

4. Dan dari situ kita dapat mendalami seseorang, walaupun mungkin kita tak kenal rapat.

5. Dalam masa sama, mengenali diri dan potensi kita sendiri.

6. Cuma yang tak best, bila ada entri emosional.

7. Dan tak best jugak bila kita tak paham apa yang disampaikan. Bahasa yang digunakan terlalu tinggi gamaknya. Walauapapun, itu pun satu pembelajaran bagi si pembaca.

Terimakasih masih sudi membaca.

pst: pkul 3.30pagi kang jangan lupa arsenal bolton.