Lu tak nak baca entri ni pun xpe. sebab panjang. Entri ini pernah wa tayangkan pada satu laman indie, bukan muzik indie, tapi penulisan indie.. nak tau klik kertas je disini.
Analisa Ringkas Filem Adik:
Lu penah dengar filem bertajuk Adik? Wa zaman baru-baru lahir dulu pernah tertengok cite ni.. Time kasih ntv7 yang sudi tayangkan semula semalam! (hari wa tulis entri ni 5 julai 09) Memang sebuah cite yang syok. Kalau lu lihat plot citenye, memang ringkas tapi sangat bermakna. Latar masa cite ni adalah zaman PM kite Tun Dr.Mahathir.. Yang wa kaji dulu, cite ni ditayang tahun 1990.. dan ada award yang dimenangi..
Latar masyarakat pulak ada beberapa lapisan kasta.. Yang menariknya ada masyarakat mekanik, masyarakat kaya-kaya sikit, masyarakat orang kurang siuman, masyarakat kanak-kanak dan masyarakat kutu dadah .. haha.. Pengarah dan pencipta filem ni memang membuat wa terkejut.. Dato’ Aziz Satar rupanya woi!..Pandai die cari kisah sebegini..
Wa malas nak ulas panjang lebar sebab wa bukan penulis sektor perfileman dan hiburan.
Filem ni bintang utamanya Mustafa Kamal zaman ‘rock ringan-ringan’ dengan bernamakan Rosli. Memang berpenampilan macho. Badan memang geng-geng bodi builder. Rambut paras tulang kipas, pakaian ala-ala rocker, kerja pulak kat kedai baiki kereta Gary (wa x ingat nama sebenar bengkel tu).
Watak yang paling menonjol sudah tentulah si ‘Mr Os’ waktu muda remaja.. Menjadi adik kepada si Rosli. Os ni walaupun dah besar, die tetap berpikiran kanak2 sebab penyakitnya. Kesian gile wei.. Kalo lu tengok, kawan-kawan die sume budak2.. Hahaha.. Yang penting kawan-kawan die sume kiut. Ada si Buzen dan si Tam (ala, yang belakon dalam cite Cili Padi tu!) mase kecik dan sangat comel..
Konflik cite ni bermula bila si Rosli jatuh hati dengan si Ayu (NorAlbaniah-lu kenal x awek ni? skang jadi watak ibu-ibu je dalam drama swasta).. Rosli jadi serba salah sebab Ayu kurang suka dengan Os. Wa rase nak lempang je bile si Os kena hantar Hospital Bahagia.. Kesian gile..
Cite ni tak kurang hebatnya sebab dibintangi juga pelakon handalan sebagai watak sampingan seperti Accapan dan Osman Kering. Acappan selaku kawan baik si Rosli dan juga watak membantu si Rosli sebagai penasihat dan pelerai keadaaan. Osman Kering pula melakonkan watak penjaga di Hospital Bahagia.. Berpenampilan kacak dan sangat lawak dengan loghat pantai timurnya, menjadi penjaga kepada si Os. Dialog yang tak boleh wa lupakan adalah masa si Os duk maen2 dengan tepon pejabat. Die bilang ” Mu jangan maen tepon! Kekgi ye kerkoh mung!” kerkoh=gigit.. haha..
Cite ni diwarnai juga watak jahat daripada Yusof Wahab sebagai Azman yang terlibat dalam sindiket dadah. Azman ni jugalah yang banyak mencetuskan serabut-serabut dalam filem ni.. dahla syok kat Ayu jugak.. Siap upah berader jahat sebab nak blasah Rosli. Last2 orang die gak kena belasah sampai cabut gigi dan hilang mata hitam!.. haha..
Antara babak-babak yang menyentuh hati wa adalah ketika Os tertikam si Rosli dengan pisau (sebab marah dengan Rosli yang nak hantar die ke Tanjung Rambutan). Si Rosli lempang Os dengan kuat waktu itu. Pergh.. menusuk jiwa woi!.. Lagi scene yang best adalah scene Os lari daripada Hospital Bahagia sampai menyorok atas pokok. Haha.. padahal abangnya nak keluarkan die dari situ.. lagi satu babak menarik adalah, pengarah filem, Dato’ Aziz Satar turut turun padang berlakon sebagai orang gila. Walaupun sekejap, wataknya cukup memberi makna. Ade ke patut? die jalan gaya orang mintak duit dengan pusing2.. ahaha.. lu wajib tengok babak tuh!
Satu scene yang wa minat adalah mase si Os tidur dengan memeluk bantal berbentuk penyu, sebab wa pernah ada benda tu kecik-kecik dulu. Kahkahkah! Di samping itu, wa terusik dengan scene Rosli bersedih dan berfikir sorang2 kat pantai.. Lagu yang dimainkan mase tuh adalah lagu Sendiri-Jamal Abdillah.. Pergh.. Best!
Cite ni berakhir dengan penangkapan si Azman dan konco2.. Os dikira membantu Polis, padahal die tengah maen polis and thief je mase tu.. Cuak si Azman tengok pistol mainan yang Os pegang sehingga tertangkap oleh polis baju biru laut dan suar coklat cerah… Latar tempat cite ni sekitar area KL je.. Cume yang Hospital tu je scene dilakon kat Tanjung Rambutan, Perak. Scene terakhir pun kat balai Polis Gombak..
Moral cite ni? Jaga lah adik beradik dan keluarga lu dalam apa jua keadaan! Ibarat kata Accapan kepada Rosli: ” Makwe lu boleh cari, tapi adik tak boleh wat ganti!” Kalau lu nak tau latar cite ni, lu boleh lawat : Laman web ini. Takpun, baik lu tonton je terus filem Adik!
Psst: Maaplah, entri ni je yang ada.. kalau lu ade lagi filem2 'klasik' yang ingin dikongsi silalah bagitau. hehe. Contohnya cite 'KAMI' lakonan Allahyarham Sudirman. Best!
Psst: wa blum jawap komen bawah? esok2 lah.