Sabtu, 20 Mac 2010

"Tahap Kesuburan Wanita Malaysia Makin Menurun" Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

HAHAHAHAHAHAH! APA KHABAR?

Hari tu ada orang AADK datang mesjid. Buat pameran dadah. Mahabbah ( Masjid Hentian Bebas Dadah) ke ape tajuk dia, dah tak ingat plak.

Aku pun main masuk je la dalam bas pameran dia. Dah macam perpustakaan bergerak zaman skolah rendah pulak stail dia. Manala tau kalau-kalau ada permainan 'sep-sep tom-tom', main guli ke, takpun main kutip kulit siput. Tiba-tiba, ada brader menahanku. Ingatkan aku terbowok dadah seplastik.

Rupa-rupanya aku 'pengunjung bertuah yang ke 210'. Celakak. Rasa riak pulak sekejap.

Tambah celakak, aku disoal siasat macam orang dalam dewan parlimen. Brader tu start tanya background. Aku jawap sempoi habis. Dahla cakap guna mikropon! Segan woo.. Mana taknya, ada dua orang awek-awek AADK kat tepi itu brader.

Antara soalan aku tak buleh lupa:
"Apakah pandangan adik tentang masalah dadah di Malaysia?"

Aku yang terpinga-pinga main hambur je apa yang ada di minda. Nasib baik sebelum tu aku ada baca pamplet dan buku statistik dadah dekat gerai pameran di bawah.

"Pada pendapat saya, masalah dadah dikalangan rakyat Malaysia makin teruk [Walhal berlaku penurunan bilangan penagih]. Yalah, kalau tinguk statistik tu, orang Melayu bukan main ramai isap! 78%! Benda ni dah bertahun-tahun merosakkan rakyat! Habis semua muda-mudi jadi setan. Jadi, Sayangi diri anda."
Jawapku konon-konon berfakta.


Brader tu tak puas hati sebab jawapan yang aku beri menepati kehendak soalan. Dia tanya lagi, "Jadi, apakah agaknya langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini?"

Aku jawap sewenang-wenangnya,
"Oh, benda ni tak buleh nak main agak-agak. Kalau dari segi pihak kerajaan, saya tak nak ulas panjang-panjang. Itu semua sedia maklum.. Saya nak sebut pasal keluarga lah. Institusi keluarga ni memainkan peranan sangat penting pada pikiran saya. Mereka kenalah memantau anak-anak dengan sebaiknya.. Tapi tak tahulah kalau mak bapak mereka sendiri yang hisap ganja."


Kata-kata aku disambut dengan tepukan dari brader itu dan makwe AADK sekeliling. Aku tak tahu kenapa mereka tepuk. Bukannya aku masuk roda impian pun. Lantas, aku berlalu pergi sambil mengambil hadiah berupa sebilas payung AADK. Bolehlah aku 'payung' orang hisap dadah nanti.

woi: fuh, teringat pulak zaman-zaman berniaga dadih dulu. Kalaulah rege dadih lebih kurang dengan rege dadah, kayo den!

woi: Benji kena tahan sebab dadah ke? Yang menjadi isunya, bukan dia dah kawen ke? Pehal tiba-tiba ditahan bersama teman wanita?

woi: Rokok merupakan antara punca dadah? Nasib baik wa dan Si Kosong tak pernah hisap.

woi: tajuk entri ni? try la google.

Sabtu, 13 Mac 2010

kutinggalkan Yang namanya Beeha


Sell music itunes



kala kamu mendengar nyanyian Beeha ni, aku sudah dalam perjalanan ke kampung. Panjang umur, jumpa lagi. Babaiii.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BEEHA, SILA KLIK


psst: ini kali pertama aku letak video.
Quantcast

Jumaat, 12 Mac 2010

Edisi Wartawan Jalanan: KEMBAR YANG AKHIRNYA BERTEMU

TORONTO 9 Mac :Hari pertandingan nasyid lalu menyaksikan suatu peristiwa yang penuh menghayat perasaan telah berlaku. Vokalis nasyid kumpulan IN-SAFF akhirnya bertemu kembali kembar yang terpisah sejak 20 tahun lalu. Hafiz atau nama panggilannya , Apek dipercayai adalah adik kembar kepada Adzrad, seorang pelajar ASWARA seperti tercatat di dalam majalah DARA keluaran November 2009.

Mohd Pirdaus, Zulfaheem, Azrie, Amiruddin, Farid Shafri serta Shafuan yang dihadiahkan buku majalah 'Dara' di pintu masuk dewan pertandingan nasyid telah tersentak bagaikan terkena kejutan elektrik apabila membaca muka surat 85 dan 130. Ini berikutan penemuan wajah Adzrad yang dikatakan sebijik macam muka Apek yakni kawan sekelas mereka.





Majalah DARA yang dikatakan berkait rapat dengan kejadian



Wajah Azrad yang saya snap dalam majalah DARA.



HA! SAMA KAN? KAN???


Kening, mulut, misai, dahi, mata, juntaian rambut, hidung dan senyuman mereka dikatakan memang sama secara total.


Senyuman dari jauh..

Kegembiraan setelah bertemu saudara kembar yang lama terpisah.


Kita lihat apa komen kawan-kawan beliau.

"Wajah mereka saling tak tumpah!"- ujar MrF selaku teman rapat.

"Aku sangkakan akulah kembar beliau selama ni.. Rupanya orang lain. Aku kembar pada nama mungkin."-Apek putih


"Seperti bebunga ini, mereka mempunyai iras-iras."-Abang Daud


"Tak boleh disangkal lagi dah"- Shafuan.


"Akhirnya roomate aku bertemu kembarnya. Tahniah bro!"- C-men.

Menjawap spekulasi dan ura-ura yang mengatakan mereka adik-beradik, Apek berkata yang beliau akan melanjutkan penyiasatan dengan menguji DNA dan bertemu dua mata dengan Adzrad untuk mensahihkan lagi berita sensasi ini.

Sekian dari saya, wartawan Terjun! MELOLIDI..

tut tutt: Ni baru ada dua, lagi lima. Thiery henry mungkin salah seorang. Hhaahhaahahah.

Rabu, 10 Mac 2010

Albert Einstein pernah berkata: Lagu Rock Kapak adalah antara sebaik-baik lagu .


Slash

Petikan gitar Slash (Guns N' Roses) menghantui kepala wa.. Kalau sesiapa ada tonton klip video 'November Rain' yang panjang tu, kat minit ke 3.40 daripada 9.13 , Slash keluar dari mejlis perkahwinan pastu main gitar kat luar sorang-sorang.



Guns N' Roses

Fulamak brader, dia punya feel tak buleh blah! Dengan rambut bergerbang, berjaket tak berbutang, melekat rokok sebatang kat mulut (yang ni memang trademark), kaki terkangkang, angin dari helikopter, ber'but' macam naik kuda.. Lu akan berasa WOW!! Alunan gitar elektrik laju mencucuk-cucuk sanubari. Pehhh..




laayaaann...


lu tengok dia punya standing..


takyah la tengok pusat dia..



Kangkang jangan tak kangkang!!



Oh, tak dilupakan buat otai rock Malaysia, Search yang buat persembahan jauh di England nu!! Semuga musik Search kekal sepanjang zaman. Dalam 'Melodi' haritu pun ada Mat Saleh yang minat gile babi kat band ni. Lu memang terbaik! Boleh pulak ada yang bilang Kid dan Din Search yang terlibat mencuri gitar baru-baru ni. Heh!

titipan pistol dan ros 1: semoga berjaya brader sister yang akan ambik result SPM esok. kih3..

titipan pistol dan ros 2: hujung minggu ini pulang terengganu.

titipan pistol dan ros 3: apa ni bloger gaduh2?? aritu kan dah janji nak kawan selamanya. Beralah laahh..

Hikayat Tenggiling dan Yang Mulia Frodi.

Nun jauh terperosok di hutan rimba, terdapat segerombolan tenggiling. Tenggiling tersebut berasal dari spiesis tenggiling laut. Saudara-mara mereka seperti tenggiling udara, tenggiling darat, tenggiling salji dan tenggiling miau-miau sudah lama meminggirkan golongan tenggiling laut. Alasan mereka, tenggiling laut itu asalnya daripada keluarga kuda laut.

Namun demikian, warga tenggiling laut tidak pernah berkecil hati apatah lagi bersungut. Mereka hidup seperti orang lain. Eh, tenggiling lain. Ini kerana, moyang tenggiling pernah berpesan, "Tenggiling lain berasa dengki akan kamu atas asbab kamu paling pandai berenang di lautan pasifik." Menurut hikayat sang merong mahawangsa, tenggiling laut merupakan spiesis yang paling berjiwa kental. Tak ubah seperti unta di padang pasir.

Pada suatu hari, raja tenggiling laut memberi arahan untuk berpindah kepada sekelian tenggiling laut. Raja tenggiling laut tersebut diberi nama Yang Mulia Frodi. Gabungan kepada Frodo dan OrangLidi iaitu dua jejaka yang pernah singgah di negeri mereka untuk membuat kajian. Kedua mereka kemudiannya menjadi penglipur lara setelah jatuh cinta akan alam semesta.

Yang Mulia Frodi memberi perintah untuk berpindah atas sebab yang mustahak. Akan tetapi, terdapat golongan yang tidak mahu mengendahkan arahan Yang Mulia Frodi. Mereka kata, di negeri sekarang terdapat pelbagai aneka semut-semut yang enak untuk dibuat sajian masakan. Yang Mulia Frodi sebenarnya ingin menguji pengikut mereka. Sejauh mana mereka taat akan perintah pemimpin dan syuro. Sebab itulah Yang Mulia Frodi tidak memberitahu bahawa akan adanya wabak semut gila.

Wabak semut gila merupakan wabak paling digeruni para tenggiling. Sekali mereka tertelan seekor semut gila, mereka akan menjadi kurang siuman lantas mati kelemasan. 17 ekor tenggiling nekad untuk tidak mengikut Yang Mulia Frodi dan lain-lainnya berpindah ke hutan hujan tropikana. Mereka menamakan diri mereka selaku Tenggiling Haluan Kiri (TAHIK) .

"Biarkanlah mereka.. Ayuhlah kita bina saf baru dan menuju ke tropikana dengan berguling beramai-ramai! ", perintah Yang Mulia Frodi.

Seminggu selepas perpindahan Yang Mulia Frodi bersama pengikutnya, barulah TAHIK merasa menyesal atas perbuatan mereka. Mereka mampus dengan membolakan badan secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa.


alamak, ingatkan ambik gambo tenggiling aritu. tupai rupanya..


titipan tenggiling 1: Tadi pagi berjumpa bloger Doktor Farhana di Hospital Batu Gajah. Huhuhu. Baik orangnya. Bakal doktor tu!

titipan tenggiling 2: Patuhilah arahan pemimpin selagi ia tidak bercanggah dengan syariat. hehehe.
Sami'na wa ato'na.

titipan tenggiling 3: Ramai pulak orang main keluar masuk parti sekarang ni. Majlis syuro, apa cerita?


titipan tenggiling 4: Kalau politician anggap ini sindiran pun tak apa. hehe.

Isnin, 8 Mac 2010

Buat Tulang Rusuk

Ya, dua entri sebelum ini aku tujukan khas buat wanita-wanita, pompuan, girl, anne, letchumi, awek, cewek, makwe, dan akak2, serta tak dilupakan yang bergelar ibu2 sempena Hari Wanita Sedunia. Entah kenapa tarikh harini, 8mac diambil untuk Hari Wanita, aku pun tak tahu. Aku ada baca dalam wikipedia tapi tak paham sebab dalam bahsa inglish.

Sebagaimana hebatnya Pak Tawang memenangi jawatan ketua kampung Tuyu Beradong, disitu berdirinya Mak Joyah selaku benteng semangat dan peniup ruh. Hey brader sister, dalam kisah Nabi kita juga, di saat baginda ditimpa dugaan, siapa yang bertindak selaku pendamai di hati?

Ambil satu contoh: ketika hayatnya Siti Khadijah, time Baginda baru dapat first wahyu, apa yang berlaku? Baginda takut sampai gementar seluruh badan! Siti Khadijah lah yang menenangkan Baginda tika itu.

Aku tak bermaksud entri ini khas buat isteri sahaja, tetapi cuba kau pikir jauh dari itu. Kalau kau belum ada isteri, kau boleh jadikan yang ibu atau kakak kau ke sebagai inspirasi. Awek? Entah, kau fikir sendiri. Hehehhe.

Dua tiga hari ni ada sahaja isu tentang wanita aku dengar. Kisah itu, ini.. Belasah isteri, samun wanita, rogol dan macam-macam lah.. Paling dekat dengan aku, ada sorang brader yang tanya aku semalam. "Kau kutuk budak tudung labuh ka dalam blog kau?". Uih, dahsyat2.. tak pernah aku terpikir sampai ke situ. haha. Salah maklumat barangkali. Kalau ada aku mintak maaplah.

Terakhir dariku, kau hayati lah sepatah dua lirik nasyid WANITA by DEHEARTY:

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi"

So, boleh aku simpulkan yang Hari Wanita juga adalah hari ibu? Hargailah wanita sekeliling anda. Jangan buat awek je pandai.

Ahad, 7 Mac 2010

sambungan Diari Pak Tawang

ini bukan Pak Tawang. Ni aku snap di Kota Baru.


Keyakinan Pak Tawang mula goyah. Ingatkan nak lawan Berahim Jambu Golok takpun Mael Gendut, rupanya dia silap 100 percent. Percaturan politik Pak Tawang tak menjadi. "Selayaknya, aku bertanding AJK PIBG skolah acik je Yah. Boleh aku hentam fasal yuran takaful yang makin mahal tu.." kata Pak Tawang layu pada Mak Joyah, bininya yang sangat setia.

Tiba-tiba Mak Joyah menutup mulut Pak Tawang dengan jari telunjuk. Ala-ala boliwood gitu. Mak Joyah serahkan teks ucapan pada Pak Tawang. "Awak tenang saja.. Ni saya dah siapkan semua untuk awak. Manifesto pun dah saya pikirkan masak-masak. Baca dengan ikhlas je bang.."

Lepas meneliti teks tersebut, Pak Tawang tersenyum lebar kepada Mak Joyah. Gigi rongaknya disembunyi kan dengan bibir. Anak-anak muda yang ada berdekatan gembira dengan adegan tadi. "So romentik!" kata Marwan dan Aisya Gedik serentak. Marwan dan Aisya ni wakil dari persatuan Belia kampung Tuyu Beradong.

________________________________________________

"Saya akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda! Sekian, terima kasih." ucapan IR Riduang diiringi bunyi tepukan yang gemuruh dari penduduk kampung. "Hidup IR!!! Hidup IR!!" Jerit penyokong beliau. Masing-masing pakai T-shirt ada muka IR Riduang berpangkah.

Sekarang giliran Pak Tawang selaku pencabar terakhir. Kalau IR Riduang pakai kemeja berkot, Ustaz Aziz berbaju melayu lengkap hijau daun pudina, Pak Tawang rilek je pakai baju Pagoda putih berkain pelikat cap Tiga Manggis.

"Assalamualaikum.. (ucapan alu aluan).. Manifesto yang saya akan perjuangkan hari ini adalah 'Sepasang ayam! Sebuah Reban!' Untuk semua penduduk kampung Tuyu Beradong! "..

Diam menyepi..


Hanya bunyi cengkerik mengiringi ucapan Pak Tawang. Riak muka Makcik Jenab dan Makcik Melur dah mula menunjukkan ciri-ciri nak mengumpat. Mentang-mentanglah jadi ahli kelab penyorak untuk IR Riduang, keringat Pak Tawang yang pernah tolong jahit jala mereka, dilupakan begitu rupa.

__________________________________________

Ustaz Aziz dan IR Riduang terduduk kelu. Habis hangus wang pertaruhan. Rasanya ceramah-ceramah yang diadakan bukan main banyak sambutan. Tapi hari ini mereka tewas pada calon yang tak pernah ada poster hatta sehelai.

Korek punya korek, mereka berdua belum lagi berkahwin.. Mungkin inilah satu-satunya kelebihan ajaib pada Pak Tawang. Ibarat kata pepatah, "Berjayanya seorang lelaki kerana ada isteri di tepi. Awek kadang-kadang je".

"Hanya rakyat memahami jiwa rakyat". Ujar Pak Tawang semasa bersalaman dengan IR Riduang dan Ustaz Aziz.

Jangan main-main! Mak Joyah dulu grad sains politik Universiti Malaya! Beliau tahu analisis keperluan penduduk kampung. Sebab itu Pak Tawang peroleh undi sebanyak 89% dan diangkat sebagai Ketua Kampung hari itu. Lagipun Pak Tawang memang mesra rakyat dan selalu ada di kampung. Senang sikit orang nak buat aduan.

Perlu diingat, orang yang dah kahwin lagi afdhal jadi imam. kih3..-ujar Ustaz Aziz tersenyum.

Titipan pena: sekian, karya tak seberapa..

Jumaat, 5 Mac 2010

Diari Pak Tawang

Episod Satu

Ini bukan Pak Tawang lah!

Pak Tawang dah rasa kencing dihujung tanduk.. Bukannya sebab ada kencing manis, cuma berdebar tahap pokok kelapa. Maklumlah, kali pertama dan terakhir Pak Tawang cakap depan khalayak ramai pun masa pertandingan 'pantun rakyat' darjah lima dulu. Itu pun dah tergagap-gagap. Yang tu dah berkurun lah, lebih kurang 40 tahun lalu.

Hari ini ada event besar di kampung Tuyu Beradong. Bukan sembarangan. Tertulis pada kain-kain rentang dan backdrop di balairaya, hari ini adalah hari untuk 'Pemilihan Ketua Kampung Tuyu Beradong'. Tiga penjuru.

Politik bukannya makanan Pak Tawang! Politik yang beliau tahu pun cuma dalam Buletin Utama, takpun sisipan Utusan Jawi. Nak tengok setiap masa tak boleh kerana kesibukan berkebun, toreh getah dan macam-macam kerja kampung demi sesuap nasi. Tapi jauh disudut hati, Pak Tawang meminati salah seorang penganalisis politik merangkap pensyarah di UKM, Dr Agus.

Lain pula kisahnya Ustaz Aziz dan IR. Riduang , calon lawan Pak Tawang. Ustaz Aziz tu orang kuat dalam perikatan Dakwah USIM. Dengar khabar Al-Fadhil Ustaz antara MPP yang disegani di kampus dulu. Semayang pun tak pernah tinggal apatah lagi bersugi sebelum berwuduk. Orang tengok pun sejuk je paru-paru.

IR Riduang pula memang orang dahsyat. Duit berpuluh ribu dalam akaun bank. IR ni masa zaman 'student life', dia duduk nun jauh di Amarika Sarikat. Dalam profile facebook, IR graduate dari salah sebuah unibesiti handal. Saban minggu berulang alik ke Eropah. Sekarang pun masih begitu. Cuma pegangan politik beliau masih kabur.

bersambung..(kalau aku bilang bersambung maknanya esok aku sambung)

Cuba dengar Apa kata Kamera

Ini hasil kerja tangan bersama kameraburuk aku. Semua gambar di ambik di Pasar Seni. Aku rasa jiwa aku semakin suka Pasar seni.











+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cikgu aku suka belanja kuih ini.. Aku panggil 'Biskut Cotek'.


Yang ini lah biskut aku ceritakan haritu. Biskut ikan.


titipan foto: esok aku reply lah komen entri. sibuk sangat hari ini.. komen kau orang memang TERBAIK!



Khamis, 4 Mac 2010

Fail Rahsia Saya: Makan Pau dan cium awek.

Tadi senja aku pergi ke pasar malam area Taman Maju Jaya. Pidaus bilang nak beli singlet kaler hitam. Aku kurang keyakinan samada pasar malam ada menjual singlet zaman sekarang. Ternyata, hanya singlet hitam perempuan yang ada.

Dalam pencarian lauk pauk untuk disental, langkahku terhenti di satu gerai.. Gerai kuih Pau. Aku memang tak boleh tengok pau-pau ni. Nak je aku picit sekor-sekor.

Memori ku tiba-tiba melayang ke zaman persekolahan. Ya, semasa aku sedang berdiri depan gerai itu , pikiranku berbalik ke zaman lampau tanpa menghiraukan umat manusia yang lalulalang.

Aku mula digamit kenangan. ~~

Ketika itu aku masih mentah remaja. Tingkatan satu sekolah kampung. Kelab TaeKwonDo mengadakan aktibiti ke Pulau Pinang. Ketika perjalanan pulang (malas aku cerita aktiviti disana), kami berhenti di satu gerai untuk makan tengah hari.

Aku sudah kopai gila babi. Sen tinggal seringgit dua. Aku mula mencerap bintang di awan dan gunung dilautan. Akhirnya aku buat keputusan membeli pau yang dalam laci kaca tu. Pau Al-Ain ke ape namanya aku pun dah lupa. Maklumlah, orang miskin macam aku takkan nak makan macam orang lain.

Aku bawak naik pau ke dalam bas dan kemudian senior aku memberi satu tips yang paling best ketika memakan kuih pau. Aku yang mentah tak tau apa cuma mengangguk setia akan kata-kata senior itu.

Katanya, "KALAU KAU MAU RASA CIUM PEREMPUAN, KAU TRAI LAH CIUM PAU.. SERIUSS! RASANYA SANGAT BEST! DENGAN KEEMPUKAN KELEMBUTAN PAU PANAS SUAM-SUAM ITU, KAU AKAN MERASA INDAH.. SEBIJIK RASA MACAM CIUM PIPI SEORANG AWEK! "

Aku pun cuba cium pau yang baru aku beli itu. Panas-panas lagi.. Ternyata benar kata-kata beliau (walaupun aku tak pernah cium awek). Sampai ke hari ini aku buat pekara sama. Kau nak try? Beli lah pau sebatang dua.


Ni lah pau aku beli tadi. Lebih besar dari penumbuk aku. Harga pun berpatutan. Empuk. {Duit 5posen tu aku letak sebab nak suruh kau banding.}


~~Lepas habis aku mengimbau kenangan, barulah aku membeli pau berkenaan [pakcik tu dah pelik tengok aku berangan lama sangat.]

titipan pau: Hakim Pau [Cina] pun suka bersedekah kuih pau. Kau?

titipan pau: kau kawen nanti ciumlah bini@laki kau sepuas hati. dapat pahala lagi. Yang kau duk cium pegang skarang apahal? Aku sumpah jadi batu kang.

Rabu, 3 Mac 2010

Dialog Tika Embun Membasahi Bumi.

Kejadian berlaku awal pagi 3 mac 2010 usai aku pulang  melepak di sebuah mapley yang sedang nak menempa nama dalam arena per'mamak'an area Taman Maju Jaya.

Sedang aku baca komen entri di bawah, tiba-tiba mataku terpaku, terpana dan terpukau pada satu nama under golongan 'tulangrusuk' yakni list wanita-wanita pada aplikasi yahu mesenjerku. (Tolak campur, ada dalam 5 orang semuanya.)

Orangnya rock, sweet dan rilek-rilek. Keluar rumah tak pakai make-up pun. "Kecantikan semula jadi datang within yourself" ujar beliau satu ketika dulu. Aku memang kagum akan prinsipnya.

Apa lagi, aku terus tegur..

buzz!
aku :  tidur lah kentut
s      : lapa sampai takleh tido
aku : masak la 's' oi
s      : malam2 bunyi periuk mau kena hambat ngn pnyapu mak aku
aku : kau sorok la penyapu dulu
aku : masak megi takyah pakai periuk pun
s      : haha
s      : aku nak gi cr mkanan aa
s      : tlalu lapa
aku : nah
aku : [sambil hulur biskut ikan]


Amacam, tangkap leleh tak?

titipan berkilat: aku sengaja tukar sikit-sikit dialog berkenaan.. kang ada kena saman kang..theheheehe..

Selasa, 2 Mac 2010

Pondok-pondok: Buku Lima dan dot dot dot...

Pada satu petang yang permai, aku baring-baring di sebuah pondok kecil. Kepala berbantalkan lengan. Aku baru selesai dari bermain masak-masak (pondok-pondok). Ya lah, pegang watak ayah bukan nya senang. Kena pegi beli itu lah.. Ini lah.. Nasib baik daun bersepah-sepah konon-konon buat beli sayur-mayur.


Pondok dan awek remaja. Aku snap gambor ni dekat rumah.

Sedang aku rehat, datang sepupuku Mamat yang baru kena buli hidup-hidup dek budak perempuan yang kononnya ibu-ibu surirumah.. "Kalau aku cincang kepala diorang ni baru tau!. Asik nak membuli laki je kerja! Ayah aku takde pulak kena macam ni dek ibu!" luah Mamat padaku. Aku diam tanda setuju.

Dalam kesunyian, tiba-tiba Mamat berbicara lagi. Kali ini dengan sedikit wawasan.
"Weh, kau nak tau tak? Kita boleh cincang budak-budak pumpuan tu. Abang aku cakap, kalau nak buku lima kau tajam macam Wolberin dalam Ex-Men tu, kau kena asah guna jari.. Ha, macam ni. Urut sampai runcing." 

(Cara mengasah tidak dapat ditunjukkan dek kerana tak ada gambar.)

Aku asah buku lima ku saban waktu. Hari demi hari.. Kalau keluar tulang tajam dari buku limaku, dapatlah aku balas dendam kat Sameon, pengawas yang suka menjentik aku. Takpun buat senjata perlindungan dari budak perempuan yang ajak main masak-masak. Biar kali ni dia orang pulak yang kena beli sayur. Kah Kah Kah!!

Kadang-kadang sampai menelas kulit buku lima ku. Bagaikan menunggu result SPM.. Penantian ku tidak membuahkan hasil..

Aku mula rasa tertipu dan nak mengamuk! 

*
*
*
*
*
*
*
*



Mulai hari itu aku asah buku lali pulak. Dan aku masih memegang watak ayah bila bermain pondok-pondok. Macam Setan..

titipan senja: Kalau pagi bangun-bangun batuk berdarah. Apa maknanya?

Isnin, 1 Mac 2010

Blues Untuk Beliung

Kupu-kupu naik dengki..
Bila si Rama-rama dipuja dipuji..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Teringat pulak zaman darjah satu dua dulu. Aku selalu bermain-main di rumah jiran. Alah, jiran aku bukannnya orang lain.. Sanak sedara jugak. Antara permainan paling 'rugged' ialah menangkap beliung. Oh, dalam bahasa key el nya, pepatung (dragonfly). Ha, macam Sponge bob dan Patrick tangkap obor-obor tu..

Permainan ini diperkenalkan oleh sepupu sepapat ku yakni Nasqun dan Ihjat. Nama dah macam zaman firaun lah pulak. Biar la.

Cara menangkap nya adalah menggunakan sehelai jabir (plastik) dan sebatang kayu. Kayu ikut pandai kaulah nak panjang mana. Ikatkan hujung plastik berkenaan pada kayu, kemudian kau cari dan tangkaplah beliung sesuka hati.


Maap, aku tak ada gambar beliung. Gambar labah-labah ni pun boleh lah.

Kebanyakan beliung biasanya suka hinggap di ranting rumput. Bukan hinggap didahi. Aku dan rakan sepermainan selalu bertanding siapa paling banyak menangkap beliung. Kalau dah tangkap, aku biasanya meletak beliung-beliung berkenaan di dalam sarang ikan. Oh, akuarium.

Pada suatu malam yang hening, aku bermimpi dikejar beliung yang membawa jaring untuk menangkap aku. Mimpi itu amat menggerunkan sanubari kanak-kanak seperti aku. Muka beliung itu putih sambil menggertap giginya. Mulai hari itu aku sudah menyesal dan bersumpah tidak mengulangi penangkapan beliung lagi. Aku lepaskan semua beliung sambil memperdengarkan lagu 'satu labah-labah, cuba panjat tinggi.. bila hujan turun, labah cepat lari..'

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kupu-kupu naik dengki..
Bila si Rama-rama dipuja dipuji..
Jika pepatung digari..
Hilanglah seri alam ini..

titipan iklas: aku tak reti menulis la. waduh2.. blogwalk pun tak reti.