Selasa, 29 September 2009

Yahya Kailo Penyelamat Sepanjang Zaman

Hari raya? Baju yahya kailo je. Kalu lu baca entri Yahya Kailo, lu kenal lah beliau.. Dah xde lah nak buat baju laen. Ingat nak simpan duit. Reducekan lah kos2 beraye.

Macam biasa, memang raya sronok d tengganu. Jalan umah sedara mara. Rumah geng2 malas nak pegi sbab sbuk pindah randah. Laen2 tahunlah jumpe.

Gambar banyak ditangkap smpena raya, tapi xkan nak ltak smua. parahlah blog ni.


Pagi raya. Disnap dlm masjid ketika bertakbir. Tok Imam marah, wa wat dek je.




Habis smayang raye. X sengaja tertangkap gmbar ni. Haihh.



Pusara.. Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.


Adik dan adik. di rumah baru. Kami mmg bertema bebas setiap tahun.

Qaisara.. Adik. Lain ibu.. tetap adik. (posing paling rock sambil makan kuih)


Belasah futsal di hari raya ke dua bersama sepupu sepapa..



Beraya dikampung je. Rumah dah sedia ada dikampung. Nk wat camane. hehe. Kampung boy katakan.


Dah cukup kukuh kwangan mcm ni baru boleh.


Alhamdulillah. Sibuk mengangkut barang2 smpena raya. Maklumlah, umah baru siap. (x siap spenuhnya.. saje nk beraye umah baru. hehe.)



Selamat ari raye. Ni time Buka posa beramai2. Apahal lah mamat karoke dgn sos tu. Smuga berjaya smuanya.



Agar2 Laici berupa Kura-Kura.. Wat sndiri bersama 'hidup dalam kotak' untuk buka posa aritu..



SESI: AYUH! BELAJAR SIKET-SIKET BAHASA GANUNG
- nassang: perasaan malas2..
- bahang rambang: kelam kabut, wat keja x smpurna


psst: tulis ringkas2 dahlaa.. dah ramai blogger buat crite pasal raye kan?

psst: jom layan lagu 'khatimah cinta-6th sense' dan 'Izinkan Selamanya Namamu DiHati- E.Y.E'.

Selasa, 15 September 2009

Sajak dimalam 7 likur (likur tu menda?)

Ramai sangat blogger buat sajak. Jadi wa pun terasa nak buat sajak. Wa reti buat sajak moden je.. nak lawan sajak dengan Anak Laut atau Lumut, payah sekali.. Terima je lah.. sajak wa cipta dalam 13 minit ni..

khas buat lu semua,

Tajuk: Andai Hensem Menjadi Ukuran

Andai hensem menjadi ukuran..
sudah tentu kekayaan bukan lagi ukuran. haha..

Andai hensem menjadi ukuran..
Lu nak ukur baju raya pakai ape?

Andai hensem menjadi ukuran..
maka ramailah binatang peliharaan tak sudi menjadi jinak dengan tuan mereka yang kurang hensem.. "woi kucing, sampai hati lu!"-tuan kurang hensem.

Andai hensem menjadi ukuran..
maka susahlah brader kurang hensem mendapat pekerjaan.. lagi-lagi kalau kerja yang memerlukan interview. Jadi bertambahlah kutu2 jalanan.. lingkup lingkup..

Andai hensem menjadi ukuran..
lalu banyak lah cewek2 langgar pokok bila berjalan kerana sibuk mencari si hensem yang tinggal 2-3 kerat je dalam dunia..

Andai hensem menjadi ukuran..
sesungguhnya Black payah jugak nak menang Mentor musim ke-3.

Andai hensem menjadi ukuran..
Susahlah peminjam-peminjam nak buat pinjaman bank. Nak kena Shah Rul Khai je..

Andai hensem menjadi ukuran..
ramailah gadis2 mencari-cari jejaka sehensem Nabi Yusuf A.S

Andai hensem menjadi ukuran..
si penggali kubur pun memilih kalau nak tanam mayat. cis. penggali kubur, lu hensem sangat ke?

Andai hensem menjadi ukuran..
Bai Bangla yang jual roti atau karpet mungkin sekali tidak laku rotinya..

Andai hensem menjadi ukuran..

kanak2 kurang hensem dapat duit raya sikit je. ade jugak yang tak dapat langsung. siap kena halau. hehe.

Andai hensem menjadi ukuran..
berjuta-juta wanita sudi menjadi anak dara tua sementara mencari pasangan hidup..

Andai hensem menjadi ukuran..
Mak bapak dah tak tengok anak die sekufu ke tidak kalu nak cari menantu. Tengok muka macam Zed Zaidi sikit barulah nak setuju.. x kesah la kalu die perompak.

Andai hensem menjadi ukuran..
semut-semut tak akan makan gula kalu bukan dari tangan si hensem semata-mata.. semut oh semut. pijak kang.

Andai hensem menjadi ukuran..
Banyak lah kekosongan di medan modelling sebab ramai si hensem nak keja Perdana Menteri.. pejadahnye wa cakap ni?

Andai hensem menjadi ukuran..
Ronaldo, Kaka, Torres, Buffon, Arshavin, Fahrin Ahmad, Noh Hujan, dan Fabregas sahaja yang boleh cari makan dengan bermain main bola.. Pemain skuad Harimau Malaysia ? Lu tengok je sendiri..Hensem Harimau lagi..

Andai hensem menjadi ukuran..
Akil Hayy Rowa je yang dapat jadi ustaz..

Andai hensem menjadi ukuran..
Ramai bini mintak cerai bila laki dah mula naik kedut.. ish ish..

Andai hensem menjadi ukuran..
Lu baca tak blog ni?

Andai hensem menjadi ukuran..
orang orang hensem je dapat masuk syurga. Ha, camane tu?

Andai hensem menjadi ukuran..
Dah la tu. lu sambung sendiri lah!

Boleh ke wa akhirkan sajak wa macam tu? Ah, biar lah..


komen awal wa terima:
"Lu rasa nak jadi Sasterawan Negara tak?" - Dewan Bahasa Pustaka Daerah Kuala Kangsar

"Akak tersinggung ni dik oi" - Rugayah aka Lady GaGa (anak dara tua)

"Ni sajak ke lawak?"- Amri Yahya, pemain bolasepak.

psst: pandang rupa, pandang rupa jugak.. hati lu jangan letak tepi..
psst: selamat hari lahir ke 5 bulan blog cakapwa ni
psst: ni tahun ke 5 wa beraya tanpa ummi. Al-Fatihah buat ummi.

Ahad, 13 September 2009

Lu jangan BAKHIL sangat. (Beliau x pelah)

kisah satu:

"weh, wa dah pikir masak2.. lu jangan terkejut plak.


hm. camano ye... hmm ..


adeh..


segan lak nak kabo.



wa antor kad raya kat diri sendiri. xpe ke?"


kisah hari raya:

Wa ade sorang datuk sedara.


Beliau seorang bisnesman.

Bisnes beliau sangat besar.

Beliau sangat kaya raya.

Bila raye, wa pegi rumah beliau.

Beliau bagi pitih 'samah'.

Lu tau pitih tu mende?

Pitih tu duit.

Lu tau samah tu mende?

samah tu Lime poseng (5 puluh sen@kupang).

bile balik raye dari rumah beliau,

wa mesti kutuk beliau. 'taik idung masin macam kicap'

dan bernekad tak akan ke rumah beliau lagi.

tapi malangnye,

wa terpaksa pergi jugak taun akan datangnya

sebab.

.....wa beraya dengan parent...


oh, ni karangan wa time darjah 5.. skarang wa dah x kesah sangat pasal duit raye.

pengajaran karangan:

-bersyukur jela ape yang lu dapat. Jangan tamok2 sangat. Ibarat anjing dengan layang-layang (ke bayang2?).

-Jangan lah kedekut sangat. Bagi lah at least 17 ringgit untuk sedare mare. 1 ringgit untuk orang2 laen. Lempang kang.

-wa nanti kalu raye pun nak bagi 20 sen je lah.

-entri ni entri malas-malas. lu nak xyah komen pun wa paham.

Rabu, 9 September 2009

Shooting Star )Sasarkan Biddah Itu 30 Darjah!

entri ini bersifat nostalgik.. jadi, gambar ni nampak sesuai kan?
susah betul nak snap ini gambo.


peria bahasa orang puteh: biddah sekor, dapat dua.. tolong translate sendiri..

Sebelum apa2 , wa nak perkenalkan lu tentang si 'Biddah' ni.. Lu x pnah dengar?? Ciss.. .. (orang2 klantan dan tengganu harap2 paham)

Biddah ni adalah nama Terengganu bagi sejenis alat permainan yakni Lastik. Oh, bukan sekadar permainan.. ianya satu senjata kanak2 kampung macam wa.. Kadang2 dalam perang pun pakai konsep benda ni.. Ballistar namanya.. Walaupun tak sepopular permainan tradisional seperti gasing, wau, rakit buluh dan kereta kontrol, ia tetap malar segar di ingatan rakyat sehingga sekarang. Budak2 skarang bukan macam budak dulu. Reti maen komputer je. Ceh, bilelah nak maju..

Cara2 untuk membuat Biddah memang senang .. namun, untuk mendapat biddah yang 'sebati dengan jiwa' dan 'special', ada cara pembuatannya yang tersendiri.. Mase kecik2 dan hidup di kampung dulu, Ustaz Syukri selaku 'ayah' mengaji (tok guru) menurunkan ilmu mem'Biddah' kepada wa.. Ah, malas wa nak tulis cara buat. Pandai2 lah lu menuntut.

1998-Sukan Komenwel dan tahun DSAI (datuk sri anwar ibrahim) ditangkap lantas dilucut jawatan TPM..
Lokasi: Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu..


Biddah memang teman sejati wa. Kayu berbentuk 'Y' bermutu itu wa jumpa dalam kebun time pekena rambutan.. kayu cengal ke, nyatuh ke, wa pun xtau.. Makan, tidur, mandi, lepak diparit dan sungai, pegi sekolah, juga ditemankan si Biddah.. Wa pernah menamakannya dengan nama panjang, 'Bidddahh'.. Wa sangkut Biddah wa di tengkuk kemana saja wa pergi.. memang tampak jejaka kampung..

"Setting Biddah ni kena betul.. Tali pinggang kulit macam ni sebagai pemegang batu memang dah ok.. Getah pun dah ngam.. Ingat, sasar elok2.. kalau nak biddah burung, jangan aim kepala dia, aim atas sikit.. 30 darjah okla." Pesan Ustaz Syukri besungguh2..
"Saiz batu pulak ambik ikut jarak dengan mangsa.. biasa orang pakai batu setengah dari saiz pemegang je.. Paling penting, Bismillah." Sambungnya lagi.

Wa selalu training dalam kebun nenek bersama geng2 laen. Selipar pun dah tak pakai, buat sangkut kat siku je.. Burung2lah yang menjadi mangsa kami. Jarang benar ada burung bernyawa kalau dah kena sedas.. hehe.. kejam2.. Nasib baek kalu baca bismillah boleh wat makan.

fakta lu kena tau:
Gaya paling biasa dan paling 'kena' pabila membiddah ialah duduk dengan: satu kaki melutut, satu lagi menapak, tangan menulis pengang batu bersama pemegang, tangan bukan menulis pegang kayu, leher kena senget, mata dekat dengan pemegang lu tutup rapat, mata satu lagi tengok sasaran, sambil mengerut dahi dan menggertap bibir.. pandai2 lah lu pikir.. ha, macam gambar tu..

shooting star!: kate orang puteh

/////////////\\\\\\\\\\\\\\\\\

Satu petang Ramadhan, anak penghulu kampung (JKKKK), Mohd Jimi, datang dengan 'gu' (geng) beliau.. Haish.. Diajaknye wa bertanding membiddah buah mango. Sape dapat lastik dengan sempurna, dia pemenang.. Wa tak nak tunggu-tunggu.. belum abis Jimi sebut syarat2, wa dah tarik, pelepom! gugur buah mango.. Kaku dan kelu sebentar Mohd Jimi dan anak2 orang kaya kampung yang laen..

Jimi bilang die bawak senjata rahasia.. Pergh! Biddah buatan kilang!! Memang cantik.. cis.. tergugat ni.. Biddah baru dibeli kedai NaNaNa Mini Market pagi tadi..RM 3 kalau tak silap.. orang banyak duit katakan.. Jimi menghunus senjata beliau ke arah mango berhampiran mango wa bergantung tadi.. Gaya Rowan Atkinsen pun ade.. Jimi tarik getah...

Belepping!!

Tepat ke mukanya sendiri. Berbirat muka Jimi terkena getah biddah beliau.. cis, makan tuan sungguh lu wahai si lastik.. Geng2 wa dah gelak habis habisan.. wa tak layan sangat anak2 orang kaya menangis ni.. Wa berlalu pergi.. dan sampai dirumah, wa cakap kat mak wa. "Umi, ni buoh pelam, wat fresh oreng!"



Mereka mengucapkan selamat hari raya.. ceh.. awal benor raye?


psst: Rupanya Plastik mendapat nama sempena ke Elastikan Lastik.

psst: tahun 99 ade pilihanraya, kalau x silap wa, biddah wa pernah menembak brader2 politik yang bising2 berkempen..

Ahad, 6 September 2009

BeRIA RIA di IRO IRO


"Salam Satu Malaysia dan Muhibah" -RTM, Farid Ismeth


"Kring2!"... "kring2!"..

B: "Malam ni footsall"..
H: "Oke, eh kejap.. eja f.u.t.s.a.l ke f.o.o.t.s.a.l.l?"..
B: "Lu jangan soal banyak2. Tampor kang."

Dah lame x maen futsal. Biase duk berbadmintun je dihujung minggu.. Jadi malam, tu slepas melayan NurKasih sampai bertempikan, semua berasak2 turun berfutsal. tak semua.

Sampai di gelanggang takraw, kami adjust sampai jadi gelanggang futsal.Wa tendang bula seumpama menendang angin. Kadang kena kadang tak kena. Malas nak buat skil2 Azman Adnan sangat, kang Rajagubal ambik.

Lepas streching 2 - 3 perkara (kepala, tangan, pinggang, dan kaki) mula lah permainan futsal. Rentak perlawanan sangat sengit. Di anggotai pasukan Kuda Belang dan Rimau Merak.. Senarai pemain lu boleh klik disini ..

Sedang perlawanan bergerak seimbang, tiba-tiba brader2 Sudan datang mau join. Apa lagi? Melayu vs Sudan la malam tu..
Thery Hafiz mendapat pujian kerana bertindak cemerlang. Begitu juga Bobo dan Ahliu yang lincah mencari peluang.. Dan paling hebat Apek yang sempat bermain sambil mulut berasap. haha. Wa rembat je bola ke sana ke mari.. Nama2 pemain laen lu klik je link tadi.



Sisi cermin.. bilelah nk ade bakat ambik gmbar secara pro.

Hari esoknya,

B: "Kring.. kring.. woi.."
H: "Ha, ade ape? "
B: "Jom Ipoh Parade, buke puase.."
H: "Ipoh parade tu macam hotel kan?"
B: "A.. lu jangan kampung sangat."

kami berIRO-IRO.. bukannya meronggeng.. cume berbuka poasa besaran.. Dahtu, dua tiga blogger jugak dikenalpasti mengadakan makan2 buufet. Contohnya Si Jard ni dan juga Cik Selamah ni .. Tapi ni bukan menjurus ke arah gath bloger. Ni makan2 geng sekelas.
Dah, biar gambar menceritakan segalanya..

Kan dah bilang.. IroIro namanya.. bukan nye Aurora.


Jaga-jaga.. makanan bakar sedap disini.. ikan, kmbing, ayam, udang, dan semuanya. Boleh bakar ikut suka lu.. ade orang tolong bakarkan..


Bukan setakat sushi.. cuci pun ade.. steambot juga.. bayar mahal2 makan lah banyak2..


Pandanglah kesana, kata pemuda itu.



Psst: hahaha.. kalau ade link yang masih wa tertinggal, sila nyatakan ...
Psst: Berape ringgit? 30 seperut..

APE KE BENDA MAEN TUTOP2 BLOG NI?

Apdet: Konstraksyen bermula semula.. demi memeriahkan blog ni..


oh, blog ini ditutup sementara haritu sebab ade konstraksyen sikit. (konon2nya..lah ) Ramai sangat ade template macam blog wa yang sbelum ni.. jadi wa adjust sikit2. haha.. padahal tkar template yang dah sedia ade je.

Oh, jangan salah anggap pulak. Dalam tempoh tutup, wa xde pun invite2 sesape utk membaca blog ni. Hanya wa. Jangan sedih medih sangat, nanti merana jiwa.

PESANAN: Dalam pada masa wa bermain-main dengan template, tanpa disedari wa dah merosakkan sesuatu yang penting dalam blog ni.. yakni.. LINK LU SEMUA!

jangan terasa hati dulu.. lu tinggalkan je alamat blog lu .. nanti wa link balik.. susah2.. nak goreng tomato x de lah sepayah maen blog ni kan? ceh...