Jumaat, 5 Mac 2010

Diari Pak Tawang

Episod Satu

Ini bukan Pak Tawang lah!

Pak Tawang dah rasa kencing dihujung tanduk.. Bukannya sebab ada kencing manis, cuma berdebar tahap pokok kelapa. Maklumlah, kali pertama dan terakhir Pak Tawang cakap depan khalayak ramai pun masa pertandingan 'pantun rakyat' darjah lima dulu. Itu pun dah tergagap-gagap. Yang tu dah berkurun lah, lebih kurang 40 tahun lalu.

Hari ini ada event besar di kampung Tuyu Beradong. Bukan sembarangan. Tertulis pada kain-kain rentang dan backdrop di balairaya, hari ini adalah hari untuk 'Pemilihan Ketua Kampung Tuyu Beradong'. Tiga penjuru.

Politik bukannya makanan Pak Tawang! Politik yang beliau tahu pun cuma dalam Buletin Utama, takpun sisipan Utusan Jawi. Nak tengok setiap masa tak boleh kerana kesibukan berkebun, toreh getah dan macam-macam kerja kampung demi sesuap nasi. Tapi jauh disudut hati, Pak Tawang meminati salah seorang penganalisis politik merangkap pensyarah di UKM, Dr Agus.

Lain pula kisahnya Ustaz Aziz dan IR. Riduang , calon lawan Pak Tawang. Ustaz Aziz tu orang kuat dalam perikatan Dakwah USIM. Dengar khabar Al-Fadhil Ustaz antara MPP yang disegani di kampus dulu. Semayang pun tak pernah tinggal apatah lagi bersugi sebelum berwuduk. Orang tengok pun sejuk je paru-paru.

IR Riduang pula memang orang dahsyat. Duit berpuluh ribu dalam akaun bank. IR ni masa zaman 'student life', dia duduk nun jauh di Amarika Sarikat. Dalam profile facebook, IR graduate dari salah sebuah unibesiti handal. Saban minggu berulang alik ke Eropah. Sekarang pun masih begitu. Cuma pegangan politik beliau masih kabur.

bersambung..(kalau aku bilang bersambung maknanya esok aku sambung)

34 ulasan:

Farihah Ahmad berkata...

Kencing di hujung tanduk ea?

Murni Alfathunnisa berkata...

ingatkan telur je di ujung tanduk...kencing pun boleh..??hehe

putera aftus berkata...

papehal aku no 3

putera aftus berkata...

hebat btol saingan pak tawang, apa pula kelebihan pak tawang wahai org lidi?

oranglidi berkata...

far,
/er. x leh ka??

murni,
/telur dihujung tanduk lagi x lojik

tus,
/nombor ?
/tunggu lah sambungannya

faizal berkata...

mna tanpanama?

si kosong berkata...

ko sgt hebat berkarya...jelas,aku kalah dalam bab ni..hahahahha

oranglidi berkata...

kau ni x habis2.
dia penulis ja.

oranglidi berkata...

song, pejadah nya? kau punya entri lagi meletup letup

si kosong berkata...

hahahaha....lu tetap no 1 bai.

zonaku berkata...

salam singgah.....

kencing hujung tanduk tu camana?????

jo berkata...

kalu baca cerita bersambung ni gua rasa nak mengamuk je la..

Tanpa Nama berkata...

kenapa bersambung?

lu nak open file Pak Tawang dulu eh, tgk sejarah hidup dia.

wa syak dia ade kilang kerepek bawang la.

Mimie.Candy Cane berkata...

teringat kt ayah wa..kalo dia nak berucap kat mane2 majlis,dia akan praktis depan wa n adik beradik lain dulu.lepas tu teruk ar kena kritik..hahaha

bersambung??

lu ni....

mukasurat17 berkata...

cpt continue. :)

(aku bc dr awal tau, ko jgn igt aku bc yg las jer.)

sharamli berkata...

cam sesuai je 0rg dlm gamba dgn paktawang..

sharamli berkata...

cam sesuai je 0rg dlm gamba dgn paktawang..

oranglidi berkata...

song,
/lepuk kang.

zona,
/ambik la tanduk lembu sepucuk, kencing.
/slamat datang ke sini. hehe.

jo,
/rasa macam kencing tak lawas kan?

yub,
/sebab cerita ni panjang. sebabtu dia sambung.
/er. kilang kerepek bawang xde laaa kat Tuyu Beradong!

miau,
/oih, bagus nya ayah lu.
/lu kritik ke? cis.

17,
/esok smbung.

sha,
/hehehehehehehehehe..

Wanie-san berkata...

nape lak nak sambung2..teruskan jela lidi...aish...maroh jugok aku!huhu

imHepPie berkata...

cmna pak tawang dpt nama?apa manofesto pak tawang

e. indah berkata...

wahh aku tak kenal saper pak tawang ...

apa ne , aku tak suka bila aku tak tahu ...hahhaaa

Razman berkata...

universiti handal tu UTP la kononnya ko nk ckp?

Tanpa Nama berkata...

best plak citer ni
sambung cepat

intanurulfateha berkata...

.hehe best
.cpt smbung! ;D

Jard The Great berkata...

=)

suka

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

persaingan yang sengit ni.. huuhuhhu

zac zirwan berkata...

tak nampak tanduk pon kt pak tawang tu..=P

wanita mutalib berkata...

siot...buat kiter tertunggu lak huhu :p

vidadarisakura berkata...

idup pak tawang!

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

lorhhhhh














































bersambung ke ?

























































sambung pat !



























pak tawang ada anak2 hensem tak ?




















yg penting ada yg single lagi tak ?

anis berkata...

hahaa..
penat la duk pk kencing hujung tanduk tu lagu mana ..

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Erk.. Aku nak google laa pak tawang ni.. Jumpe tak.. Hehehe.. ;)

~ gaye tulisan.. tetap meletup.. ;)

oranglidi berkata...

wani,
/panjang. sbabtu kena wat sambungan. kang bosan lak.

imhipi,
/er.. nama asalnya cik Tawang, orang kampung wa.

eindah,
/er, x kenal maka x cinta

jeman,
/kat amarika ada utp skang? uitm lagi atas carta la.

luff,
/atok sara best lagii

teha,
/nak smbung a ni

jad,
/suka sapa? pak tawang ke?

bulan,
/yezza

zac,
/tanduk lembu nampak di mana?

wanita,
/elehhh..

vv,
/hidup vv

loli,
/xnak buat watak anak dia.

nis,
/xyah pikir yang bukan2.

drFana,
/gugel la. nanti berenang ke?
/trimas22

SwEetForEst berkata...

hahaha..

kencing di ujung tanduk???