Rabu, 6 Januari 2010

Simpulan Bahasa Yang Menjadi Isu

Saat wa menulis entri ni, wa sedang mendengar lagu Seroja oleh Search, perform time Juara Lagu 1997 .. Part "Lamunan ku tersentak, lalu ku mendongak..".. pegh.. Feel wo..

__________________________________________________________

Kembali ke agenda asal..

Wa nak buat kuiz untuk diri sendiri.. Biasa lah, orang laen buat kuiz, takkan wa tak boleh buat kuiz untuk diri sendiri.. Wa pun nak try celen minda wa yang kusut dengan pendedahan simpulan bahasa.

Soalan : Apakah yang anda paham tentang 'Mata Keranjang' ?


wa tak tau kena mengena apa gambar ni


Sebelum mengupas secara lanjut 'kuiz diri sendiri' ni, wa nak cerita lah sedikit .

Simpulan bahasa ni wa pertama kali dengar dalam cerita 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' ketika wa darjah ke berapa entah. Yang pastinya, Lucy (Angeline Tan) yang sebut benda ni kat brader-brader yang selalu lepak di gerai Pak Uda Flat Seri Wangi tu (Mat Over, Ismail Golok, Ravi, Budin, Mat Derih sila ambik perhatian)..

Lagi satu, wa selalu jumpa perkataan ni kat blog mana entah. "aku gilakan bola keranjang bukan gilakan lelaki bermata keranjang" katanya.

Wa akan mengupas topik ni dari dua bijik aspek (sedap pulak guna perkataan mengupas ni..):

Aspek pertama,

Mata keranjang adalah mata yang dimiliki oleh orang yang pergi bermain bola keranjang secara buat-buat. Faktor beliau bermain bola keranjang adalah untuk mengintai awek-awek yang bermain bola keranjang di court wanita.

Malahan, kadang-kadang beliau akan sengaja buat slam dunk ke arah awek-awek berkenaan demi mendekati dan menarik hati awek-awek berkenaan. Yao Ming, Kobe Bryan tu tak payah cerita lah. Depa main sebab memang itu hobi sejak azali.
Sakuragi Hanamichi tu yang wa kabur sikit dengan niat beliau.


sakuragi bermain bol keranjang

Aspek kedua,

Orang tua-tua selalu cakap bahawa dari 'mata turun ke hati' .. Namun, orang mata keranjang ni lain sikit.. Dari 'mata ke ranjang' .. Ha.. Tengok di mata, pikiran di ranjang. Celaka.. Wa syak ini lah sejarah simpulan bahasanya ..

Perlu diingatkan, orang bermata keranjang ni tak semestinya lelaki je. hahahhaha! sebab ade je pompuan yang bermata keranjang. Contohnya dalam cerita Tari Tirana.. eh.. kantoi pulak terlayan slot Lestary TV3. Cis. Oh ya, orang masjid-masjid pun ada mata keranjang kadang-kadang.. Wa penah tengok sorang dua.

Wa? Tak yah cerita lah. Nampak awek, pheewit terus. (pengakuan jujur)

Harfiahnya, (Harfiah tu menda?) marilah kita menyemai sikap bermata keranjang dengan berpada-pada serta berwaspada.. dan sukar mengelak bermata keranjang sekarang ni, sebab makin banyak dibuka peluangnya. Hahahahha!
Raja mata keranjang wa serahkan kepada Onizuka (GTO)..

psst: ni realiti kehidupan, wa tak reka-reka. cuba lu pikir sendiri.
psst: entri ni sindir sikit-sikit je.. jangan terasa sangat. siapa yang makan nasi, terasa lah berasnya.
psst: INGAT, MATA KERANJANG DAN MATA GALAK ADALAH BERBEZA.. SEKIAN.
psst: ini pemahaman wa, lu bagaimana?

55 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

hahahhahaha

mata keranjang dan galak serahkan pada JEN JIN JON


>>_______<<

Frodo Baggins berkata...

eikkk aku fes kew?

Frodo Baggins berkata...

uikkk ~ muhahahahhahaha aku gila kuasa!!!!


>>_______<<


yeah .. dari mata turun ke^ranjang!! i like
dari mata turun ke^lambu

kahakahkaa

Frodo Baggins berkata...

uikkk ~ ok ... daku dah mula rasa diri ini sngat annoying

>>_________<< ciooooooo

mira ellyna berkata...

uit cite slam dunk wa suke2.. sgt2 la...
uit, macam2 hal latannnnnnnn....

enuLwanie berkata...

wa baca kat part seroja tu je..
weh...
wa minat gila lagu tu!
betul2 meresap di sanubari.

wa lembut beb,
tp wa suka lagu otai!

~0~ berkata...

wa bukan mata kerajang...cuma da org bg wa tengok la..ekekekke

Koyuki berkata...

gua tak tahu
sebab gua gagal bahasa sejak dulu

GhOsToNe berkata...

mata kerajang adalah owg yg memandang owg yg telanjang..

jalak lenteng berkata...

bengong arr lu ghostone..blajar balek simpulan bahasa...akakaka..tesedak gua..

mata keranjang ialah mata-mata yang tinggal di kajang..

* wa kene study balik simpolan bahasa nih..

al-lavendari berkata...

mata keranjang tu berasal dari dua perkataan. mata dan keranjang. Mata semua orang tahu kan. Keranjang tu, sapa nak tahu sila klik di bawah ini:

http://id.wikipedia.org/wiki/Keranjang

piKOk berkata...

haha..ada-ada je

misz benida berkata...

aku rse mata keranjang adlh keranjangan mata.

ChentaBeng berkata...

jadah wat simpulan bhs camni.. brader wa cam kenal je ayat kat atas tu suke tgk lelaki main bola keranjang.. wa x kesah la.. tu adik wa.. hahah.. tapi wa suke tgk org telanjang.. hahaha

FarhanaDr berkata...

Hahahaha. Ko layan tari tirana gak eh? Ko minat neo ke ash? Wakaka.. ;p

Mata keranjang tu boleh jek tapi berpada-pada laa.. Huhu..

hBz berkata...

dari kupasan aku pula mata keranjang adalah sejenis makanan ringan. seakan-akan buah mata kucing. akan tetapi, mata kucing adalah sejenis buah. mata keranjang ini amat sesuai di nikmati dinihari beserta secawan air ribena. ketika memakan mata keranjang, sebaik2nya hendaklah dinikmati bersama 4 orang gadis.

sI tEDI berkata...

mata keranjang.. lelaki je selalunya ni

inDah iNdrIana berkata...

mata keranjang..
kat mate dye ade jaring2 kot..
blh men bola keranjang..

Razman berkata...

Keranjang adalah sebuah wadah yang biasanya dibuat dari serat-serat tanaman yang dianyam. Pada bagian atasnya bisa terbuka atau bisa ditutup dengan sebuah penutup.

si kosong berkata...

mata keranjang pada aku adalah nama samaran kepada 3 orang lelaki.iaitu razman,jen dan orang lidi.sekian.

Cik Cookie berkata...

Cik Cookie pun kadang2 jd mata keranjang jugak tapi still malu2 bila nak tgk lama2.

Judiene berkata...

aku ske statement ko
dari mata ke ranjang
aku rsa ramai lelaki skrg cm2 r











tak, aku terkecuali..

sayu=pilu berkata...

hehehhehe ko buat aku tergelak doh...menong arh komen2 kaum2 adam nih...wakakakak

aku suka slam dunk hanamichi.... aku juga suka gto onizuka.... wooooo buat wa tak lelah siot...hehehhe

saypOOL rafhtello berkata...

ada x org pakai contact lens gambar bola keranjang??gagaga

seKut taWar berkata...

err..wa kenal mata hati je

menaribagaibintang berkata...

wa celen lu wat post simpulan bahasa kera sumbang, amacam hahah

fadh berkata...

hak2~
aku macam sangat setuju ngan aspek kedua 2...
muahaha~ (gelak geli)

Anis berkata...

sakuragi hanamichi tu kelakar , naseb bek mcm terer .
onizuka plak mmg mata keranjang .tak dapat nak d nafikan.hahaa

dari mata ke ranjang ..
uhm
agak nya betul la tuh . sbb tu jd mata keranjang
(sebut perkataan tu lama2 jd cam pelik lak)

Jard The Great berkata...

komen dulu.. baca kemudian.. hik hik hik

sharamli berkata...

per0sak bahasa..cis

balqissy berkata...

haha.. eh, x perasan plak ke ranjang. silalah mengupas lagi. haha

panggiL guA siv. berkata...

gua suke word harfiah.
fes time jumpe dlm komik.
ekekeke


eh lari topik la.
mata keranjang betul gua neh.

ezzati berkata...

sib aku dah lps SPM..kalo x, mesti fail BM akibat dari mata ke ranjang ni...

mamma mia! berkata...

onizuka tu mmg dasyat kekeranjangan die

Incik barbell berkata...

psstt orang lidi..
lu crite pasal wa kat blog lu ape cer?..
tergugat r rohani dan jasmani wa..
kalo lu nk tau onizuka tu guru wa. dia r yg ajar chapter 1- 15 utk menjadikan mata ke ranjang.

Diari Kampung Tengah berkata...

kalau ikut kamus dewan keranjang juga bermaksud bakul sampah. Jadi org MATA KERANJANG = bakul sampah gak la ;)

seroja jingga berkata...

hahah
wa rasa wa setuju dgn lu..
mata je kat muka..tapi kepala ingat ke ranjang! ish ish! tak molek nih!

BuLaN iTu aKu berkata...

nak percaya ke tak ni
nak percaya ke tak ni

nak percaya ke tak ni
nak percaya ke tak ni

mukasurat17 berkata...

GTO terbaik wok!!!
main judi teka spender kat tangga pon jadi..bahahaa

:: Bu Boyz :: berkata...

Mana lah rokawa kaede <--- hakhak inocence je... takde nyibuk meranjang

kakimaukah berkata...

kata muda...keranjang ni normal weyh..
buah keranjang dalam perahu..
jgn la lu pura2 tak tau..

oranglidi berkata...

frodo,
-jen plak dah.. die x sekeranjang itu. hehe

frodo,
-cilakak.. sampai sepuluh komen lu.
-mata kelambu tu apa ya?
-annoying sekali sekala takpa..
-lu bila nak reveal diri lu?

mira,
-uit! uit! hehhehe.. lu suka bunyi tu?
-latann? apa ka?

enul,
-bagus2!! ini yang wa cari. pminat lagu seroja. hehe.

o,
-tu la pasal.. orang memberi, kita merasa.. kan?

koyu,
-wa pun gagap gak dulu. skang lagi la.

ghost,
-er, tu naked eyes la..

jalak,
-hahahahaha.. wa pun nak tersedak!
-lu ni lagi sorang.. mata tertinggal di kajang tu, jalak namanya!

lave,
-hihihihi.. trimas2..

pikok,
-lama x dengar khabar lu. sihat?

miss benida,
-macamana tu? eksplen sikit.

chentabeng,
-adik lu ke? selamat berkenalan abang ipar. eh, kakak ipar..
-suka tengok orang telanjang? ke diri lu?

doktor Farhana,
-mana ada layan! tertengok je. hhehehehe..
-daripada minat neo atau ash, baik wa minat tirana. haha
-berpada-pada macammana?

hbz,
-yang part last tu je betul. yang awal2 tu banyak sangat makanan.

si Tedi,
-hehehee.. yeke?

indah,
-lu ni lawak la.. meh wa baling basketball kat mata lu.

man,
-wadah tu menda?

kosong,
-cilanat. nama wa tak terkecuali ke?

kokie,
-ehehehehehhehehe.. biasa la tu. haha

judiene,
-apahal lu nak jadi terkecuali disini? x boleh!!

sayu x pilu lagi,
-komen mereka memang mencabar keimanan. haha
-GTO terbaik.
-tak lelah? lu lelah ke?

saypool,
-NI LAGI SORANG.. hahaha.. LAWAK jugak lu ni.
-kontek lens tu macam pembesar kanta kan?

sekut,
-Ah, lu.. menipu je keje.

menari ZATIESISKA,
-er.. ni lagi mencabar nih!

fadh,
-gelak geli? cis.

anis kakak yang baik.
-sebut lama2 jadi macam pelik kan? SAMA la kita!!

jard,
-lu dah tak komen.. takpe2..

sharamli,
-adeh.. rilek2..

balQissy,
-mengupas lagi? hehehehe..

panggil LU amalina,
-harfiah tu macam harga la..
-cis.. lu ni x habis2 lawak.

ezzati,
-wa pun x lepas SPM.. sebab tu wat pasal ni

mammamiaaooo,
-hahahahah.. kan?

Kapten Barbell watak tv9,
-hahahahahahah... lu pun mata keranjang? cis.
-patutlaaa!! dia ajar wa sampai episod tamat je. hehe..

diari,
-er, yeke?
-konklusinya wa adalah sampah?

seroja,
-molek sangat la tuuu

bulan,
-ahahahaha.. wa x suh pecaya pn.. hehe..

mukacurat90,
- ni mesti buat gak kat ukm ni.

buboy,
-lama x dgr crita..
-rokawa kaede kurang smart la. haha

kaki,
-muda mana? imuda? hehe..
-bagus2. wa stuju dngan lu

rathiqah azmira rosli berkata...

weyh lidi

lama wa tak datang sini!


bila nak banje wa cofee bean


p/s:wa ade sikit sikap mata keranjang.haha

Kapten Luffy berkata...

best jadi mata keranjang
usha2 awek
wow

.millalara. berkata...

erk.. adakah ini sikap semulajadi yg melahirkan unsur kejantanan insan yg bergelar lelaki?

jen - jen punye cite berkata...

wakakaka...cisss

{lumut} berkata...

cam bangang komen2 kat sini..
aku gelak gile kot..
lagi2 dari mata ke ranjang..
haha..

uih ah fatt gatal doe.

larasephia berkata...

ooo begitu
byk info (x) bguna dlm ini entry
syabas betey
wahaha
dr mata turun ke ranjang yeee

Masy berkata...

gua ada rasa sentap tatkala mendengar lagu Seroja tu wpon gua penah suka lagu tu.

gua sentap *sentap pembuka tin dgn harapan menang RM1 juta*

puspa berkata...

pe tu mate keranjang...
??????hihi..
mata air tau laa...
x pon bjik mate...

Fza.ithu.Zazha berkata...

huhuu..
rosak pemahaman aku cmni..
adeyh!! T__T"

tuntung berkata...

mata keranjang ialah mata yang telanjang..ia berbogel lalu tidak berbaju.org2 yg pakai spek je yg bkn mata keranjang kerana mata mereka tidak telanjang.

arghh..

[z@ck] berkata...

lepas ni lu kupas pula mata juling..
=P

dilot berkata...

habes bm aku terus c macam ni...haha..

chokio_nia berkata...

hahahaha..bengong..dr mate turun ke ranjang taleh blah..haiya..lame dah tak gelak ne..adui..saket perut..hahaha