Pada suatu senja, kelihatan seorang pemuda duduk-duduk di atas kerusi kayu panjang yang berada dibirai sebuah gerai. Ahmad Zakaria nama pemuda itu.
Gerai tersebut sudah banyak mengajar erti hidup baginya. Tempat jatuh dan bangun nya dia. Tempat warga tua melepak sambil bermain dam haji, kadang-kadang karom. Di sinilah juga tempatnya wakil rakyat berkempen bila tibanya pilihanraya. Tapi bila lepas pilihanraya, haram jadahlah mahu turun padang. Asyik duduk rumah memboyotkan perut anak bini.
Ayam-ayam sudah mula pulang ke reban masing-masing. Begitu juga segala hayawan bergelar kambing, biri-biri dan lembu kerbau. Semuanya mula mengorak langkah pulang setelah penat sehari suntuk membanting tulang mencari rezeki untuk anak istri.
Ahmad Zakaria memerhatikan gelagat haiwan-haiwan tadi dengan penuh penghayatan dan kekaguman. Seolah-olah Ahmad Zakaria mampu memahami tiap patah kata-kata haiwan itu. Matanya tajam memerhati makhluk yang tidak berakal namun teratur hidupnya itu.
"Ahmad Zakaria, tak nak ke mesjid ke?" ujar Abang Jabbar yang kelihatannya dalam perjalanan ke masjid. Ya lah, kalau orang berpakaian baju melayu, berkepiah, berkain pelikat dan tergantung sejadah mau ke mana lagi kan.
"Maghrib sudah dekat ni" sambung Abang Jabbar lagi.
"Masjid kat kampung kita ni orang PAS je boleh semayang bang.. Orang kuat UMNO kawkaw macam saya ni tak layak pergi." Terang Ahmad Zakaria sambil menguis-nguis kakinya di tanah, tanpa tujuan.
"Ish, Ahmad Zakaria , Ahmad Zakaria.. PAS ke, UMNO ke, KeAdilan ke, Perkasa ke, Perkeso ke, semua boleh pegi semayang lah. Masjid tu kan terbuka untuk orang Islam, rumah Dia. Cuma mahu pegi ke taknak. Itu je. Lagipun di masjid lah tempat kita sama-sama berkumpul, bersosial, membincangkan isu umat.. kalau pasal ceramah politik tu.. " tiba-tiba penerangan Abang Jabbar yang panjang lebar dipintas laju oleh Ahmad Zakaria.
"Terima kasih lah atas pelawaan abang tu. Nanti esok semayang jumaat saya pegi la. konfem" kata Ahmad Zakaria sambil berlalu pergi.
ol: sedap btul makan murtabak pasar malam tadi.
36 ulasan:
ni cerita betul ke hapa
0k.harap-harap s0lat jumaat es0k ada la muka Ahmad Zakaria kat masjid
ama,
-cereka. cerita rekaan semata-mata. ehehe.. dah lama x mnulih.
sharamli,
-hehe.. ade la tu.
kan x pasal2 kene ceramah.. hahahaha
hayawan = hewan .. guwa blajo perkatan bawuuu
acece guwa engat hang nak perli sape la tdi rekaan semate2 upenye hek3x
entry DUA INSAN tuh guwa kene delay dulu sebab x mintak izin pade empunye cerite lagi la der..
guwa lupe plak nak mintak izin ary tuh keh3x
ow ye der pnggil guwa k2r je pon x pe, kalo tulis name
kang terkantoi la plak hek3x
like this entry!!
ahmad zakaria ni bukan umno sangat pun sebenarnya.
tapi masuk bab semayang dia jadi umno kejap.
huuu
masjid milik semua..
tp kenkadang rs segan dtg sendiri..
taim semayang jumaat xpela campur org pas ngn umno?muahaha
dulu masa zaman remaja2 aku duk tengok je kazen2 lelaki men karom.haisshhh!
masy,
-hehe.. nasib bek ceramah siket je.
ketua,
-mak aih, makan space tu. haha
-sbab orang ganu biasa sebut hayawan. huhu.
-haha. rekaan je. xreti sgt wat cerita mcm hang.
-oo.. patutla ilang entri tu
-ahaaha. ok2. ketua.
-trimas.
hazen,
-haha. tau tau je dia bukan amno. calon ketua pemuda bahagian kot.
mutiara,
-hehe.. segan la plak. pegi je.
aleen,
-hhaha. time smayang raya pun takpa nak campur. hehe.
-tengok je? men je a skali.
hek eh cereka rupanyaa.
mu bizi tak menulih kenape? heh
apehal perkeso terlibat.
dan nampak sangat ahmad zakaria tak mandi wajib lg.
pekare ni byk berlaku zman skg ni. politik telah memecah belahkan kaum. bukan sape-sape rugi, akhirnya diri mereka sendiri yang rugi.
ko berbuka makan murtabak ye?
ama,
-ha.. sbab bizi la tak mnulih. xda idea. hahhaa.
psiko,
-perkeso pun nak jadi parti. haha
-op. terkantoi suda.
rafiq,
-memecahkan perpaduan kan?
-berbuka apende? aku x posa pun haha
Erk,
kau ada tak kat situ, masa tu?? :P
Abang Jabbar tu orang Perkeso ke?
hahaha..
NiCe!
wey bukan ketue .. segan guwa ..
k2r short form >>> kanak2 rebina
cikgu selalu x engat name guwa, so die pnggil guwa dengan name y huduh nih je..
ntah ahmad zakaria saja bg alasan xnak solat jemaah...hehe
arr,
-haha. nama pun cereka. aku tak ada kat situ le.
anaqi,
-trimas sudi singgah.
-haha. ye la tu kot. dia nak buat parti perkeso agknye. hehe.
ribena,
-laaaa.. kanak2 ribena rupanya. hahaha. lawak jugak cekgu tu.
lea,
-hehehe. mungkin jugak tu.
aku harap ia benar hehe
mira,
-haha. malangnya ia tidak.
aku bangga ngn ko!!! jom aku blnje murtabak. ajak abang jabbar skali!!
tetibe kan.
wa musafir semalam so tak ada le sembahyang jumaat
ini mengingatkan aku pasal sorang pakcik kat kampung aku, dia takkan pegi makan kenduri atau jamuan yang orang UMNO masak.
tapi bila datang bulan puasa, dia sanggup parking moto jauh2, suruh cucu dia pegi ambil bubur lambak yang orang UMNO agihkan depan pejabat. sebab apa kau tahu?
sebab bubur lambak yg orang UMNO bagi tu sedap dan FREE
sementelahan bubur lambuk yang PAS punya kena bayar seringgit dan tak sedap
macam nie punya orang pun ada,kan?
:)
farihah,
-wokeh, nanti aku tuntut murtabak ko!
uncle mamai,
-hahaha. takpa2. nk wat cmna kan.
lara,
-ha. ni la yang dikatakan mentaliti ahmad zakaria.
-hamboi pak cik tuu. nasib bek x kantoi. haha. kantoi kang malu.
-eh, cmna ko tau crita ni? hahaha . ko knal ka dgn pakcik tu?
heee~
lembu kerbau keje jugak eh untk bg nafkah kat ank bini? =p
yaya,
-msti la keja. membajak tanah dan meragut rumput. kalu depa xda, sapo yg nak keja sektor tu? haha.
ni macam kisah budak RAFIQ jak ni.
haha
vivi,
-hahaha. apehal rafiq lak. xda kna mngena da.
pakcik nie ahli kariah masjid kampung tokwan aku lah. tokwan aku la yg crita.haha
lara,
-ooo.. trimas kongsi kan kat aku. hehe. kim salam sama tokwan mu
dekat Bukit Mertajam,ada dua masjid bertentangan.satu masjid PA satu masjid BN. sampai jumaat pun kena gilir-gilir. itu cerita 5 tahun dululah masa sy sekolah kat sana.sekarang tak tahu apa citer. Aish!
ahmad zakaria...ahmad zakaria...apa saja buat jiwa kamu susah...senagkanlah yang susah, biar tenang...bila tenang keputusan jelas...bila jelas, waras ....
: )
nurfaridahanum,
-trimas sudi singgah..
-wow. sampai cmtu skali? aku pn penah alami benda ni. dua masjid satu kampung, dan dua2 lain parti.
eindah,
-benar kata2 mu itu cik eindah. ahmad zakaria perlu bertenang dalam membuat keputusan yang waras.
jom. nak jelajah planet mana?
lara,
-aku berkenan dengan planet musytari. hehehe. sebab ada gelung.
gila hebat kau. fuyoh!
Catat Ulasan