ini bukan Pak Tawang. Ni aku snap di Kota Baru.
Keyakinan Pak Tawang mula goyah. Ingatkan nak lawan Berahim Jambu Golok takpun Mael Gendut, rupanya dia silap 100 percent. Percaturan politik Pak Tawang tak menjadi. "Selayaknya, aku bertanding AJK PIBG skolah acik je Yah. Boleh aku hentam fasal yuran takaful yang makin mahal tu.." kata Pak Tawang layu pada Mak Joyah, bininya yang sangat setia.
Tiba-tiba Mak Joyah menutup mulut Pak Tawang dengan jari telunjuk. Ala-ala boliwood gitu. Mak Joyah serahkan teks ucapan pada Pak Tawang. "Awak tenang saja.. Ni saya dah siapkan semua untuk awak. Manifesto pun dah saya pikirkan masak-masak. Baca dengan ikhlas je bang.."
Lepas meneliti teks tersebut, Pak Tawang tersenyum lebar kepada Mak Joyah. Gigi rongaknya disembunyi kan dengan bibir. Anak-anak muda yang ada berdekatan gembira dengan adegan tadi. "So romentik!" kata Marwan dan Aisya Gedik serentak. Marwan dan Aisya ni wakil dari persatuan Belia kampung Tuyu Beradong.
________________________________________________
"Saya akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda! Sekian, terima kasih." ucapan IR Riduang diiringi bunyi tepukan yang gemuruh dari penduduk kampung. "Hidup IR!!! Hidup IR!!" Jerit penyokong beliau. Masing-masing pakai T-shirt ada muka IR Riduang berpangkah.
Sekarang giliran Pak Tawang selaku pencabar terakhir. Kalau IR Riduang pakai kemeja berkot, Ustaz Aziz berbaju melayu lengkap hijau daun pudina, Pak Tawang rilek je pakai baju Pagoda putih berkain pelikat cap Tiga Manggis.
"Assalamualaikum.. (ucapan alu aluan).. Manifesto yang saya akan perjuangkan hari ini adalah 'Sepasang ayam! Sebuah Reban!' Untuk semua penduduk kampung Tuyu Beradong! "..
Diam menyepi..
Hanya bunyi cengkerik mengiringi ucapan Pak Tawang. Riak muka Makcik Jenab dan Makcik Melur dah mula menunjukkan ciri-ciri nak mengumpat. Mentang-mentanglah jadi ahli kelab penyorak untuk IR Riduang, keringat Pak Tawang yang pernah tolong jahit jala mereka, dilupakan begitu rupa.
__________________________________________
Ustaz Aziz dan IR Riduang terduduk kelu. Habis hangus wang pertaruhan. Rasanya ceramah-ceramah yang diadakan bukan main banyak sambutan. Tapi hari ini mereka tewas pada calon yang tak pernah ada poster hatta sehelai.
Korek punya korek, mereka berdua belum lagi berkahwin.. Mungkin inilah satu-satunya kelebihan ajaib pada Pak Tawang. Ibarat kata pepatah, "Berjayanya seorang lelaki kerana ada isteri di tepi. Awek kadang-kadang je".
"Hanya rakyat memahami jiwa rakyat". Ujar Pak Tawang semasa bersalaman dengan IR Riduang dan Ustaz Aziz.
Jangan main-main! Mak Joyah dulu grad sains politik Universiti Malaya! Beliau tahu analisis keperluan penduduk kampung. Sebab itu Pak Tawang peroleh undi sebanyak 89% dan diangkat sebagai Ketua Kampung hari itu. Lagipun Pak Tawang memang mesra rakyat dan selalu ada di kampung. Senang sikit orang nak buat aduan.
Perlu diingat, orang yang dah kahwin lagi afdhal jadi imam. kih3..-ujar Ustaz Aziz tersenyum.
Titipan pena: sekian, karya tak seberapa..
31 ulasan:
sepasang ayam dan sebuah reban...
huhuhu...
betul2..disebalik kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakang
Weeeee.. Aku suke sangat laa.. Mesej yg ko cube nak sampaikan telah selamat sampai di sini.. (sambil tunjuk pada hati) Hehehe.. :)
Suke scene letak jari pada bibir tu Peewwwiiittttt.. ;p
err...sy rasa cam tergantung je citer ni...hehe
Tiba-tiba Mak Joyah menutup mulut Pak Tawang dengan jari telunjuk. Ala-ala boliwood gitu <<wa gelak bagai nak gile bila sampai part ni..lu mmg gile lidi..hahaha
ape pun tahniah kepada pemenang ..:P
sekali lagi! idup pak tawang!!
aku x bape nk dapat, tp btol la ape yg ko tulis tuh..
hans,
/trimas atas sokongan
drFarhana,
/akhirnya ada mesej yang sampai ke hati. hehe.
peja,
/tolong sambunglah. aku tak reti menulis mcm kau.
miau,
/wa suka jadi gilak.
/lu nak wa letak jari kat mulut lu gak?
/pemenang mengucapkan trima kasih.
vv,
/dia masih hidup
tus,
/tak dapat? buat sampai jadi lah.
kawen r cpt. afdal jd imam. :)
cap gajah duduk lagi style kot. heh~
yup.. wanita adalah pengkuat. sebabnya, kami memang kuat ;)
mana lu jumpe diari ni?
wa sukaaaaaa.
kirim salam kat pak tawang sekeluarga.
saya tak reti bercerita...
sila berguru dgn ah fatt
hehe~
but still nice entry beb
boleh publish buku ni
"Assalamualaikum.. (ucapan alu aluan).. Manifesto yang saya akan perjuangkan hari ini adalah 'Sepasang ayam! Sebuah Reban!' Untuk semua penduduk kampung Tuyu Beradong! "..
hebat gila manifesto beliau..mesti menang!! agaggaga
hidup mak joyah heeeee..
aku suka manifesto beliau..
juga isteri beliau
aku yakin..cerpen ni blh dimuatkan dalam antalogi cerpen untuk subjek komponan sastera untuk pelajar spm.
miahahaha..
hebat karangan lu..
wa x brape nak pham..
^___^
=)
lu buat blook la.. ku pasti beli
asal tbe2 ade aksi ala2 boliwood .
hahaa
hidup IR!!
nk tshirt die satu!
haha
respek2
Isteri beliau style lah. low profile je. Hidup isteri Pak Tawang!
wah....canggih manifesto nya...hahahha
terbaekkkk....la org lidi..!
gua suke..heheheehe...
org rmai kne sedar skang ni kan..
hehehe..
lelaki memerlukan wanita di sisi. sebagai penenang..sungguh..benar..
wahai perempuan..kamu pelu menjadi penenang bukan penyemarak kemarahan..
ingat!
17,
/hang bila?
milla,
/cap gajah x sedap sgt kain dia
/wanita. slamat hari wanita.
sya r,
/jumpa dalam hati. hehe
/iA
peja,
/eleh, tu kemain dalam blog bermain kata.
kina,
/ko tulis lagi menarik dan sdap dbaca.
laling,
/dah menang la
wanita itu,
/yeah!
song,
/istri beliau hak beliau je. ko dilarang mengorat, heheh
/bam pala kau. masuk antopologi, sesat budak skolah.
sweet,
/miahaha.. wa pn
jard,
/tunggu hang wat dulu
nis,
/erk. dah nak kasi sentuhan romentis skkitt
nawal,
/die kalah la.
/tshirt? kat kmpung tuyu beradong
luffy,
/respek pak tawang!
yub,
/pak tawang pun lo profile gak. hehe
o,
/hahaha. ni tak dipanggil canggih. ni tradisional
kuna,
/haha. hang bila laie? apa cita laki yang trkentut aritu?
ulasan dipadam,
/kenapa dibuang?
haja,
/huhahuhuahuha . benar lah apa kamu katakan.
lidi,aku taksempat bace lagi.aduih..
tapi aku nak komen gak.
hehe
weh aku tak make up ah.dalam bilik je pun.
kagumlah dengan aku balik ek
hahaha
rat2..
/rilek2222.. haha
/oo. pkai dlm bilik. hehe.
/kagum2.
gua dah tak pnah jmpe laki terkentot tu...mgkin dh lame tak jmpe,gua dah tak cam muke beliau.
dah termaktub, mmg jodoh gua bkn dengan beliu..[sok sek...]
gua redha..!!
huhuhu....
kuna,
/hehehe.. xpe2, ada jodoh yang lain nanti. huhu.
Catat Ulasan