Isnin, 19 Disember 2011

Aku Bukan Seorang Pengawas

"Aku bukan pengawas sekolah!" Demikian kata-kata aku.

Pengawas merupakan sebuah badan yang dianggotai pelajar-pelajar yang bertujuan untuk membantu guru dalam membentuk sahsiah dan disiplin para pelajar lain. Di samping kemahsyuran yang terjamin, pengawas juga akan menjadi tangan-tangan bagi guru dalam menyelesaikan progrem-progrem yang ingin diadakan di sekolah.

Pengawas diberi banyak kelebihan berbanding pelajar biasa. Contoh yang aku berikan ini adalah berkait rapat dengan pengawas di sekolah sekolah berasrama. Antara kelebihan seorang pengawas adalah: -
baju kaler lain dari pelajar biasa (standed: biru), boleh datang lambat atas alasan mengecheck dorm dan menjaga pagar, mendenda pelajar yang tidak mematuhi arahan, menjaga kelas-kelas sewaktu cikgu ada meeting, makan awal ketika rehat, tidak perlu pergi prep petang mahupun malam kerana kononnya menjaga kawasan asrama, dan lain-lain.

Kat sekolah dulu, aku perhatikan, untuk menjadi seorang pengawas ada beberapa cara:

1- Papa dan Mama mu orang kuat PIBG.


Ya, aku utamakan yang ini kerana kes seperti ini adalah 'jarang' terjadi di sekolah aku dulu. Pelajar-pelajar seperti ini kebiasaannya disukai guru hal ehwal murid. Mungkin kerana poket student berkenaan penuh dengan wang ringgit. Atau mungkin juga pelajar berkenaan benar-benar bagus dan mantap dalam disiplin. Yang pastinya, hipotesis aku ni adalah sangat benar dan terbukti kerana kebanyakan anak orang kuat PIBG akan menjadi pengawas dengan senang.

2- Engkau anak dan 'anak' cekgu.


Manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasik. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi berikut. Secara fakta, 80% daripada anak cekgu bakal menjadi pengawas. Dan 'anak' cikgu pula merujuk kepada kaki bodek cikgu. Hahaha.

3- Result engkau cemerlang terbilang

Mempunyai rekod keputusan cemerlang amatlah tidak dapat dipisahkan dengan pemilihan seorang pengawas. Namun agak malang bagi cikgu sekolah aku kerana kebanyakan pelajar cemerlang adalah golongan nakal. Kih3.

4- Mengikuti progrem penapisan - (Yang ni 'pure' punya pengawas-Aku respek)


Di sekolah aku dulu, progrem penapisan pengawas dijalankan warden asrama. Mungkin kerana mereka lebih dekat dengan pelajar, warden asrama boleh memerhati tingkahlaku seseorang untuk dipilih masuk ke progrem penapisan. Progrem penapisan dimaksudkan adalah pelajar yang dipilih akan dipanggil oleh lembaga disiplin untuk diberi beberapa temuduga dan ujian. Biasanya pelajar banyak berhipokrit disini.


5- Pelajar baru masuk masa Form 4



Yang ni memang golongan terpencil. Dek kerana ketidakcukupan pengawas, pihak sekolah biasanya akan menambah pengawas yang diambil daripada pelajar tingkatan 4 yang baru masuk. Mungkin kerana result PMR yang mantap mereka akan diangkat serta merta sebagai seorang pengawas.

Di sekolah aku, bilangan pengawas adalah terhad. Bukan suka-suka nak jadi. Ini kerana setiap batch ada kuota dalam 5 orang lelaki 5 orang perempuan sahaja. Barangsiapa yang terpilih memanglah sangat untung.

Namun demikian, kebiasaannya pengawas di sekoleh aku banyak dibenci segelintir umat manusia. Ini kerana mereka bimbang kesalahan yang dilakukan akan direport oleh pengawas-pengawas skema. Sebab itulah wujudnya dua kelompok pengawas iaitu pengawas skema dan pengawas bermasaalah. Yang bermasaalah itu wujud atas sebab dia back-up member sendiri. Hahaha.

psst: aku tulis berdasarkan pengalaman aku di sekolah menengah aku dulu la kan. Bukan di sekolah menengah kau, orait? hehe.

Selasa, 13 Disember 2011

Randomnya



Sori le ye geng, taktau nak apdet hapekebenda. haha.

Khamis, 8 Disember 2011

Memori Yang Hilang: Pantun

pst: Pertamanya takziah diucapkan buat sedara shahrulnaim. Ataupun dikenali Deus. Kehilangan seorang ibu memang memeritkan.

________________________________________________
Arwah mak aku dulu suka berpantun.
Pantun dia memang straight to da point.
Antara pantun paling aku ingat ialah bila ada antara kami adek beradik bercakap besar.
Pantun dia berbunyi:

"Cakap besor, berak berteman."

Simple, tapi mendalam. Maksudnya, seseorang tu cakap je besar. Tapi bila nak pegi berak, dia ajak orang laen temankan. Paham kan?

eh, pantun ke tu? hehe.

Baik nangka dari cempedak,
Baik ada dari takdak.

-Yang ni pulak pantun yang mengajar supaya bersyukur dengan apa yang ada. Huih, pantun ni aku boleh hapal dari umur 9 tahun sampai sekarang.

Isnin, 5 Disember 2011

Video untuk kita: Knowing Your Origin

Sebelum bizi melanda ni, ingin aku bingkiskan buat para pembaca blog ni dengan sebuah video hasil bikin member-member aku. Sebuah video tentang kejadian manusia dari sudut pandang Al-Quran dan Sains.

Video ini baru saja siap dan ia satu projek murni yang mencampurkan klip video dari You Tube dan video sendiri berasaskan potongan ayat dalam surah AlMukminun (ayat ke 14).

Semuga memberi manfaat dan selamat menghayati kehebatan ciptaan Tuhan.




"If there is a creature, there must be the creator. As Muslim, we believe that Allah SWT is the Greatest Creator. His creation is so complex and unique. One of His best creature was us! Human.

Allah SWT mentioned in Al-Quran how He created human from one stage to another. (Refer to Surah Al-Mukminun verse 14). This verse was proved rightful by scientist.

This short video made in completion of Islamic Knowledge & Science course project. The video explains the stages during human creation. Hopefully, we can realize and understand the greatness of Allah after watching the video." -Dari penerbit video-

Sekian, terima kasih.

pst: Bila aku tengok video ni, aku rasa nak belasah je orang yang buang anak merata-rata. Ingat senang ke penciptaan seorang bayi tu? Kalau bayi tu boleh dicipta guna mesin lain la.
pstt: slamat berasyura!!

Jumaat, 2 Disember 2011

BENCIKAH ANDA DENGAN ORANG KOMEN TANPA BACA ENTRI BLOG ANDA?

Isu ni dah lama bertapak dalam dunia blog. Macam hampeh. Aku penah kena benda macamni. Banyak kali. Orang serupe pulak tu yang buat. Hahaaha. Bukan ape, klau nak komen tu biarla berpada. Kasi kena sikit komen dengan entri kan. Ni kalau dah terang2 benda tu dalam entri, dia boleh plak tanya-tanya kan? Ni contoh yang aku ambik dari http://azfar9897.blogspot.com. Isunya mudah.. Penulis buat entri pasal BIODATA NAZMI FAIZ. Ya, BIODATAA.. Perhatikan betul betul:



Kemudian penulis siap bagi tau tempat lahir dan asal si Nazmi tu:


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ada sorang ni komen::::::::::::



I was like:

Are you freaking serious shitbrix??

BOLEH PLAK TANYA DIA ORANG MANA????? ORANG MANA TANG MANA LAGI WOI? BACA BIARLAH HABIS. WAKLU BETUL.

PST: Aku tak heran kalau lepas ni ada lagi orang komen yang tak selari HATTA kat entri ini sekalipun. Boleh jadi nanti ada yang komen "hensemnye Nazmi" kat entri ni.

Ahad, 27 November 2011

Mana posisi kita?

Seseorang yang baik selalu digambarkan dengan perkataan-perkataan berikut:

Sebaliknya, yang tidak elok kebanyakannya:

Tapi ada yang mengambil keduanya... ataupun boleh dikatakan overlap:

Contoh yang kita selalu dengar:

"Eh minah tuu.. Semayang tak tinggal, tapi mulut macam puaka"
"Eh dia tu.. Aurat tak tutup tapi baik gila."
"Eh mamat tuuuuuuuuuuuuu.. Penyayang, hensem, pakai kopiah, tapi ego nokhorom"

Dan lain-lain.

Jadi, dimanakah posisi diri kita sendiri?
Dan posisi manakah kita PATUT BERADA?

"mana ohh mana" - lagu Aizat tibatiba berkumandang.

Selamat menyambut maal hijrah.


psst: mana perginya April-Apairofeye dot blogspot??Kalau ada sila angkat tangan. huhu

Sabtu, 26 November 2011

Hopeless, Not Sleepless.


Dan janganlah terlalu mengharap yang lebih.


Apa ke taik tajuk tu aku pun taktau. haha.
puah hati karok tarik lagu dipenjara janji. kih3.

Selasa, 22 November 2011

FILEM ROCK 2 Bakal mengerock 2012






Ingat lagi Rimba Bara? Malaikat Maut? Zack? Black?
Yeah.. Mamat Khalid dah bikin Rock II dan akan ditayangkan agaknya dalam bulan Mei 2012.




Kumpulan Wings (Bukan Ori Hhehe..)



Rimba Bara


Kumpulan B.P.R (Juga bukan ori)


SYJ (Sofea rasanya , tak ori jugak. Cuma yang ni memang band. Namanya Super Kinta- Antara band terkenal Ipoh)



Malaikat Maut

Masyarakat rock


Rimba Bara (semart tuu kasut aliph)

Semua gambar dan info diambil dari FACEBOOK ROCK II

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum berundur, ni bingkisan untuk anda

Angry Tiger Trend Skarang.
Tahniah Harimau. Anda buktikan warna jersi bukan satu halangan untuk menang!

Rabu, 16 November 2011

MS Paint: Gadis

Antara lukisan paling payah adalah melukis gadis. Tapi hakikatnya adalah lagi susah untuk men'tackle' gadis. Kehkehkeh.


prev

Dalam lukisan kali ni aku cuba pelbagaikan penggunaan warna. Biasa aku maen letak 1 kaler je untuk bayang. Yang ni aku try letak 2. Haha. Nasib baek MS Paint baru ni ade tool untuk brush berbeza-beza. Jadi kita punyai banyak pilihan seperti oil brush, krayon, dan waterkaler.

sketch 4

Isnin, 14 November 2011

Anak pakcik kedai air

Anak pakcik kedai air tu lawa sebenarnya. Ramai yang tak tahu sebab dia berpurdah. Macamna aku tau dia lawa?

Aku penah tengok dia bukak purdah lepas semayang dekat surau kafe suatu hari dulu.

Secara tak sengaja.

Jumaat, 4 November 2011

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hinggap sini sana

Perak merupakan negeri yang banyak tempat menarik dan bersejarah. Rugi kalau tak explore. Ni antara gamborgambo dari member aku. Banyak lagi gambar, tapi stakat ni je dulu ye.

1) Stesen keretapi klasik Ipoh

SAM_4813

2) Tambun Hotspring (Kena ada appointment baru buleh masuk..)

SAM_5289
Belakang tu kuil.

3) The Lost World of Tambun (RM 1-Parking)

SAM_5425
suke btul aku gambo ni. Macam kat Itali. Haha

SAM_5368
Ada dunia yang hilang didalam ni.


4) Bukit Kledang, adik kepada Gunung Ledang - Highest Point (Deepavali)

SAM_5633
One of da best xpdc so far.


SAM_8467
U can see Ipoh from up here. Kih3.

SAM_5662
Rugi betul xda gamba di highest point.

5) Air Terjun Ulu Licin (Right after xpdc. peh.. sejuk.)

SAM_5977
Nice picture. Candid molek.

Some story u can refer to: My fren's blog
Kamera oleh : SAMSUNG yed n pah.

psst: Banyak lagi tempat menarik di serata Malaysia. Antara nak ke taknak pogi je. hehe..

Khamis, 27 Oktober 2011

Hatiku Tergendala di Senegal (Babak 1)

noy


Pada kedamaian malam, Michael dan Tina Bitina berasmara di padang rumput sambil melihat kecantikan malam. Mata mereka terpasak pada bintang-bintang di dada langit.


Tina Bitina: I lav you Michael! More than everything!

Michael: Ye ke? Eh.. I tengok buruj tu seiras muka you lah baby.

Tina Bitina: Mana? Yang diufuk utara ke selatan?

Michael: Utara ke selatan I taktau lah. Yang pasti, yang dikanan ni. (sambil menjuih bibir)

Tina Bitina: Oh.. Tapi I tengok buruj tu macam pig la baby..

Michael: Hm.. You baru tau muke you macam tu?

Tina Bitina: I hate you Michael. More than everything!


mspaint..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tahik Tahik Cinta

Diadaptasi dari filem Ayat2 Cinta.

Modio Enterteingmen dengan bangganya mempersembahkan:
Tahik-tahik Cinta

Mengisahkan Mat Jani, seorang jejaka kaya tapi bongok yang meminum air arak lantas ingin melamar Husna, anak Ustad Hakimi dalam keadaan mabuk. Husna memberikan syarat supaya Mat Jani berhijrah kalaupun mahu meminangnya.

Syarat berkenaan dipenuhi Mat Jani dengan berhijrah melalui perpindahan rumah dari Keramat ke Wangsa Maju semata-mata. Bukannya berhijrah kepada kebaikan. Itulah akibatnya apabila kedangkalan akal dan nafsu menguasai diri.


tah

Mat Jani tidak berpuas hati lantas mencuba untuk merogol Husna ditepi jalan dekat dengan Tesco Wangsa Maju. Labu, seorang pondan yang melalui kawasan kejadian telah menyelamatkan Husna dengan membaling tas tangan kulit buayanya ke arah Mat Jani.

Labu akhirnya berubah menjadi lelaki sejati serta menukar nama kepada Joe Labu setelah pulang ke jalan yang benar. Joe Labu telah berjaya memenangi hati Husna lantas dikahwinkan.

Jani yang frust menonggeng setelah dikalahkan pondan akhirnya membunuh diri. Dahla Husna tak dapat, kalah dengan pondan pulak tu. Sifat Mat Jani itulah yang dikatakan seperti 'Tahik Tahik Cinta'.

Pandang Boleh, Makan Jangan.

Sekian..



Tool: Paint dan sekelumit idea.

Rabu, 19 Oktober 2011

Gabba Gabba! Lambat Layu wehhh

Lambat layu. Sebuah lagu yang aku dengar dalam radio, pastu aku rasa macam 'watdehel, simple gile lirik lagu die!' Aku pun cari dalam yutiup. Kumpulan yang nyanyi lagu ni nama die Gabba Gabba! Gabba tu apebende aku pun taktau.

Ni lah video die. Stailo jugak klip video ni.




Ni lirik dia:

Lihatlah awan bergerak laju
Lihatlah matahari tenggelam timbul
Aaaaaa

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Pastikan semua bergerak laju
Janganlah tunggu-tunggu
Lambat layu

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Amacam? Senang tak lirik lagu ni?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Pengalaman Seram Saya Sewaktu Menonton Bolasepak di Stadium

Semalam (14 Oktober 2011) saya dan rakan-rakan saya pergi ke Stadium Perak untuk menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Malaysia diantara tuan rumah, Perak, versus Selangor. Selangor datang ke Ipoh berbekalkan aggregate 3-1 yang mana jaringannya sudah berkondisi selesa untuk mara ke separuh akhir.

Kami tiba disana lebih kurang dekat dengan waktu maghrib. Apabila tiket sudah dibeli, kami pun bersiar-siar lah disekitar stadium sebelum menunaikan solat. Semasa membeli-belah di kawasan itu, ada antara kawan saya yang membeli jersi dan beraneka cenderamata mengikut pilihan masing-masing lah kan.

Dari Nogori, Ganu, Johor, Klate, Selangor, Perak.. Real Madrid, Semua ada. Satu Malaysia!

Memang seronok lah pemandangan serta suasana di stadium. Kita dapat melihat pasukan penyorak negeri masing-masing menyanyi dan menari lagu-lagu semangat. Rata-rata kawan saya ni belum pernah menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium. Niat kami datang adalah untuk seronok-seronok sambil menikmati perlawanan.

Namun panas tidak selalunya cerah dan mendung pula tidak selalunya hujan. Kejadian-kejadian yang tidak terduga telah menimpa kami. Kawan saya yang memakai jersi Selangor telah bertemu dengan kesukaran setelah beberapa penyokong fanatik pasukan tuan rumah telah 'menyerang' mereka. Ada sorang brader tu menjulang-julang jari tengahnya sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada kawan saya yang menyokong pasukan Red Giant itu.


Kawan-kawan saya itu juga telah di sorak untuk membukak jersi Selangor yang dipakai itu. Kawan-kawan saya sangat berdebar ketika itu. Nak marah kang, bimbang apa-apa buruk akan terjadi. Jadi kawan saya itu mengambil langkah berdiam diri sambil tersenyum sahaja.

Didalam stadium pula, lagilah bermacam-macam jenis ragam manusia yang kita belum pernah lihat berlaku. Kalau sebelum ini kita dapat menyaksikan penonton membaling mercun dan botol hanya dikaca televisyen,kini kita bisa menyaksikannya secara live.


Kawan-kawan saya yang menyokong pasukan Selangor berpisah daripada yang menyokong Perak kerana bimbangkan keselamatan. Stadium Perak malam itu seolah-olah perlawanan akhir kerana dipenuhi hampir 100peratus. Suasana malam itu sangatla meriah dan tegang. Kompang dipalu, gendang diketuk, gelombang Mexico, trumpet, dentuman mercun, suara aweks, dan lain-lain seolah-olah tiada lagi hari esok.


Matlan, Laden dan Jimmy (btui ke namo ni? xtau lak. heehe). Nampok blakang tu? Penuh wo

Penonton Perak yang tergamam dengan jaringan 1-0 Selangor tiba-tiba tak berpuas hati dengan penyokong Selangor yang berada di satu island (penjuru) lalu bertindak ganas dengan membaling botol dan sampah sarap. Kawan saya yang berada ditempat kejadian sangatlah bingung akan kejadian berkenaan. Iya lah, bimbang juga apa-apa terjadi. Ada yang kelihatan seperti sudah dirasuk 'hantu bola'. Mengamuk tak tentu pasal. Lagi bertambah membingit apabila satu daripada empat lampu spot terpadam. Penyokong membising-bising mungkin kerana marahkan Tenaga Nasional Berhad.

Sewaktu perlawanan sudah habis dengan kemenangan Selangor, penonton bergaduh seperti rusuhan besar telah berlaku. Ada yang bertumbuk dan ada yang dibaling mercun. Dah macam perang jadinya.

Kesimpulannya, nilai-nilai Satu Malaysia belum dipupuk dengan sebaiknya kerana kita dapat lihat rakyat kita bergaduh dan mencerca sesama bangsa hanya kerana SEBIJIK BOLAAAAA... Sokong, sokong lah jugak tapi tak payah la sampai taksub dan fanatik gilababi. Macam orang takde akidah. Ohh tanah airku..

pst: tahniah Ganung. Nellang Molek Awok kite.
SMUA GAMBAR DIAMBIL DARI FESBUK

Isnin, 3 Oktober 2011

MS Paint : Manusiawi

MS Paint

1st dwg, tajuk: Kitar Manusia
Tentang lukisan: Hidup yang bermula dengan sebuah kelahiran, dibesarkan dengan didikan, berdikari, aku dan duniaku, alam pekerjaan, perkahwinan, dan alam tua..


kitar manusia


2nd dwg: Sepasang kapel Di Malam Hari
Tentang lukisan: Dikala penduduk sedang tidur, mereka memulakan projek di depan court futsal bersaksikan sebuah motor dan rumput rampai..

bodoh? mereka ada akal.
koupler