Khamis, 16 Jun 2011

CHOW SING CHI 周星馳

STEPHEN CHOW (CHOW SING CHI) 周星馳





Nama yang cukup dikenali seluruh asia. Bukan Asia saja, malah seluruh dunia. Lakonan dia memang bersahaja dan setiap tingkah laku mesti je ade lawaknya. Ade segelintir pelakon di Malaysia yang cuba jadi macam dia, tapi tak leh lawan bebbbb. Haha. poyo je lebih.


Aku tak tau ni mimik wajah amende. ahahahah.

Stephen Chow ni bukan takat pelakon, dia jugak seorang pengarah yang berjaya. Aku rasa lah, dia boleh masuk dalam senarai top 100 manusia paling berpengaruh. Haha. Pengaruh tang lawak kreatif dia la. Bukan pengaruh laen. Bukan ape, kalau tengok muka pun aku dah nak tergelak. Hahahaha. Walaupun dia cakap Bahase Cina, dia punya body language tu memang power habeh.


Masuk majalah Time pun muka takleh blah.

Mase aku kecik dulu slalu tivi rtm yang maenkan crite-crite lakonan dia untuk golden dregon ke ape tah nama slot tu. Slot cite Cina malam-malam. Memang best lakonan dia. Kalau tak silap, dia berlakon dah lebih 20 tahun. Bermula dengan watak sampingan. Sebab zaman 80-an tu kalau nak jadi pelakon utama, kena berbadan tegap dan hensem (macam Chow Yun Fatt).


Disebabkan itu dia jarang dapat jadi watak utama. Hehe. Tapi lepas beberapa tahun tu, banyak produser yang tertarik dengan lakonan dia. Antara filem-filem lakonannya adalah God of Gambler, King of Beggar, Fight Back To School, Royal Tramp, From Beijing With Love, A Chinese Odyssey Part 1 dan 2, King Of Comedy dan macam-macam lagi. Semuanya best!


Bertitik tolak dengan pengalaman yang ada, dia mengarah filem yang nyata memberi impak besar pada industri filem masa tu. Filem yang lawak tahap dewa, Shaolin Soccer pada 2001.





Orang kata, dia ni kat luar garang.Hehe.

Dan pada 2007, dia telah membuktikan kehebatan lakonan dia dengan memegang watak ayah dalam cite CJ7. Memang laen habis gaya lakonan dia. Tapi lawak still ade. Hehe. Cume cite ni sedih la sket sebab ada satu adegan tu dia jatuh dari tempat tinggi sampai mati.


Memang aku admire la dengan lakonan dan pengarahan dia. Sampai ada sesetengah pihak memanggilnya dengan gelaran 'genius'. Hehe.

34 ulasan:

Cik F berkata...

aku pon suke! siap hfal lagu shaolin soccer tu ha

aque berkata...

suke cite bola tu.. tgok banyak kali pown besh juge... huhuhuhu

mmg genius :)

wanita mutalib berkata...

fight back to school.. uuu..mai peberet..

shaolin soccer... mmg tak bley blah.

ya. such a genius man. :)

Ceiler Mun berkata...

sama la.. saya pon suka gak kat STEPHEN CHOW ni... sebab lawak dia tu memang bersahaja.. tengok muka dia pon dah boleh tergelak ^^

adey manis berkata...

x sgke ko pun minat stephen chow jugak. star kot die nihhh he3

fadh ^_^ berkata...

ohoh. aku suke giler die :D
dah lah hensem. ehem.
dan aku suke giler cite cine.
hehe

teha berkata...

stephen chow mmg lawak gile.. suke tgk die berlakon.. hehe

a little less conversation berkata...

hurmm..aku assume muka ko mesti de mirip2 stephen chow wlaupun tang lobang hidong je..haha

Awkward April berkata...

terbaek.. shaolin soccer best gile kot.. hehe

habsahharun berkata...

air mata menitik tgk cj7 tu woi.

Tanpa Nama berkata...

Chow Sing Chi

masa kecik2 abang aku panggil Fatt Chin Choy

situ asal nama Ah Fatt

sharamli berkata...

assume muka OL p0n mirip2 jugak la.. *amek hati*

beautiful_rose berkata...

aku minat betul dengan dia...cerita lakonan dia sume lawak selamber.... =p

dochi berkata...

dia ni hensem . kikikii .

Farihah Ahmad berkata...

product dia ada signature yg lain. syiok aku.

Pyka Rahmat berkata...

kadang kadang cerita dia aneh mcm cj7 tu eeee takpatut takpatut. haha

putera aftus berkata...

dia ni from zero to hero. bukan kabir zero kabir hero.

oranglidi berkata...

kakpah,
-hahaha. lagu tu lawak do. tengok smpai kluar air mata gelak.

aque,
-haha. memang best cite tu. jalan cite pun menarik gile.

wanitamutalib,
-hehee. fight back to school tu memang awsome. hehe.
-yup2. gnius dan gila2.

bella,
-tu a pasal, muka pun da lawak gilo. dan cool.

adey manis,
-mesti a minat! mane leh x minat. hehe.

fadh,
-hensem tu satu hal. lawak plak tu.
-dulu ak pminat drama2 cina kt tv. tp skang da xda tv. kurang le layan. hehe

teha,
-trimas sudi snggah.
-hehe. sape2 tinguk dia msti gelak dol.

allc,
-hahahahaha. pejadahnye. mana ada sama. persamaan aku dgn dia, kami lelaki. hehe.

paen,
-hehee.. mmg trbaek stephen chow. jejaka pujaan.
-shaolin soccer antara filem epik.

habsaharun,
-hehe.. mmng sedih cite tu do. dia mengajar erti kemanusiaan. hehe.

rozami,
-ler, patut la nama ko fatt. hehee.
-tapi jauh la beda nya. hehehee.

sharamli,
-pejadahnye. hahaha

beautifulrose,
-slamber kan? gila la..

dochi,
-yup. ada signature yg unik. tapi kalo ko prasan, dia macam produksi afdlin shauki tu. ada kroni trsendiri. hehe

pyka,
-awat tak patut lak. hahahaha. best kot cite tu. trutama masa cikgu tu tanya anak dia. nak keja apa. dia slamber jawap nak jadi org miskin..

putra aftus,
-kabir zero tu aku lum tinguk. haha
-camni la nak jadi pelakon. dari kosong. bukannya jenis lobi2 orang. hehe

-li.zue- berkata...

disebabkan dia ni actor cina,
so automatically masuk dlm aku punya list, pelakon lelaki yg best. haha


shaolin soccer n cj7.
suka gilak! :)

nway.
yg ni, http://berjalandisini.blogspot.com/

erk.blog kau ke lelidi?

[z@ck] berkata...

dia ni memang legend!

vampire's lovex berkata...

aku suka shaolin soccer !!

pmpuan botak tu cun..*pehal aku ingt pelakon pmpuan dia je...

oranglidi berkata...

lizue,
-hm, bukan2. tu bukan blog aku. first time aku bukak blog tu td.

zack,
-btul2. legend foreber.

vampire,
-pmpuan tu cun tapi bile die mekap2 tu da jadi x lawa. hehe

cimöt berkata...

betol2!!!dia punye gaye mmg unik laaa..aku suke!!dan citer dia xpenah menghampakan lg..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa cj7 filem dia yang aku tak gelak sakan pasal tu citer sedih...
yang lain2 mmg lawak gler.

Tanpa Nama berkata...

Aku lagik kagum ngan dia ni kalo dia pnggil ko belakon skali dlm pilemnya .. pergh..mmg kagum tahap dewa .. ;P

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti..shoalin soccer dia buat gusi jiran aku tk kering!!

oranglidi berkata...

cimot,
-hahaha.. btui2.

ax,
-ha, yang tu paling sedih dia blakon. x mcm cite laen

arr,
-haha. kalu aku blakon aku cakap malay la.
-jiran je ke yang tak kering gusi? hahahaha.

e. indah berkata...

memang fevereeeetttt lah dia ne ...dr dulu lagi ...layak kering ...mukanya saja buat ketawa 2 hari tak henti wakkkaka...

oranglidi berkata...

eindah,
-amboi, sampai 2hari tak brenti gelak.

feyza berkata...

eh abang aku..laa~

feyza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
oranglidi berkata...

miscell...,
-trimas ye singgah sini.
-haha, abang ko ke? ko lawak cam dia x? hehe

nada hanis berkata...

aku ada cerita fight back to school tu dalam external hard disk aku. semua. tapi tapi tapi hard disk aku dah mati. huk :(

ya, dia ni best.

oranglidi berkata...

nada,
-ish2. ksian. payah gak ye kalu rosak. takde bekap ke