PENDAHULUANThe American Engineers' Council for Professional Development (ECPD, the predecessor of ABET)[1] has defined "engineering" as: The creative application of scientific principles to design or develop structures, machines, apparatus, or manufacturing processes, or works utilizing them singly or in combination; or to construct or operate the same with full cognizance of their design; or to forecast their behavior under specific operating conditions; all as respects an intended function, economics of operation and safety to life and propertyAntara kerja paling payah dalam dunia selain menjadi Perdana Menteri, doktor medik, peguam, hakim, ahli ekonomis, adalah
jurutera (Engineer).
Jurutera tak semestinya kerja duduk dalam ofis je 8 jam. Tapi kadang-kadang seorang jurutera akan dihantar nun jauh ke laut demi sesuap nasik. Ada juga yang dihantar duduk di tapak projek untuk menyelia, dan tidak kurang yang dihantar ke padang pasir untuk mengkaji tanah.
1.0 CABANGTerdapat banyak cabang dalam bidang kejuruteraan dinihari. Contohnya kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan air, kejuruteraan software, kejuruteraan pengangkutan, kejuruteraan tanah dan juga kejuruteraan awam. Semuanya mencabar belaka. Aku ulang, semuanya mencabar belaka.
Kereta, tayar, bas, jalanraya, bulatan, penghadang jalan, bangunan pencakar langit, alam sekitar, amoi.. semuanya berkenaan kejuruteraan.. 2.0 CABARANRamai orang memandang tinggi kepada profesion kejuruteraan. Apa tidaknya, sebelum menjadi seorang jurutera, seseorang itu perlu mendapat ijazah sarjana muda yang mengambil masa 4 tahun belajar di Institut pengajian tinggi dalam atau luar negara. Dalam masa itu, berpuluh-puluh subjek, beratus-ratus tugasan (assignment), berbondong-bondong ujian (tests) dan peperiksaan (exams) serta projek-projek yang perlu diselesaikan.
Selain perlu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif, kebanyakan subjek kejuruteraan memerlukan ilmu matematik untuk menyelesaikan masalah. Kalau tak silap, semua kos perlu mengambil hampir 6 peringkat matematik untuk layak ke peringkat selepas itu. Matematik yang aku cakap disini bukannya matematik yang sekolah menengah tu. Matematik disini adalah matematik yang jenis kau kena bezakan 800 kali, kamirkan 40kali, punca kuasa itu ini, barulah kau dapat jawapan.
“If I were again beginning my studies, I would follow the advice of Plato and start with mathematics.”
-Kata Galileo Galilei
3.0 KAYA ATAU TIDAK?Dan untuk pengetahuan anda, kerja sebagai jurutera tak tinggi pun gajinya. Jadi janganlah cepat menganggap once dah jadi jurutera dia seorang yang kaya raya seperti bisnesmen. Sebab apa aku cakap macam ni? Hahaha. Aku rasa yang dah ada pengalaman mesti tahu. Kat sini jurutera akan diuji adakah mereka bersyukur. Kan? Tapi kalau dia reti
manipulasi kejuruteraan, mesti senang jadi kaya. Bukak company consultancy sendiri contohnya.
4.0 KESIMPULAN & PENUTUPApa-apa pun, kalau nak berjaya kita kena berusaha. Rezeki ada di mana mana. Jurutera ke, hakim ke, penyapu sampah ke, driver teksi ke, polis ke, arkitek ke, pengacara tivi ke, seniman jalanan ke, artis ke, ape ape je la.. Semua saling bergantung satu sama lain sebenarnya. Ko jangan nak sombong sangat. Tak ke mana pun. haha.
pst: aku nak bukak kejuruteraan perkebunan la satu hari nanti.
pst: aku tulih pasai jurutera tak semestinya aku jurutera
pst: sapa mampu baca sampai abeh memang aku tabik la.