Isnin, 11 April 2011

Sambut Tanganku Kawan

Lepas match Arsenal menang 3-1, aku pun masuk ke bilik sambil buat-buat baca buku tanda gembira.

Tiba-tiba Putera Aftus mesej aku pasal hadiah. Aku pun baru teringat pasal aku join pertandingan untuk satu acara amal ni. Tema humanity atau kemanusiaan. Aku hantar last minit padahal lukisan tu belum siap. Seingat aku, lukisan ni lah paling rumit aku bikin.


Tambahan pula, bila aku tengok peserta laen, haram jadahla lukisan aku nak menang. Depa punya canggih canggih. Guna software itu ini. Aku pulak pakai MS Paint. Memang sakai habih. hahaha. Tapi tak apa le, dapat sijil penyertaan pun jadi la dok?

Sambut Tanganku Kawan

'Sambut Tanganku Kawan' yang aku kata paling rumit sebab dekat 3 hari aku bikin. Segala garisan aku zoom berpuluh puluh kali.

Penerangan lukisan: Seorang manusia tergapai-gapai dalam kesusahan memohon bantuan.

Berkat bantuan undian dari kengkawan, dapatla hadiah cikedis dan air tin. Alhamdulillah..
hahaha. TQ uols.


pst: seni bukan bahan jajaan.

32 ulasan:

Razman berkata...

jangan cakap kau guna mouse lagi. memang aku penampor tangan kau kasi bengkok.

Unknown berkata...

ish tapi kalau dah guna paint lu boleh lukis macam ni, memang power la beb!!!!

gua masih tak percaya beb. satu hari nanti nak tengok lu buat depan-depan boleh?

takpun buat tutorial dekat blog ni.

boleh la, boleh la, boleh laaaaa.

Mutiara Bernilai berkata...

Seorang manusia tergapai-gapai dalam kesusahan memohon bantuan.

sangat suka ini.

punya tafsir yang berbeza dan dalam maksudnya.. :)

p/s: guna paint pun leh dpt lukisan secantik ni..belum gune software lg..

sharamli berkata...

apa yang sakai..0k la tu. :)

Encik Psychopath berkata...

nilai lukisan atas ni jutaan ringgit.

bek ko jual dekat central market.

@amabanzai berkata...

peminat arsenal la ni.
come on laa. hehe

duh terer la tu kau lukih.
ada harapan nak menangg.hemm heh

oranglidi berkata...

razman,
-haha. nak pakai ape lagi.

hazen,
-ade byk lagi yg power2. dlm utube ada yg rekod cmna depa buat. aku xreti rekod.

mutiara,
-trimas2..
-aku igt nak guna autocad lpas ni. hehe

sharamli,
-sakai tu. jauh beda dgn psrta len.

psikopath,
-haha. kalo jutaan dah lama aku kaya.

ama,
-woi2! aku smua minat. haha
-dah dpt kputusan dhpun.

@amabanzai berkata...

oh so dapat ke

unknown berkata...

haha.. terbaik lah tu bro..pandai gak melukis. aku ni. haram jadah pon tatau.

Frodo berkata...

((save image as .. ))

cilake!

oranglidi berkata...

ama,
-dapat le cikedis. hehe.

ubi,
-aku dulu mati2 ingat ko kartunis ubi. hehe.

frodo,
-haha. save as celaka

-li.zue- berkata...

serius lelidi kau pakai paint buat lukisan atas ni?



huh.kau memang lelidi seni. ;)

MOMMY CGG berkata...

anda mg kreatif seperti biasa..

weh..rinduuu gile nak hang out sama2

beautiful_rose berkata...

bro,lu ada bakat apsal lu tak kembangkan bakat lu lagi.lu tak try mana nak tau hasilnye ye dak...? setiap org dianugerahkan kepadanya keistimewaan yang mungkin die tak sedar tapi org lain boleh nampak.












cepat,lukis gambar aku pulak! =p

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

wah, tak sia-sia seni kau. memang bukan jajaan. tapi mungkn ni satu penghargaan.

Unknown berkata...

seni bukan bahan jajaan..

itu paling saya setuju.
seppp sikit !

oranglidi berkata...

li zue,
-haha. pakai paint.
lelidi seni dah plak ye

cgg,
-trimas2.. anugerah.
-ehehe.. lama x jumpa kalian2 kan. rindu gk sbnanya.

beutifulrose,
-hehehe.. ayat pancing panjang tuu. aku bkn apa, memang gagal bila lukih pumpuan. btw, tq ye.

rafiq,
-wah, jarang kau memberi komen sebegini. tq. hehe.

april,
-sepp!

Qiez AR berkata...

:o awat la tera sangat ampa nie
adoiii ternganga sebab kagum!!

fadh ^_^ berkata...

gune autocad?
aku ppon penah try nk gune autocad.
tapi diri ni terlampau kreatif sampai xtaw rupe ape yang jadi.huhu.
wah2, ko menang ke ari tu?
peewiiit~

oranglidi berkata...

lara,
-blambak laie yg tera. kartunis ujang nun power2. haha. dah2, tutup mulut.

fadh,
-lo.. ko lukis ape gne autocad? payah wo gne autocad.ak kalo simple2 buleh la..mnang cikedis dn air tin

norfaridahanum berkata...

siyesly guna paint je weyyy?

Farihah Ahmad berkata...

nak sain!

jo berkata...

ok lah tu.
macam gua lain. nak lukis kuda, tapi orang ingat gua lukis babi. ciss..

ruffey berkata...

dahsyat la kawan!
sesekali post la plak hasil kau pegang pensil. siyes kagum dgn effort kau :)

Masy berkata...

hebatttttt

seni bukan jajan jugak.

oranglidi berkata...

norfaridahanum,
-hehe. ye2.

farihah,
-lama x apdet blog ko?
-sain? tu ade kat bawah tu.pnjuru kiri. heehe.

jo,
-aih, kira ok la jugak tu. kira menjadi ler jugak satu objek.

ruffey,
-trimas 2.sblum2 ni aku ade dh lukih guna pensel. cuma kureng la hasilnya. haha. nnti ak cuba lagi.

masy,
-haha. seni kulinari buat jajan ade kot

Aleen Aiden berkata...

ok,lukisan itu sangat awesome!print 1 bagi aku meh.hak2

Anis Mohd berkata...

tgk gmbr tu lama2.. cm menakutkan plak pakcik tu

K2r~90 berkata...

hoo makin maju da ko neh.. bravo!!

Tanpa Nama berkata...

Pergh..gambar tersebut mmpu mmbuat kucing jiran ku koma bila melihatnya..

oranglidi berkata...

aleen,
-haha.trimas2 tapi ak xda printer.

anis,
-memang tu pun tujuan nye. hehe

kanakribena,
-maju apo nyo kawan. haha

oranglidi berkata...

arr,
-hahaha. sampai cmtu kucing jiran mu.