Rabu, 1 Jun 2011

Sang Jagat dan Haiwan-haiwan



Mentadak mentadu berlari-lari seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tupai darat dan laut yang dari pagi sibuk mencari biji-biji kopi juga berlarian meninggalkan bahagian utara hutan itu. Hanya yang sempat dicapai sahaja yang dibawa lari bersama.

Tenuk dan cipan lagilah menggelabah. Baru sahaja mahu menikmati sajian tengahari sudah terpaksa menyorok. Semut-semut hanya mampu bersyukur, nyaris sahaja dimakan tenuk dan cipan tadi. Namun, terus berkejaran menuju ke lubang-lubang dan celahan pokok untuk mengelak musibah. Apakan tidaknya suara paling digeruni umat haiwan itu sudah mula bergema.

Hadiran Sang Jagat sangat digeruni segala jenis haiwan di hutan hujan tropika itu. Sang Jagat sangatlah kuatnya. Renungan matanya yang tajam bagaikan damak menusuk ke pusat. Kegagahan Sang Jagat sangatlah tiada tolok bandingnya.

Pernah Pak Kancil ingin menentang dengan tipu helah kerana dalam hutan itu, beliaulah yang paling juara dalam percaturan minda. Namun hampa. Sang Jagat rupa-rupanya bukan sahaja gagah pada fizikal namun kebijaksanaan mentalnya tidak terlawan. Ibarat kata-kata pendeta,
"Dua daun yang nyaring mampu mengalahkan tajamnya belati".

Habis semua ikhtiar haiwan yang ingin merampas takhtanya. Kerana pada hemat mereka, Sang Jagat memanglah kuat tapi penuh dengan sifat-sifat busuk hati seperti amalan pilih bulu, rasuah rimba, dan ketidakadilan ekonomi. Bayangkan, pemilihan pekerja di istana Sang Jagat juga mengamalkan kronisme!

Bagi haiwan-haiwan lain, pemerintahan Sang Jagat sudah keterlaluan dalam tempoh dua tahun memegang tampuk raja rimba. Kini sudah masanya Sang Jagat berundur. Tahun ini haiwan-haiwan sudah bersepakat menghantar Anarki, seekor cacing untuk beradu tenaga dengan Sang Jagat. Menang kalah, diserahkan pada yang Maha Pencipta.



Mampukah Anarki menewaskan Sang Jagat?


pst: ini entri ulangan.

12 ulasan:

Unknown berkata...

sang jagat tu siapa ?
tolong lah jangan cakap ni cerita kanak-kanak tadika..

bact. berkata...

makan dalam neh
kena bnyk belajar g baru boleh paham kan

gua syak sang jagat tu mcm kerajaan sekarang kan??

dochi berkata...

uuuu~
tak melayan la cerita si jagat ni .
dah lapok .
hikhik .

beautiful_rose berkata...

kecil jangan di sangka lemah.
besar jangan di sangka kuat.

zonaku berkata...

sama kah cacing n lintah?
samakah cipan dan tenuk? tapir lak camana?


sang jagat rimba pastinya satu hari kelelahan mentadbir..... saat semuanya sudah hancur menjadi padang jarak padang tekukur barangkali

EN.ROBOT berkata...

terganggu sket minda aku pepagi ni bace entry ko...

oranglidi berkata...

april,
-sang jagat ni satu nama yang aku pun belum sure nk ltak bnatang ape lg. haha. ni bukan crite tadika.

bact,
-dapat gak ko paham ye? sep sket.

dochi,
-ade ke cite sang jagat sblum ni? hahaha

beautiful ros,
-yeah! btul. macam cite juvana tu. daim pasti menang.

zonaku,
-tak sama. smua x sama. haha
-betul2. sampai satu masa sang jagat pasti tua.

enrobot,
-oho. bagus le. boleh membantu aliran darah dalam otak. hehe.

e. indah berkata...

aku mo sokong c jagat, biarlah walau aku rasa c anarki boleh menang ..tapi biarlah aku sokong c jagat, aku masih mahu gerun pada renungan matanya...sebab nanti kalau c anarki menang, amboi betapa nanti dia megah ...

Mutiara Bernilai berkata...

eheh.

Anarki!

sudah lama benar tampuk kepimpinan itu,,sudah ramai juga marhaen yg sudah bagun menjadi anarki..

aish!

fighto anarki!

oranglidi berkata...

eindah,
-huhu.. pndapat yg brbeda.. ada btulnya tu. mcm sstengah pmimpin arini. dulu ckp laen skang buat laen.

mutiara,
-huhu.. moga masyarakat marhaen lah yg mngambil alih tampuk kpmpinan.

vampire's lovex berkata...

cerita dongeng mana nih? takde dalam buku sejarah pon.. ahahhaa.

pemilihan pekerja di istana ikot kronisme? bersepah kot dalm sistem kita..bukan kat rimba je..asal ada sedara ko kenal dengan mana2 kompeni,memang senang je nak dapat kje tu. hmmm.

mari lah ke rimba.. ehh haha

lin jade berkata...

alamak...nape xpaham erkkk...
sangat puitisss kan....
mase tulis entri nih, msti ngah tgok flora n fauna jerr..hehe