Selasa, 28 Jun 2011

Demam Piala Dunia (Perempuan)

Ramai yang tak tau skarang ni tengah berlangsungnya piala dunia untuk pompuan.
Rugiii rugiii.. (hehehehehehehehehehhehehe) Rugi ape?? Itu yang kita tak tauu. Haaha.

Berbeza dengan Piala Dunia lelaki, tak ramai perempuan mengambil sikap seperti lelaki iaitu menjadikan Piala Dunia sebagai agenda utama apabila melepak sambil gosip-gosip di mamak mahupun di jamban.

Bayangkan, tahun lepas tu ( masa World Cup laki) bukan main penuh mamak di wangsamaju dan laen-laen.

Lelaki gemar menonton perlawanan cantik semasa Piala Dunia. Pempuan pula sangatlah suka tengok muka player lelaki yang kacakk bermain Piala Dunia seperti Kristiano Ronaldo, Stiven Jerat dan Fernando Toreh. Jadi siapa yang bertanggungjawab nak tengok Piala Dunia perempuan? Tidakkah ini pembaziran?

Kalau nak tau, sekarang ni baru je start peringkat kumpulan.




Tahun ni kat german.


Sepakan percuma yang membuahkan gol kemenangan Jepun.


Bergaya dan cun. Aya miyama selepas meledak gol kedua Jepun untuk menang ke atas New Zealand 2-1. Terbaek a Jepun. Sokong team Asia.


Walaupun bersifat lembut, perempuan juga mempunyai keganasan tersendiri bila bermain bola. Jangan tarik baju sangat.


Yang ni pulak Jerman lawan Kanada. Jerman menang 2-1.

Laen-laen result: France menang lwn nigeria, England seri dengan Mexico.



ps: Rabu ni Malaysia vs Taiwan (lelaki la). Moga2 menang la yoe.
ps: rasanya depa maen pasang make-up tak?
pst: Kalau player lelaki celebrate gol dengan membukak baju, pengadil akan layangkan kad kuning. Kalau perempuan macam mana ye? Terlopong jugak kalu terjadi.

sekian. Apdet secara laju.

18 ulasan:

beautiful_rose berkata...

amboi....kemain suke ye ko.

aku ada tgk tadi tp kejap jelah.aku tak minat sgt tgk bola.tp bole tahan gak la dorg main tu.

-li.zue- berkata...

ohoi. kagum!

malaysia tak nak anta team ke?

dochi berkata...

amboiiiiiii laju je update hahaa .

jgn nak bayang yg bukan2 la kan .

oranglidi berkata...

beautifulros,
-hahaha. suuke laa. hahaha. 4 tahun skali kottt.
-mmg power pun depa maen.

lizue,
-kagum je? g a men skali. haha.
-malaysia? skuad wanita mlaysia kena hold kalau x silap. eh ke tu hoki. hehe

dochi,
-laajuuu la. lmbat2 kang org sebat. haha.
-amboii. ko mmbayangkan sesuatu.

Farihah Ahmad berkata...

ps: Rabu ni Malaysia vs Taiwan (lelaki la). Moga2 menang la yoe.
- ye harap2 menang. team laki mesia ada smpy tahap ni tak?


ps: rasanya depa maen pasang make-up tak?
- konfem mesti ada.


pst: Kalau player lelaki celebrate gol dengan membukak baju, pengadil akan layangkan kad kuning. Kalau perempuan macam mana ye? Terlopong jugak kalu terjadi.
- ni la ultimate reason pasepa hang follow kan???? tak padan ngn org lidi!!!!

Bella Bell berkata...

saya reti main futsal.. sebab setiap sem budak2 batch saya akan buat perlawanan futsal... heheheh!!~


tp sem lepas kaki injured masa main... dah tak boleh main lepas ni T.T



^^

Sizzling Suzai berkata...

hi dtg cni ^^ hahahha...mmg layan world cup sbb nk usha player2 y hensem2 belaka shj! xd niat lein dh!! =D

mamai berkata...

yehhh german menang

Roza Ami Nanomiya berkata...

keje x blh tgk ah
kalau x blh tgk2 kalau ada yg lawa
blh sokong

oranglidi berkata...

farihah,
-hahaha. cis. ko balas ps aku ye.
-team laki makin improve skang.
-men bola pun mekap? hahaha. abih la cair bedak.
-ultimate reason? yeahhhhh!

bella,
-wowh. baguih2. jrg ade org pmpuan men futsal. hehe
-injured? da jmpa dokter lum?

sizzling,
-amboi nama. sizzling tu. hehe
-trimas sudi singgah blog buruk ni. hehe
-haha, dah agak da..

mamai,
-antara prediction yg dibuat, german adalah juara. hehe

rozami,
-rugi22222
-takpe, bile die main malam ko leh a tngok. hehe

vampire's lovex berkata...

hohoho... aku baru thu ada lawan bola kategori pmpuan skg.. ahhaha..

ko tolong tengok kn ye.. kikiki

Anis Mohd berkata...

pakai make up ??
hahaaa
menarik gak tu klo d fikirkan

SwEetForEst berkata...

ahaha..sweet xsuke tgok pompuan main bola..ilang keayuan nye..ngeh2.. =p

aque berkata...

jom tgok malam ni!! chaiyok!!!

arryani berkata...

Piala dunia pompuan?? hmm, sukenya ko mnceritakan ttg sukan ini yea.. Sangat kretip olaha2 ayat tu.. ;P..

Bole la mntak jd pngulas sukan tuk bola sepak pompuan ni..;P

Miscellaneous Smiles berkata...

aku bnci bole hehee~

Bella Bell berkata...

haha.. tapi tak la hebat mana pon.. errr.. dah jumpa dah.. tapi sampai sekarang still sakit.. tak pe la.. lepas ni tak mau main dah.. dah pmpuan tu pmpuan jugak.. heheh!!~

oranglidi berkata...

vmpire mesir,
-haha. oke2. ak tolong tengok

anis,
-lama xdgr crte.
-ko suke pakai mekap x?

swetfores,
-haha. ayu kottt. hhehehe.

aque,
-jom2.

kak arr,
-mesti la sukkaaa hehehee.
-nanti ak jadi mcm hasbulah awang. hehe

miscell,
-ish2. rugi2. hahaa

bella,
-sakit kat bahgian mana? lutut? ligamen?
-bek g xray. hehe.
-ala, ape slhnya men skali skala.