Isnin, 11 Januari 2010

woi, diam sajalah ya?

Woi, diam sajalah ya?

(Edited)
Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi,
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata,
jangan lagi kau tengok dia,
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga,
kita juga yang akan merana!

Woi, diamlah kau mulut,
jangan lagi disebut - sebut,
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung,
baunya saja buat kita termenung,
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan,
jangan terbayang jarinya yang ringan,
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki,
jangan melangkah ke sana lagi,
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati,
tenang sajalah seorang diri,
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah..
jangan meronta,
jangan meraung,
jangan termenung,
jangan melalak,
jangan teriak.

Woi, diamlah!
aku mahu tidur,
aku mahu makan,
aku mahu kerja,
aku mahu berjalan,

Woi. diamlah!
aku mahu mandi,
aku mahu telanjang,
aku mahu kencing,
aku mahu berak.

Woi. diamlah!
aku mahu berkarya,
aku mahu membaca,
aku mahu menonton,
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung
Diamlah telinga,
Diamlah mulut.
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa,
jangan pernah putus asa,
ini semua takda apa - apa,
aku tahu ini kali kedua,
tapi buat kita lebih dewasa,
pedulikan dia yang tergila - gila,
dia pun tak tahu dirinya siapa,
untuk apa kita tunggu dia,
dia bukan lagi kita punya!

Woi,
Woi,
Woi diamlah..
tenang sajalah ya?
yang lain pasti ada.

Bukit Jelutong,
5.40 am,
14 September 2008.

terkenang..?

SAJAK INI KARYA BRADER ZAHIRIL ADZIM. Sajak ni memang bersikap pop alternatif. Entri2 blog dia memang macho sesuai dengan watak beliau dalam filem 'Gaduh'. Wa geledah blog beliau dari awal sampai akhir, memang tak sia-sia..

Wa dah xde idea nak menulis pasal apa. 2-3 hari ni otak macam tak stabil. Tak tidur dah 4 hari. MAAP X REPLY KOMEN ENTRI SBELUM NI.

Trimas untuk doa-doa lu hari tu.

Esok jangan lupa layan hindustan. Cerita zaman Bollywood best. Kat tv2 kot. Yang Shahrul Khan berlakun, ada Salman Khan tu.. Hum tum sanam ape ntah namanya.

PSST: SAPE TIBA2 TOPUP TEPON WA RM20?? WA MASIH HAIRAN.
> DAH TAU DAH!! GREEN RUPANYA TOPUPKAN!!

29 ulasan:

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

woi kte 1st

oranglidi berkata...

RASE nak lempang je..

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

haha secret admire ko lah tu topup kn.
rezki tu guna jer.

Jard The Great berkata...

................... (tgh berdiam diri)

=)

Jard The Great berkata...

eh... selamat berhujung minggu! (tak jadi nk berdiam diri plak daa... ahaha)

sharamli berkata...

jadik patung je la cmtu kan...lagik bagus...

eh..green pesan s0h kite share t0pup tu 2 0rg..jgn wat2 lupa lak..

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Hahahaha.. Zahiril ex pakwe i.. Wakaka.. Weh, hum tumhare hain sanam laa.. Ade madhuri kan? Tak bape sgt laa cite dia.. Tapi layan jek laa.. Hehe.. ;p

Mimie.Candy Cane berkata...

wa tunggu gak bile lu nak buat sajak kt gua..hhuhuhuh

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

diam ah.
tak paham aku sajak ni.
macam masuk library pulak nak diam2.

Frodo Baggins berkata...

hahahahhah ~ layan hindustan pulak!!!
kuch kuch ho ta hai kekdahnyer
tp wa layan gak stry
shah rukh n salman dulu2 kala
adik beradik tp terpisah masa kecik@
perghhhh ... masa nak gadooo tetiba ada petir
kat tgh2 ... hindi2, tak mati kene petir ko!
tapi tamil gak yg dasyat, kene langgar ketapi
pown sehat walafiat ..


>>_____<<


erkk lupa nak puji, sajak ni tobaikk

inDah iNdrIana berkata...

layan..
jiwang gak..

Azie berkata...

wa~~ zahiril adzim... x sngka ko bace dy jgk.. =P

Adila Ady berkata...

ko putus cinta ke ni..

tak pasal2 aku kena diam..

sadis sungguh

Yuki Yusuf berkata...

buat apa sampai tak tido ni?
heh~

Yuki Yusuf berkata...

buat apa sampai tak tido ni?
heh~

faizal berkata...

ko tak faham lagi ke?


Woi, diam sajalah ya?

miss lolly berkata...

.

syah berkata...

(ok, wa diam)
...

vidadarisakura berkata...

mesti ko tengah layan cerita hiindi kan skang ni.

puspa berkata...

HUHUHU
orglidi nih msti ngah putos cinte...

pensukebulan berkata...

ok baru nak kagum. igt ko yg buat.

sayu=pilu berkata...

hehehehe wa suka sajak tuh 5star weh

Tanpa Nama berkata...

komen aku sama dengan pensukebulan.

cis

OREOO berkata...

lu jadik pengganti a.samad said pon buleh.. :D

meorazor berkata...

wahhh..

aku rase kalo band hujan amek wat lagu nie mmg masyukk woOOoo!!

oranglidi berkata...

violet,
-woi

jard,
-hehehe..

sharamli,
-jadi patung x best.. burung hinggap.
-er, green pesan mcmtu ka? dah abis guna la.. haha

farhana Doktor,
-betul ke ex lu? cis.
-OOO! itu tajuk crita nye? hahahaha
-maduri dixit best tp menari kureng..

mimie,
-OK! no hal. ad masa wa buattt..

rafiq,
-padan ,muke.
-masuk tandas pun dianjurkan diam2.

frodoo,
-HAHA.. betul2! cite tu la.
-petir tu menandakan kekuatan!
-yang tamil memang best. haha.. adae ke kena langgar keta api? gile a

indah,
-hehehe.

azie, nazirah khamsani,
-haha. baru baca.

dila,
-hahahahahah.. becinta pun dak, nak putus apa?

koyu,
-2 kali lu komen. cis.

sekut.,
-ahahaha!

miss lolly,
-hehe.. bagus.

vida,
-wahahaha. pandai lu teka teki.

puspa,
-mane ade..

pensukabulan,
-wa x reti buat menda2 cmtu.

sayu,
-kan kan?

shax,
-komen wa sama dengan komen lu. hehe

oreeoo,
-x boleh lagi. tunggu rambut panjang.

meor,
-amcam Behrang? bes x?
-hujan x ambik dah lagu2 mcm ni. depa skang lagu laju2 je.

Faizul berkata...

bukit jelutong lu lepak mana bai?

oranglidi berkata...

wa copy bro zahiril pnya blog. xtau ktmne

Unknown berkata...

memang cun sajak nie...wa suke