Isnin, 1 Mac 2010

Blues Untuk Beliung

Kupu-kupu naik dengki..
Bila si Rama-rama dipuja dipuji..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Teringat pulak zaman darjah satu dua dulu. Aku selalu bermain-main di rumah jiran. Alah, jiran aku bukannnya orang lain.. Sanak sedara jugak. Antara permainan paling 'rugged' ialah menangkap beliung. Oh, dalam bahasa key el nya, pepatung (dragonfly). Ha, macam Sponge bob dan Patrick tangkap obor-obor tu..

Permainan ini diperkenalkan oleh sepupu sepapat ku yakni Nasqun dan Ihjat. Nama dah macam zaman firaun lah pulak. Biar la.

Cara menangkap nya adalah menggunakan sehelai jabir (plastik) dan sebatang kayu. Kayu ikut pandai kaulah nak panjang mana. Ikatkan hujung plastik berkenaan pada kayu, kemudian kau cari dan tangkaplah beliung sesuka hati.


Maap, aku tak ada gambar beliung. Gambar labah-labah ni pun boleh lah.

Kebanyakan beliung biasanya suka hinggap di ranting rumput. Bukan hinggap didahi. Aku dan rakan sepermainan selalu bertanding siapa paling banyak menangkap beliung. Kalau dah tangkap, aku biasanya meletak beliung-beliung berkenaan di dalam sarang ikan. Oh, akuarium.

Pada suatu malam yang hening, aku bermimpi dikejar beliung yang membawa jaring untuk menangkap aku. Mimpi itu amat menggerunkan sanubari kanak-kanak seperti aku. Muka beliung itu putih sambil menggertap giginya. Mulai hari itu aku sudah menyesal dan bersumpah tidak mengulangi penangkapan beliung lagi. Aku lepaskan semua beliung sambil memperdengarkan lagu 'satu labah-labah, cuba panjat tinggi.. bila hujan turun, labah cepat lari..'

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kupu-kupu naik dengki..
Bila si Rama-rama dipuja dipuji..
Jika pepatung digari..
Hilanglah seri alam ini..

titipan iklas: aku tak reti menulis la. waduh2.. blogwalk pun tak reti.

31 ulasan:

Jard The Great berkata...

oranglidi dgn tanpanama org sama ke?

cik helena berkata...

kamu!kamu ngan tanpanama tuh org yang sama ke?

Frodo Baggins berkata...

>>___<<

Frodo Baggins berkata...

dragonfly leh kene gari?
tangan beliau mesti runcing ~~

Frodo Baggins berkata...

... dan apabila lidi di gari!

Mimie.Candy Cane berkata...

lidi~ wa pun penangkap beliung tegar mase kecik2 dulu..

ade berani lawan wa?

Zulhasri berkata...

wah cre laen..ak tgkp jgk dlu tp gne cara len..ak gne cotton bud yg di sambungkn ke lidi n kat kapas cotton bud tu kne letak getah pokok ciku..

Tanpa Nama berkata...

selamat kembali
haha

kami tangkap TENGKOLEK (beliung) pakai tangan jer. lagi pakar

wanita mutalib berkata...

tau ko takut eh hehehehe..

Tanpa Nama berkata...

gedik la kau ni

heh


weh pesal dah takde wa lu
ko terantuk kat ne ni

sian ko
haha

Misshy Innz berkata...

ta rety tulis blog
ta rety blogwalk.

lemmpang nak ?

deqyalalink in-situ berkata...

gilak ahh..kalau aku pun cuak gak kalau dah mimpi kena kejau beliung..macam puting beliung gamaknyewh !

Adila Ady berkata...

letak beliung dekat pusat..ehe,kencing malam la kau.

hanie berkata...

wa rindu OL..

XP

mamai berkata...

oh aku kecik-kecik panggil natang nie dragonfly

mamai berkata...

oh aku kecik-kecik panggil natang nie dragonfly

mamai berkata...

oh aku kecik-kecik panggil natang nie dragonfly

oranglidi berkata...

jard, dia orang gila

helena, hai. hehe.

frodo, gari lah yang runcing

mimiau, uih. geng a kite. x brani dah.. takut kena kejar.

zul, fuh! hebat cara kau tu!

fatt, ak penah try guna tangan tapi cepat mati itu ketilung

wanita itu, hihi.

rat, terantuk dihati mu.

inz, lempang terus.

deqya, awak nih kena gigit lipan nak?

adila, kalu letak kat pusat jadi apa?

hanie, biar petul. genting sejuk x skarang?

mrmamai, ak teringin pegi nautika tapi x berkesempatan. amboi, kecik2 dah inglish.

inDah iNdrIana berkata...

slamat pulang

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

bukan nama dia cengkerik ke

crazy_labelle berkata...

cengkerik tu beliung eyk?

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

mana pergi lanun kau? dah insaf. join tabligh ek?

lumut berkata...

mcm menakutkan je beliung tuh..huhu

Aleen Aiden berkata...

hak3.aku ingt dlm tb je mimpi ley wat pedoman neh.dan apabila lidi d gari.....waktu melawat kul brape?hu3

cik selamah kundang berkata...

aku suka main masak2 dulu.xreti tangkap2 bugs ni.takut.hehehe

Unknown berkata...

AKU PANGGIL TUYUP...HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

amboi2 lidi,

kau dah pandai nak membalas jiwangan aku nampaknye


nih buat jantung aku berdegup kencang ni

vidadarisakura berkata...

rilek2 suda.

Tanpa Nama berkata...

weh lidi,kau kos pe ek kat utp

putera aftus berkata...

beliung bukan kapak ka?
tiba tiba kappa betol.

OL, apa kabar?? keh3..

oranglidi berkata...

eva,
/trimas

bulan,
/cengkerik plak dah.

bell,
/cengkerik tu musang la

raf,
/?? dengar cerita dak2 poli mizan ramai join tabligh. bagus la.

mut,
/ko memang. tgk cite santau pn dah takut.

leen,
/melawat mana?
/ dalam tb ada ako mstopa

slamah,
/aw.

0,
/tuyup plak dah..

rat,
/jangan puji kalau tak kenal,jangan keji kalau tak tahu ;)
/bile nak belanja sate tambun?
/jiwang ka?

vv,
/suda

rat,
/kosinus

tus,
/kapak kepala rimau kau.
/surat kabar.