Saat wa menulis entri ni, wa sedang mendengar lagu Seroja oleh Search, perform time Juara Lagu 1997 .. Part "Lamunan ku tersentak, lalu ku mendongak..".. pegh.. Feel wo..
__________________________________________________________
Kembali ke agenda asal..
Wa nak buat
kuiz untuk diri sendiri.. Biasa lah, orang laen buat kuiz, takkan wa tak boleh buat kuiz untuk diri sendiri.. Wa pun nak try celen minda wa yang kusut dengan pendedahan simpulan bahasa.
Soalan : Apakah yang anda paham tentang
'Mata Keranjang' ?
wa tak tau kena mengena apa gambar niSebelum mengupas secara lanjut 'kuiz diri sendiri' ni, wa nak cerita lah sedikit .
Simpulan bahasa ni wa pertama kali dengar dalam cerita 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' ketika wa darjah ke berapa entah. Yang pastinya, Lucy (Angeline Tan) yang sebut benda ni kat brader-brader yang selalu lepak di gerai Pak Uda Flat Seri Wangi tu (Mat Over, Ismail Golok, Ravi, Budin, Mat Derih sila ambik perhatian)..
Lagi satu, wa selalu jumpa perkataan ni kat blog mana entah. "
aku gilakan bola keranjang bukan gilakan lelaki bermata keranjang" katanya.
Wa akan mengupas topik ni dari dua bijik aspek (sedap pulak guna perkataan
mengupas ni..):
Aspek pertama,
Mata keranjang adalah mata yang dimiliki oleh orang yang pergi bermain bola keranjang secara buat-buat. Faktor beliau bermain bola keranjang adalah untuk mengintai awek-awek yang bermain bola keranjang di court wanita.
Malahan, kadang-kadang beliau akan sengaja buat slam dunk ke arah awek-awek berkenaan demi mendekati dan menarik hati awek-awek berkenaan. Yao Ming, Kobe Bryan tu tak payah cerita lah. Depa main sebab memang itu hobi sejak azali.
Sakuragi Hanamichi tu yang wa kabur sikit dengan niat beliau.
sakuragi bermain bol keranjang Aspek kedua,Orang tua-tua selalu cakap bahawa dari '
mata turun ke hati' .. Namun, orang mata keranjang ni lain sikit.. Dari '
mata ke ranjang' .. Ha.. Tengok di mata, pikiran di ranjang. Celaka.. Wa syak ini lah sejarah simpulan bahasanya ..
Perlu diingatkan, orang bermata keranjang ni tak semestinya lelaki je. hahahhaha! sebab ade je pompuan yang bermata keranjang. Contohnya dalam cerita Tari Tirana.. eh.. kantoi pulak terlayan slot Lestary TV3. Cis. Oh ya, orang masjid-masjid pun ada mata keranjang kadang-kadang.. Wa penah tengok sorang dua.
Wa? Tak yah cerita lah. Nampak awek, pheewit terus. (pengakuan jujur)
Harfiahnya, (Harfiah tu menda?) marilah kita menyemai sikap bermata keranjang dengan berpada-pada serta berwaspada.. dan sukar mengelak bermata keranjang sekarang ni, sebab makin banyak dibuka peluangnya. Hahahahha!
Raja mata keranjang wa serahkan kepada Onizuka (GTO)..psst: ni realiti kehidupan, wa tak reka-reka. cuba lu
pikir sendiri.
psst: entri ni sindir sikit-sikit je.. jangan terasa sangat.
siapa yang makan nasi, terasa lah berasnya.psst: INGAT,
MATA KERANJANG DAN MATA GALAK ADALAH BERBEZA.. SEKIAN.
psst: ini pemahaman wa, lu bagaimana?