Khamis, 29 September 2011

Menikmati Pemandangan Indah di Ladang Teh Boh

menikmati pemandangan

as usual: ms paint, tetikus..
subjek: manusia, awan dan tumbuhan

ps: idea sudah kontang.

Selasa, 27 September 2011

Nur Fathia

Ini Nur Fathia..


Manis, anggun dan innocent..



Tetapi ini juga Nur Fathia..




&(*&&(*&(&@^&@^!&#%@!)*()@*#@!&#(*@^&

Isnin, 26 September 2011

Saiful Halili dan kawan beliau : Konvokesyen

Pada suatu pagi yang permai.. Di sebuah kafe siber.. Tercongok dua insan yang bernama Saiful Halili dan kawan beliau yakni Aswardi Kembang. Tatkala tangan sedang laju mengetik keyboard dan menghayun kursor, tiba-tiba Saiful Halili berbicara.

Saiful Halili: Aku bengang betul la.

Aswardi Kembang: Pasai apo plak ni?

Saiful Halili: Member-member aku dalam fisbuk tu. Smue duk gedebel tunjok gambo kat majlis konvokesyen. Baling topi lah, begambor dengan beruang la, ada bunga la. Aku tak gedebel macam mereka pun! (Sambil menunjuk gambar berikut)

gambar hiasan je la. dari usim

Aswardi Kembang:Hok aloh.. Dah mu tak masuk univesiti. Macamna nak konvo? Mcamana nak gedebel?

Saiful Halili: Ye tak ye jugok kan. kih kih kah. (Tersenyum bagaikan kerang busuk)

Saiful Halili kemudiannya menyambung pelayaran internet di pagi permai tersebut.

Pesan dari Saiful Halili,
"Buat yang masih ada peluang memegang status mahasiswa tu.. Belajor lah elok-elok. Tak masuk u pun, masuk institut biasa-biasa pun takpe."

Ahad, 25 September 2011

Misteri Pustaka Bentalib

Pustaka Bentalib merupakan sebuah kedai alatulis dan buku-bukuan. Pustaka Bentalib bukanlah sejenis perpustakaan.

Pustaka Bentalib terletak di Bandar Dungun yang indah.

Setiap kali 'outing', ramai lah pelajar sekolah rendah mahupun menengah dari seluruh pelusuk Dungun pergi ke Pustaka Bentalib untuk membeli-belah barang keperluan. Termasuk aku.

Di waktu awal pembabitan aku di arena keremajaan, aku banyak menghabiskan masa dan duit saku ke arah Pustaka Bentalib.

Aku selalu pergi ke Pustaka Bentalib untuk membeli barang-barang seperti kalang cat (bahasa ganu: pensil warna), roba (bahasa ganu: pemadam), kalang meccek (bahasa ganu: pensil tekan), benda alah yang berkait dengan lukisan kejuruteraan, sampul buku, sampul hadiah, buku garis, dan kertas kajang.

Jangan salah sangka, aku bukan ke sana untuk mengintai bahkan mengurat makwe-makwe dari sekolah lain. Buruk sangka, buruk padahnya..

Pustaka Bentalib sangat terkenal dengan sikap peramah tuan kedainya.

Yang menjadi misterinya, adakah nama pemilik kedai itu Bentalib? Atau adakah nama sebenar beliau Othman Bin Talib? Atau adakah nama sebenarnya Ben Laden? Misteri kan? Sehingga hari ini aku belum merungkai misteri ini.

Kalau anda tak ada kerja dan ingin menyiasat misteri berkenaan, ini alamat Pustaka Bentalib:
Lot.K855 Jalan Besar Sura Gate
Dungun, Terengganu 23000
Malaysia

sekiang.

Jumaat, 23 September 2011

Perkara yang membuat kita berkata "watdakrep"

Tiga calon Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, Sarawak, tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini kerana mereka didakwa lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine serta Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah ketika calon lain menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu dan mereka hanya dibenarkan mendudukinya pada hari terakhir peperiksaan 15 September selepas ibu bapa membuat aduan polis.

sumber-berita hairan.



Haramjadah. Aku harap sapa yang involve tu kena buang kerja teruh. Apa la dosa budak2 tu sampai tak bagi ambik UPSR. Mana tau depa dah wat persiapan rapi. Deng la. Merosakkan masa depan budak.

Selasa, 20 September 2011

Lamaran

halu!

lama btui tak tulis dalam blog.

aritu aku sibuk kenduri.

jadi kuli je. stat dari angkat kemah, masak, menghidang, sampai la ke kemas barang.

mau nye patah tulang aku.

takpe2. knduri ahli kluarga. kalau bukan kita sapa lagi nak tulung kan.

sekali tu pak sdara aku jumpa aku. dia tarik aku pastu tiba2 tanya
'ada calon blum?' sambil sengih2.

haha. aku pun jawap la tak.

pastu dia cakap kawan dia ada nak cari calon suami untuk anak pmpuan dia.

aku pun cakap
'gurau ke ni. haha'

dia kata ini serius.

aku cakap
'takpa la. lum sdia lagi la. hehe'

pahtu dia pesan
'dah sdia nanti bagitau.'

hehehehe.. tak sangka pulak ada lagi kluarga perempuan merisik lelaki zaman ni kan.

ps: Dahla ramai concern tanya pasal bila aku nak dirikan rumahtangga. stat dari ari raya aritu lagi. leceh btul nak jawap. tangga pun tak buat, ini kan pulak nak buat rumahtangga..
tunggu la aku beli rumah, tanah, kereta dulu. barula aku nak stat pikir.

Khamis, 15 September 2011

Enable the Disable

Perubahan itu bukan semudah mengklik tetikus pada ikon - 'disable' kepada 'enable'. Ia memerlukan usaha.

Berenigma sungguh.

Selasa, 13 September 2011

6 Percent ditangguh. Bukan dibatalkan.


Minggu lepas aku tersedar yang banyak barang makanan dah naik harga. Ya, mungkin engkau-engkau yang banyak duit dan kaya raya tu langsung tak terasa bebannya. Tapi rakyat-rakyat berpendapatan sederhana dan bawah sederhana macam aku ni amatlah terbeban.

Murtabak dah naik 50sen, kuih pau beberapa posen, coki-coki aku dengar sampai RM1.80 sebungkus kecik tu, dan macam-macam lagi lah. Kalau nak tulih semua kang tak muat satu entri. Terbeban dol.. Dahtu lepas ni takkan aku gi pasar malam beli batang sate je?

Baru-baru ni pulak, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan akan mengenakan cukai 6% kepade semua pengguna prepaid. Tapi kerajaan telah menyelamatkan kita dengan penangguhan dahulu 6 % berkenaan. Terimakasih Dato' Najib dan rakan-rakan.

Ada jugak pendapat yang mengatakan sebenarnya ni adalah gimik kerajaan. Kononnya depa suh kompeni buat announcement kenaikan 6% pastu kerajaan buat la perbincangan dan akhirnya berjaya MENANGGUHHHHHHHHHHHHHHHKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNN kadar kenaikan tersebut. Alasannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Haih.. Entahlah labu..

Berikut merupakan komen-komen yang aku ambik dari Brita Harian


NACAT PENACAT FC: x pyah larh nak tanguh2 buang masa jer..batalkan jerlah nak naik caj 6% tu silap2 kerusi BN akan tumbang dlm pilihanraya akan datang sebab beban rakyat sudah tidak terkawal..harap beri perhatian serius mengenai isu ini k...

izz ziqrie mekong : niaya pnguna2 yg brpendapatan rendah.org atas2 tu sudah2 lah nk tamak2...

Jaybond: Trima kasih PM atas keprihatinan beliau campur tangan. Mesej yang amat jelas bahawasanya rakyat memang patut didahulukan kebajikannya.

Ruzila: Tangguh??makna nya akan dikenakan juga la caj 6% tu?Kalau perkhidmatan bertambah baik tak mengapa ini masih lagi di takuk lama..6% terlalu tinggi..kalau tetap dikenakan caj tersebut tiada la beza antara PRABAYAR & PASCABAYAR..malah lebih mahal penggunaan PRABAYAR

pst: kemain potoshoot tadi.hehehe.. Esok last! yehoouuu.

Isnin, 12 September 2011

Semoga ketemu hidayah Chika Dealova.

Entri ditaip jam 1:12 pagi...

Fuih.. lama x berfuksal. Ni baru balik maen fuksal teruh menulis..

Aritu (ke semalam? aku lupa la) aku selak-selak dalam berita hairan online, tetiba aku terbaca Bahagian BPoP. Pasal Chika aktres Indonesia yang belakon Dealova tuu. Atau nama sebenar dia Jessica Iskandar.


Lawa rantai. heehe. (sambil garu hidung)

Dengar kate dia da nak masuk Islam. Tapi tak tau la sahihnya macammana. Tersentuh aku baca dia punya kata-kata. Ni aku quote dari page sana.

“Saya pernah melewati masjid berhampiran rumah, namun saya tidak tahu bagaimana cara mahu memasukinya. Ketika itu saya berasa jiwa saya sepi dan kosong. Saya memerlukan dahan sebagai tempat untuk saya menyatakan terima kasih, selain menangisi setiap kesalahan yang dilakukan.. Lebih tepat, saya mahu meniti hidup dalam iman..”

Smoga brjaya la bertemu pengisian jiwa cik Chika oi. hehe. ceh, macam kenal rapat je. hahahah. Doakan aku kertas akhir.

Rabu, 7 September 2011

Foto Lama-lama







Wah, lama jugak aku tak berkecimpung dalam pemfotoan. Lepas ni lah ye. Doakan peperiksaan aku. Hehe.

Selasa, 6 September 2011

Tukar gaya

Akhirnya selepas hampir setahun, aku mengambil langkah untuk menukar template blog. Yang sebelum ni memang aku suka sebab gambar besar gajah boleh taruk. Kali ni aku saja-saja la mau try tuka sket. Sebab lawa plak aku tengok bayang2 dia.

Pada masa yang sama aku jugak berjaya menukar kepala blog ni. Simple sket. Yang dulu tu aku masukkan dalam muzium je lah. Banyak lagi perubahan kalau ko prasan, tapi kecil-kecilan lah.

Bila dah siap setting layout, aku tengok macam blog titel tatel lak. Bile la dia mau apdet lagi siri 'aku bukan perampas' tu. Syok gak aku baca.

ps: ini baru layout ke 5 sejak aku bukak blog ni April 2009 dulu. Memang aku tak reti tukar sbnanye. krikrikrikriiiikk.

Isnin, 5 September 2011

Blur

Fuih.. blur syial.

lepas raye je mesti blur.. bukan blur kamera tu.
jari jadi tak reti menulih. rasa mcam nak tulih sesuatu. tapi blur cam gampang.
pasai apa ha?

kalah 8-2 tu satu hal.

Bukan apa, raya ni membuatkan aku terpana pada kehebatan hariraya. boleh tengok pelbagai gelagat. taktau mana satu nak dikisahkan. huh.

Mase raya ni la kita boleh tengok perkembangan seseorang tu kan. Lama tak jumpa tiba-tiba , aik? dah jadi lawyer, dah jadi drebar, dah abih belajar, dah kawen 4 dan laen-laen lagi wok.

Cuma aku boleh simpulkan, yang kita-kita ni ibarat tanaman. Masa kecik mak bapak semai benih, pelihara elok elok, kasi baja, siram, gunting daun mati dan macam-macam. Bila dah masak, boleh kutip hasil tanaman tu. Perkaitannya, kalau anak tu dah jadi 'somebody', makbapak boleh la jugak duk bangga-bangga masa duk bersalam raya tu. Ye lah, merasa la sket kebagusan anaknye tu.

Contohnye:"Ha Pak Samad, (sambil bersalam raya) ini la anak saya. Belajar kat Universiti di Australia nu. Taun lepas masuk la slot salam perantauan dalam Utusan nu.. Skarang dah jadi dokter pakar sakit jiwa. Kalau rasa-rasa sakit jiwa tu boleh la mai klinik dia."

Kalau yang tak bernasib baek macamna la agaknya ya? Entoh.. Mungkin hanya mampu sekadar berdiam diri sambil menyuap kuih raya dan menghirup air sirap.

Senario-senario ni menyebabkan aku terpikir la sket.. Ape la keadaan hidup aku kelak? Hehe.. Entahla. Mungkin seorang petani? Atau tukang rumah? Atau mungkin pesawah? Atau pemburu burung liar tegar? Atau pencari cicak tokek?

Oh, sebelum tersasar mungkin aku patut ucapkan tahniah pada member2, sdara2 dan smua yang baru mendirikan rumahtangga. semoga bahgia lah. aku pun baru first time bergelar brader in law ni.

okeh, chow. haha. Takpayah komen pun kalau tak paham entri ini. Ini sekadar coretan setelah menonton crita cinta 120km/j. Pejadah.

Trima kasih sudi baca. Dan juga berjuta trima kasih bagi yang tersinggah blog aku ni.


first entri untuk september. macam tak masuk je. ceh..