Pada suatu senja, kelihatan seorang pemuda duduk-duduk di atas kerusi kayu panjang yang berada dibirai sebuah gerai. Ahmad Zakaria nama pemuda itu.
Gerai tersebut sudah banyak mengajar erti hidup baginya. Tempat jatuh dan bangun nya dia. Tempat warga tua melepak sambil bermain dam haji, kadang-kadang karom. Di sinilah juga tempatnya wakil rakyat berkempen bila tibanya pilihanraya. Tapi bila lepas pilihanraya, haram jadahlah mahu turun padang. Asyik duduk rumah memboyotkan perut anak bini.
Ayam-ayam sudah mula pulang ke reban masing-masing. Begitu juga segala hayawan bergelar kambing, biri-biri dan lembu kerbau. Semuanya mula mengorak langkah pulang setelah penat sehari suntuk membanting tulang mencari rezeki untuk anak istri.
Ahmad Zakaria memerhatikan gelagat haiwan-haiwan tadi dengan penuh penghayatan dan kekaguman. Seolah-olah Ahmad Zakaria mampu memahami tiap patah kata-kata haiwan itu. Matanya tajam memerhati makhluk yang tidak berakal namun teratur hidupnya itu.
"Ahmad Zakaria, tak nak ke mesjid ke?" ujar Abang Jabbar yang kelihatannya dalam perjalanan ke masjid. Ya lah, kalau orang berpakaian baju melayu, berkepiah, berkain pelikat dan tergantung sejadah mau ke mana lagi kan.
"Maghrib sudah dekat ni" sambung Abang Jabbar lagi.
"Masjid kat kampung kita ni orang PAS je boleh semayang bang.. Orang kuat UMNO kawkaw macam saya ni tak layak pergi." Terang Ahmad Zakaria sambil menguis-nguis kakinya di tanah, tanpa tujuan.

"Ish, Ahmad Zakaria , Ahmad Zakaria.. PAS ke, UMNO ke, KeAdilan ke, Perkasa ke, Perkeso ke, semua boleh pegi semayang lah. Masjid tu kan terbuka untuk orang Islam, rumah Dia. Cuma mahu pegi ke taknak. Itu je. Lagipun di masjid lah tempat kita sama-sama berkumpul, bersosial, membincangkan isu umat.. kalau pasal ceramah politik tu.. " tiba-tiba penerangan Abang Jabbar yang panjang lebar dipintas laju oleh Ahmad Zakaria.
"Terima kasih lah atas pelawaan abang tu. Nanti esok semayang jumaat saya pegi la. konfem" kata Ahmad Zakaria sambil berlalu pergi.
ol: sedap btul makan murtabak pasar malam tadi.