Entri ini diterbitkan pada 4 mac 2010. hampir setahun..Tadi senja aku pergi ke pasar malam area Taman Maju Jaya. Member aku bilang nak beli singlet kaler hitam. Aku kurang keyakinan samada pasar malam ada menjual singlet zaman sekarang. Ternyata, hanya singlet hitam perempuan yang ada.
Dalam pencarian lauk pauk untuk disental, langkahku terhenti di satu gerai.. Gerai kuih Pau. Aku memang tak boleh tengok pau-pau ni. Nak je aku picit sekor-sekor.
Memori ku tiba-tiba melayang ke zaman persekolahan. Ya, semasa aku sedang berdiri depan gerai itu , pikiranku berbalik ke zaman lampau tanpa menghiraukan umat manusia yang lalulalang.
Aku mula digamit kenangan. ~~
Ketika itu aku masih mentah remaja. Tingkatan satu sekolah kampung. Kelab TaeKwonDo mengadakan aktibiti ke Pulau Pinang. Ketika perjalanan pulang (malas aku cerita aktiviti disana), kami berhenti di satu gerai untuk makan tengah hari.
Aku sudah kopai gila babi. Sen tinggal seringgit dua. Aku mula mencerap bintang di awan dan gunung dilautan. Akhirnya aku buat keputusan membeli pau yang dalam laci kaca tu. Pau Al-Ain ke ape namanya aku pun dah lupa. Maklumlah, orang miskin macam aku takkan nak makan macam orang lain.
Aku bawak naik pau ke dalam bas dan kemudian senior aku memberi satu
tips yang paling best ketika memakan kuih pau. Aku yang mentah tak tau apa cuma mengangguk setia akan kata-kata senior itu.
Katanya,
"KALAU KAU MAU RASA CIUM PEREMPUAN, KAU TRAI LAH CIUM PAU.. SERIUSS! RASANYA SANGAT BEST! DENGAN KEEMPUKAN KELEMBUTAN PAU PANAS SUAM-SUAM ITU, KAU AKAN MERASA INDAH.. SEBIJIK RASA MACAM CIUM PIPI SEORANG AWEK! "Aku pun cuba cium pau yang baru aku beli itu. Panas-panas lagi.. Ternyata benar kata-kata beliau (walaupun aku tak pernah cium awek). Sampai ke hari ini aku buat pekara sama. Kau nak try? Beli lah pau sebatang dua.
Ni lah pau aku beli tadi. Lebih besar dari penumbuk aku. Harga pun berpatutan. Empuk. {Duit 5posen tu aku letak sebab nak suruh kau banding.}
~~Lepas habis aku mengimbau kenangan, barulah aku membeli pau berkenaan [pakcik tu dah pelik tengok aku berangan lama sangat.]
titipan pau: Hakim Pau [Cina] pun suka bersedekah kuih pau. Kau?
titipan pau: kau kawen nanti ciumlah bini@laki kau sepuas hati. dapat pahala lagi. Yang kau duk cium pegang skarang apahal? Aku sumpah jadi batu kang.