Selasa, 2 Mac 2010

Pondok-pondok: Buku Lima dan dot dot dot...

Pada satu petang yang permai, aku baring-baring di sebuah pondok kecil. Kepala berbantalkan lengan. Aku baru selesai dari bermain masak-masak (pondok-pondok). Ya lah, pegang watak ayah bukan nya senang. Kena pegi beli itu lah.. Ini lah.. Nasib baik daun bersepah-sepah konon-konon buat beli sayur-mayur.


Pondok dan awek remaja. Aku snap gambor ni dekat rumah.

Sedang aku rehat, datang sepupuku Mamat yang baru kena buli hidup-hidup dek budak perempuan yang kononnya ibu-ibu surirumah.. "Kalau aku cincang kepala diorang ni baru tau!. Asik nak membuli laki je kerja! Ayah aku takde pulak kena macam ni dek ibu!" luah Mamat padaku. Aku diam tanda setuju.

Dalam kesunyian, tiba-tiba Mamat berbicara lagi. Kali ini dengan sedikit wawasan.
"Weh, kau nak tau tak? Kita boleh cincang budak-budak pumpuan tu. Abang aku cakap, kalau nak buku lima kau tajam macam Wolberin dalam Ex-Men tu, kau kena asah guna jari.. Ha, macam ni. Urut sampai runcing." 

(Cara mengasah tidak dapat ditunjukkan dek kerana tak ada gambar.)

Aku asah buku lima ku saban waktu. Hari demi hari.. Kalau keluar tulang tajam dari buku limaku, dapatlah aku balas dendam kat Sameon, pengawas yang suka menjentik aku. Takpun buat senjata perlindungan dari budak perempuan yang ajak main masak-masak. Biar kali ni dia orang pulak yang kena beli sayur. Kah Kah Kah!!

Kadang-kadang sampai menelas kulit buku lima ku. Bagaikan menunggu result SPM.. Penantian ku tidak membuahkan hasil..

Aku mula rasa tertipu dan nak mengamuk! 

*
*
*
*
*
*
*
*



Mulai hari itu aku asah buku lali pulak. Dan aku masih memegang watak ayah bila bermain pondok-pondok. Macam Setan..

titipan senja: Kalau pagi bangun-bangun batuk berdarah. Apa maknanya?

44 ulasan:

Jard The Great berkata...

maknanya..

tak lama la tu

Frodo Baggins berkata...

>>____<<

tanpanama berkata...

jard, kau baca last saja ka? xpa lah. asalkan baca.

Frodo Baggins berkata...

ko asah buku lali .. leh arrr gosok daki sekali ..

Frodo Baggins berkata...

gosok tangan ... jadi runcing

Frodo Baggins berkata...

ex-man dah wujud ke time tu? aku lupa ...

Frodo Baggins berkata...

saper jadi emak nyer?
mana beliau sekarang?
ner tau jadi jodoh ko nanti


wakakkakakaka


>>___<<


bangun pagi2 muntah darah?
pegnen kew?







bahaya weh ~~~~ g jumpa dukun!

azzaliena suziantie berkata...

ko okay x

Frodo Baggins berkata...

kau oke?

Frodo Baggins berkata...

hye azza ..


bye!

mukasurat17 berkata...

maknanya...

senggugut.


;)

wong ah ian berkata...

jadahnye muntah darah pegnen..sengal betul lu ni frodo..tu tandanya menopos..

lu ok x brader?..lu kene banyak turun kL la baru sihat..

~0~ berkata...

ayah...ooo...ayah...hahahhah

Sharif John berkata...

Saudara orang lidi. sila jaga kesihatan ya. kurangkan merokok

FarhanaDr berkata...

Mungkin ade chronic bronchitis.. Hisap rokok? Heehee.. Sila google ek.. ;p

~ ku bace dari awal.. tapi ayat last lebih mnangkap mataku.. wawawa..

Frodo Baggins berkata...

farhanaDR

ayah kita ni x merokok.harap maklang!

aimy berkata...

hahaha yg awak nak gak men masak2 ngn budak pmpuan 2 nape..?hohoho

deqyalalink berkata...

tekak kering

al-lavendari berkata...

kalau batuk berdarah tu maknanya kena pergi jumpa doktor !

JMR berkata...

kalo btol2 leh tajam buku lima tu, ramai bini2 kt dunia ni dlm bhya...huhuh

rathiqah azmira rosli berkata...

weh aku bace dari atas sampai bawah

tapi aku tak paham


T___T

hBz berkata...

lol. gua suka pegang watak ayah. boleh tido. gua cakap.ini ayah dah pencen.

beb. tu tanda suda pregnant. congratz

Mimie.Candy Cane berkata...

lu mesti jadi ayh yg baik nanti kan.

lu merokok tak?

kalo lu merokok,lu kena stop.

lepas tu pegi check ngn doc.

kalo x merokok pun,kena check jugak..

putera aftus berkata...

ksian, budak2 mmg sng kene tipu.

FatinZol berkata...

ak rs ko kena tekun lagi bru bole jadi mcm yg ko impikan.mgkin usaha ko mengasah selama ni belom cukup.

batuk berdarah,mungkin kena santau.

LORD ZARA 札拉 berkata...

maknanya dah tiba masa kau kayakan doktor atau farmasi berdekatan~

dan, aku nak ajak ko main pondok2 gak.
aku nak ajdi ayah.
biar macho.

si kosong berkata...

aku dulu slalu bawak watak ibu mithali...

ces...

I n n z berkata...

komen yg lawak.
wat aku gelak.

laki takkan jadi mak pulak.

Anis berkata...

x-men la plak ..
part ending tu , anis setuju ngan jard .
tak lama tu .
byk2 la tobat

balqissy berkata...

haha... ingtkn buku tiga lima td =P

YobSumo berkata...

maknanya, watak bapa tua kau dah nak berakhir. mungkin bleh bawak gadis sunti pula.

SCHAKEYRA berkata...

hihihi tak best toi men masak2...

SwEetForEst berkata...

haha..jadi ayah??mesti lu ayah yang garang kan..hehehe..

batuk berdarah???lu g la jumpe doktor..

sharamli berkata...

cis..maen masak2 jugak dia..
sy sedih sebab yg jadik ayah..da kawen baru2 ni...s0b3

Fhad berkata...

hahaha... lu mmg berbakat jadi ayah... muke da cam ayah yg baik.. da ler x merokok... jantung suci ni...

Adila Ady berkata...

aku gelak baca cerita ni..tp bila baca ayat last tu aku jadi bimbang plak...weh,cepat2 jumpa doktor.bahaya dah tu kalau tahap dah batuk berdarah.

aku concern ni walaupun aku tak kenal kau.

Diari Kampung Tengah berkata...

pg klinik la tnya doktor bhya tu..
Gosok2 buku lali kuar tajam2 gak tak?

Wanita Itu berkata...

romantik ar ko ni hahahahaha..

oranglidi berkata...

fro,
/dah slalu buat.
/gosok gigi jadi tajam
/xman dah lama wujud
/emaknya dah jadi bini orang
/laki pegnen kan

za,
/moga

fro,
/tanya ak ke za?
/hye la kat hanya aku

17,
/ko?

ah,
/kepala lutut kau
/turun kL, naik darah.

0,
/anak

brojohn,
/shisha pun x sentuh

drNa,
/dah google tp xpaham. inglish.
/isap gam
/ayat mana?

fro,
/ayah pin isap rilek je.

ai,
/er, awak nak ajak saya?

lalink,
/ada airliur

uncle,
/insyallah.

jmr,
/huhu. betul gak tu. nak kencing pun payah

rat,
/hamba juga ndak paham

hbz,
/wow! tak terpikir lak dulu.
/pregnan ka? yeay!

miau,
/ayah yg jahat.
/x merokok. sumpah.
/iA.

tus,
/ko penah kena tipu ?

tin,
/kena guna pengasah pensel kot?
/santau? wow.

cg zara,
/xnak la pi kalu gitu. bek ak yang kaya.
/ko jadi ayah? susah..

song,
/tiba2 ak mau sepak orang.

innz,
/pantun ka ni?

nis,
/trimas.

qissy,
/baru nak beli.

yob,
/oooooo... mcm best

kira,
/knapa?

sweet,
/ooho.. [smbil baiki misai]
/iA

sha,
/uik? hang bila laie?

fhad,
/bakat atau x lain cita. hang tu lutut dah ok lom?
/hang bila laie mau suci?

dila,
/jom gelak sesama!
/bgus2. saling menolong ingatkan.

diari,
/kuar rimau sorang.

wanita,
/romentik celah mana?

si kosong berkata...

sape yg lu mau sepak tu.?huahaha

shakinah berkata...

heh.
kat genting dulu tak ingat plak nak main pondokpondok.
kalau main, boleh la kau jadi abah lagi.

sya ar berkata...

cerita pondok tu kelakar.
tp aku x gelak pon. (tipu)

batuk berdarah tu mmg sgt wajar g jumpa doc.

green berkata...

hye..hehe

abg gurau..adik g percaya sape suruh...huhu..
jahatnyee abg..

oranglidi berkata...

song,
/sepak anak kucing la.

kina,
/ada yang lagi layak.

sya,
/xyah gelak.
/iA

green,
/biasa la kanak2 comel.