Kalau mendengar Abu Bakar Elah nyanyi lagu Urang Kita, Asmadi mesti terkenangkan saat-saat indah bersama Mawar. Mawar lah yang banyak memberi sebab untuk Asmadi meneruskan hidup. Sebagai 'pemangkin kejayaan' bak kata pujangga.
Kenangan itu di'flash back' Asmadi sepadu-padunya. Bongkah pemikiran Asmadi terawang-awang kembali ke saat itu. Kali pertama Asmadi bertentang mata dengan Mawar adalah sewaktu Asmadi terpijak najis kucing di hadapan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Yang malangnya setelah terpijak najis tersebut, beliau terpijak pula kaki Mawar yang sedang menyemak dokumen. Najis kucing yang terlekat pada tapak kasut kulit Asmadi terleset di bahagian depan kasut Mawar. Baunya 'fuuuihhhh'...!
Makan pakai tanganSuka makan belacanJumpa ucap salamAdalah....Orang kitaPandai bikin tapaiSuka ramai-ramaiKacang ampai-ampaiAdalah...Orang kitaDan-dan itu lah copong radio kerani ofis memutarkan lagu Urang Kita nyanyian Abu Bakar Elah. Klasik FM. Kerani tengah makan nasik kerabu waktu itu.
Mawar yang terkejut setelah dipijak kaki lantas menampar pipi Asmadi dengan fail dokumen sambil tertongkat-tongkat kesakitan. Failnya berjenama Ring Ring. Maka merah padamlah muka Asmadi hasil libasan maut berkenaan. Padan muka. Sapa suruh pijak.
Itu lah sahaja kisah cinta pertama dan terakhir Asmadi. Nak buat macam mana, nak berkenalan pun tak menyempat. Single lah Asmadi sampai sekarang. Peristiwa itu takkan dilupakan Asmadi kerana baginya itulah awek yang bertapak dihatinya.
Malang sungguh Asmadi kan? Dia tak reti first step untuk menackle sesebuah awek. Sekend step apatah lagi. Haram.. Dia cuma tahu. Pendam, pendam dan kencing.
Baru-baru ini Asmadi ada dapat berita dari kerani yang makan nasi kerabu bahawasanya Mawar sudah berkawin dengan Berduri.
Itulah satu memori yang kita panggil kenangan. Kenangan yang sudah menjadi sejarah.. Seperti mana kisah cinta Hang Tuah terhadap Puteri Gunung Ledang, cinta cikgu Saari kepada cikgu Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis dan mungkin kisah cinta Robert Al-Parere kepada Minago Montez [nama yang aku main reka]. Apa aku melalut ni?
titipan :Sori a brader, belum dapat 'suasana' untuk menulis dan 'jalankomenblog' macam dulu-dulu. Ringan-ringan lah dulu ok?