Rabu, 30 Disember 2009

GAMBAR PANAS DARI LENSA KAMERA MAINAN WA..

TAHNIAH TAUFIK ATAS PEMBUKAAN BLOG WINSTON MERAH... LU KLIK SINI UNTUK DENGAR SIKIT2 CERITA TENTANG KAMI.

Maap, belum berkesempatan nak jawap komen entri bawah. Entri ini mengetengahkan gambar-gambar yang wa tangkap menggunakan skill paparazi. Wa mintak maaf siap-siap kalau ada yang terlibat secara hensem.. Wa campur-campur je gambar yang ada dalam kamera wa..



Gambar paling kemas wa berjaya tangkap.. Nadia AF.. Wa ambik depan-depan. Ditangkap ketika majlis perkahwinan brader Beskot. Wa masih terkenangkan suara masa bercakap dengan dia.


Wa takkan mengulas secara panjang lebar.. SiKosong dan Jen, lu jawap sendiri spekulasi ini.. (Reben dari taman tema genting belum dibuang?)



Kalau tak silap, Razman lah paling banyak dalam gambar panas kali ini. Tengok tu, CC buat apa kat Razman


Hehehehe.. Perbincangan apa tu? Kalau kaki dah sampai ke lutut.



Lepas tu, Jen merajuk.. Candid kan?


Man mencuba dengan Lumut pulak. Tapi tak dapek. Padan muko.



Sebelum naik genting wa snap gambo Man dengan Azza ni. Lepas tu apa jadi? Lu chek it out la..

Ehem, apa cita tu ? Dahlah kat gerbang perkahwinan.. Jalak2.. Fatt pun sama..



Ha, ni candid jugak.. Beskot dan Jalak sering dilanda kontrobesi..


Gambar ni wa saja letak.



Yob Sumo di apit dengan sejati.. oleh Enulwanie dan mis Siv.. Hazri dan Fhad memerhati di belakang.



Gambar di Majlis perkahwinan abang kepada Beskot. Semuga kekal selamanya..

Gambar ni jadi panas sebab Aleen marah wa x tangkap gambo dia.




Jemput makan!! Ujar makcik dewan makan.. majlis abang kepada Beskot.

Aleen gembira benar. Man dengan Azza lagi gembira. hehehee.



Jalak macam tau-tau lagu blog wa. "Sekebun bunga nan berbuah..". Tengok gaya tangan beliau..

Gambar ni menarik sebab ada suki. Eh, sebab ada orang2 bergerak di belakang brader Shaz.



Si peguam ingatkan kamera wa merupakan sekeping cermin bersolek. hehe. (Ke tarian diwali tu?)


Yang ni kalau jadi cover album lawa kan? Kumpulan 'The 4 four'. Wa kurang ingat nama mereka.. Tolong catatkan kat komen kalau ada sesapa kenal mereka.. Suki, Sufi, Shax dan sape sorang lagi?


Lumut sentiasa dihurung peminat.


Lumut membelanja peminat sambil sms Fhad. Kanan beliau merupakan adiknya.. dan hujung skali kawan sekolah beliau..


Sekian. Trimas Kasus.

Selasa, 29 Disember 2009

Berjumpa Lumut Berjiwa Petrol

Jangan ada yang marah wa jumpa Lumut . Wa nak eratkan hubungan yang dah lama tergantung. Jangan la buat andaian bukan-bukan. Untuk pengetahuan lu, wa memang antara pembaca zaman awal blog esoksemalam (kalau tak pecaya, tengok entri2 awal nya).

Kat Genting haritu banyak sangat orang nak berdampingan dengan beliau. Maklumlah, bloger sensasi. har har har. Jadi, sempena keberangkatan beliau ke New Zealend dalam beberapa hari ni, wa buat keputusan berjumpa dengan beliau.

Wa sampai awal di terminal 1, Seremban.

Lepak di sana sambil merenung bas dan orang ramai.

Bila Lumut sampai, dia belanja Pizza Heart. (First time wa makan piza. makan dengan tangan je). Wa nak belanja air kosong, tapi ditolak mentah-mentah.. Lumut nak suap pun wa tolak mentah-mentah.. Weh, roti dengan kuah sup cendikiawan tu free ke?

Jangan salah sangka. Ada lagi orang laen. Bloger Sekut Tawar, adik Lumut (Aqilah berusia 14 tahun), dan Syafiqah (member sekolah Lumut).. Kiranya ni kali pertama wa kenal bloger Sekut Tawar.

Time ni lah kami mengambil kesempatan memperkenalkan diri masing-masing walaupun Lumut yang paling banyak bermadah (ke wa? dah tak ingat pulak). Dalam kesibukan itu sempat jugak Lumut menghadiahkan seekor burung puyuh. Wa sematkan pada kolar jaket hitam.

Petang lepas makan , kami menuju ke Jusco untuk menonton filem. Wa segan nak cakap tajuk filemnya.. Tau-tau je lah si Lumut tu.. 'Cite hantu Malaysia jugak yang nak ditonton'. Wa ikut je tuan rumah. hehe.
(Duduk sebelah Lumut bukan pekara mudah.. walaupun wa tak takut, wa menjerit jugak sebab terkejut mendengar tempikan beliau. cis.)


Bila dah habis, kami lepak-lepak kejap. Dalam sembang dengan Sekut, wa baru tahu bahawa Sekut Tawar, Pisey, Nabil Fizri merupakan satu geng.

Ha, sekejap je kan gathering ni? Tapi kira ok la, xkan nak maen snuker lah, maen futsal lah, maen saidina lah.. Sebab kalau lewat2, dia kena marah pulak kang. Nasib baik sempat bagi karya untuk Lumut. Maap lah kalau karya atas kertas usang dan guna pensel. Hehehe.

Gambar? Laen kali . Takde kabel USB la brader.. Apa-apapun, Lumut memang best dan peramah. Beliau akan naik kapal khamis ni. Malam tahun baru kat LCCT. Pada yang mau jumpa beliau, silakan. Wa x pergi sebab takut sedih pulak. Hahaha.

Trimas banyak2 Lumut dan mintak maap kalau ada terkasar bahasa .

akhir kata,

kunang-kunang dibawa berlari,
masak sebiji di tengah tengah,
apa dikenang yang telah pergi,
yang sudah tu sudahlahhh..

psst: Bagi yang mahu baca sajak jiwa petrol, klik disini .
psst: wa dah tau lumut suka siapa. hehehe.

Isnin, 28 Disember 2009

ulang bayang. Bingkisan dari neraka.

dua tiga kucing merokok,
mana nak sama si ayam di hutan,
dua tiga makan keropok,
ada ke nak kena rotan?

singgah sebentar di hujung kampung,
tidaklah berapi kalau tak ada mancis,
kalau lu nak bertarung,
bertarung lah sorang diri.. cis!

pagi-pagi mencari serigala,
mencari serigala menempah maut,
kalau lu suka menggila,
nak wa lempang sampai berbarut?

dalam kotak ada bedak,
ada bedak buat jus minuman,
kalau lu follower bijak
siapakah nama follower suka berangan?

susah-susah menjala ubi,
menjala-jala dapat jala,
apa kejadah lu nak menyepi
kalau menyepi sakit kepala!

secangkir kopi sehelai kertas,
ada mangkuk dibuat tandas,
kalau lu seorang yang cerdas,
apa lu mau diterajang sedas?

penah dengar pantun ni? ni zaman baru berblog dulu.. hhahahaahahaha.

wa di seremban jam 11 pagi ke atas (isnin 28 disember 09), sape yang berdekatan, tolong turun.

Sabtu, 26 Disember 2009

Sajak Sang Kari-Kari: Khas buat lonely renjer.

Ramai sangat yang dah ada pasangan. Hehehehehe.. rilek2..

Wa? eh, kita? Layanlah sajak sang kari-kari dicipta khas untuk kamu-kamu si'lonely renjer'.. (Takdo idea nak tulih pasal ape. hehehe.)


Dihadapan talam cappati, wa persembahkan....
Sajak Sang kari-kari:

Melalak tak tentu sebab,
angin melanggar, aku tak hirau..
dipijak, diseret, dilibas, di apa lagi?
Karena aku lonely renjer.

Kau mana dengar,
rintihan rumpun ini,
sayup sayup.
"Tolong dan tolong!" ia melolong.
Kuat, tapi hatinya lumat.
Karena dia lonely renjer.

tak layak dicintai?
tak layak disayangi?
tak itu, tak ini.. baruaa..
Karena mereka lonely renjer.

Ziut.. ziut..
ziut.. ziut.. menangis sorang-sorang?
Kadang dicari, kadang dicemari..
mereka pun mereka.
Usah fikir sangat..
Karena awak, masih lonely ranger.

Ingat, kita makhluk BerTuhan.

cukuplah empat perenggan. Banyak-banyak kang, muntah pulak. hehehee. Buat lonely renjer yang masih mencari renjer pink atau warna-warni, rilek2 je. Wa pun main hoki dulu. Siap ambik ERT untuk subjek kemahiran hidup..

"kalau belum bersedia untuk jatuh cinta.jangan cuba."
-OrangLumut-

psst: Bagi yang tak paham, jangan risau, wa yang menulis ni lagilah tak paham. Dah-dah, wa nak pegi dating dengan Lumut pulak. Jen dan CC, Man dan Azza.. makan dalam sungguh.

Rabu, 23 Disember 2009

APDETED:: Blog? No more.

PSST: Disebabkan terlalu ramai dah kenal wa, wa nak tutup blog.. kecuali kalau dapat undian tidak menutup blog daripada SUKI.. heheheehehe..


Suki ada dua henset. Satu untuk wa. Tengah download melalui blu tuss lagu Kesunyian gamaknya..kepada yang rapat dengan Suki, sila kirim salam dan mintak beliau buzz henset wa.

______________________________________________________

Salam keceriaan.. Harap masing-masing sudah makan. Wa rasa nak makan jeruk kelubi dan ikan todak masin.. 2-3 hari ni wa tengah sakit. Batuk dan selsema. Gejala jatuh hati barangkali (bukan dengan Jen , dengan wanitalah)..

Wa tak tahu lah nak menulis pasal apa.. Hari ini wa masih di perantauan.. (Bunyi hingus mengiringi tulisan)

Kita bloger dihubungkan melalui tulisan..
Rupa dan harta bukan ukuran..
Dengan itu, adanya segelintir yang menterjemahkan blog dengan mengadakan pertemuan...
Well dan!
-oranglidi-

_____________________________________________

Pasal GENTING? Memang celaka... Sorang-sorang dah macam apa perangai. Wa mengutamakan sikap berdiam diri je.. Ya lah, berdiam diri itu mencetuskan evolusi Astakona..

wa nak menjawap persoalan sikit kat blog Jen. HAHAHAHHA!!

Pasal apa wa sembang dengan Maira masa awal2? Pasal dia sorang2 masa tu. Jangan jeles sangat. Takkan wa nak cakap sorang sorang.

Pasal makan roti canai tak basuh tangan tu jangan bising2 sangat. Sebenarnya wa x jumpa sinki la. (cis)

Pasal apa wa kena singkir time main Polar Bear? Pasal wa tak paham awalnya game tu. Hihihi.. Muka blur..

Pasal tak makan time kat KFC tu, wa kenyangla.. sebab dah makan kerupuk goreng di balai polis.

Pasal SPM? wa memang x ambik SPM.

Pasal apa wa cakap Lumut sombong? hahaha.. Jangan terasa Lumut. Wa saje je cakap macamtu, nak bagi lu ingat wa sampai bila2.. dahla tampor bahu wa. sakit wooooo!! (Sebenarnya nak baca sajak JIWA PETROL untuk lu.. tapi x print pulak.)

Pasal apa pakai kain pelikat time jumpa dalam bilik pompuan? Wa memang suka corak kain pelikat. Kampung katakan... (SAPA ADA GAMBAR masa WA PAKAI KAIN PELIKAT?)

Pasal lagu kesunyian? hahahahaahhahhaah.. ntah. angin timur barangkali..


Lu tengah layan lagu kesunyian?

Pasal apa makan KFC time orang beri ucapan ? Dahtu KFC terhidang disitu.. hehehee.. Sape punya? mintak halalkan. hahhahaa.

Kenapa wa bawak 15 ringgit je? Hahahahahahaha.. wa memang xde duit. miskin dan kedana..

Pasal apa wa suka tegur Suki? sebab dia kalau nampak wa mesti dia senyum. SUKI, LU BILA NAK BUAT BLOG?

Pasal apa wa makan nasik claypot dengan tangan? sebab ianya mengancam.. cilakak.

SORI SI KOSONG, WA AMBIK YONG TAU FU YANG JEN BAGI LU. HAHAHAH!!

Pasal apa wa kasi sajak pasal Jen? Pasal dia sekepala dengan wa. Ya la, tajuknya Pelangi petang macam best.. xde idea nak bagi nama apa. HAHAHA.. (kang wa cerita pasal taik idung baru tau.). Woi, sabun FIFFY WA MAANNAAAAA!!!??
__________________________________________
SAJAK PELANGI PETANG:

Oh Jen,
Perkenalan umpama air dihujung kali,
Deras tak berhenti,
Jumpa denganmu pertama kali,
Membawa terus ke mimpi,
Tapi...
Ada sifatmu yang ku tak puas hati,
Ko pikirlah sendiri.. (subjek: taik idung)
_________________________________________

Bila dah pulang, kat KL sentral tu wa memang sengaja x nak ucap selamat tinggal. Wa blah begitu sahaja. Mungkin nampak kurang ajar. Hahahah.. tapi wa tak sanggup sebenarnya. hahahah.

Takde gambar? memang xde.. seperti kata FADH, wa bawak kamera mainan je. Heheheheh...

CERITA PASAL GENTING LAIN-LAIN, LU BOLEH KLIK DI SINI:

-JEN> ENTRI KHAS PASAL ORANGLIDI SEORANG.. celakak! dahla panjang!


-FADH> cerita pasal semua orang secara DETAIL!!!


-MR CHENTA> CERITA LENGKAP AKTIBITI


-CLAN KATIL BILIK HUJUNG: SI KOSONG


FORUM BLOGER TEGAR YANG DILANCARKAN. > kalau ada gathering lagi, lu nak join, lu klik la sini


GAMBAR GAMBAR SUMPAH MENARIK, LU KLIK DEKAT FLICKR BRADER SHAZRUL NI





QUOTE NASIHAT UNTUK WA.. ok la , lepas ni wa berubah..

"* well mamat ni ade style dan kemachoan tersendiri.. mungkin ade yg kate mamat ni saiko.. tapi bg aku kalo die xde mmg kat genting x happening. Orang lidi umpama Maskot kami di Genting, gler lawak time Jen cite die dgr lagu dari earfon yg x attach pada mane2 lubang selain lubang telinge die.. dan die terlayan lagu " kesunyian" mmg haram jadah btol wat lawak. sakit perot aku! time malam sesi ucapan tiap seorng, mamat ni selamber ratah KFC sebanyak 5 ketol kat belakang sambil pakai kain Pelikat. ko mmg Hidup lah Org LIdi.. ble ko nak update blog ko? ke camera ko bawak tu mainan je? 1st time jumpe mamat ni!"
-Ahmad Fadh, Penganjur-

"*dah la mamat ni g genting bawak 15 inggit je..haha ..ade duit kat bank..tp xnak cucuk..yang peliknye,bertahan sampai balik.."
-Syed Muhammad , Jen-

"aku ase org lidi tuh mang saiko ler....
ingt lagi mase balik tgu bas tuh..diew suh ktorg posing diew nk amik gmbar ktorg reramai...
da siap2 ktorg posing baik punyer,,tetibe die tnya..asal seme pandang kat aku nih....??
ktorg pon ckp ah..tp ko suh posing...dah ko p angkat camera ko cm nk amik photo ktorg tuh asal..
Dah tuh die jawap..oh ekkk.aku ade suh korang posing ek tadi..ok3…aku amik amik gmbar korang..

Gilew ler orang lidi. Mang saiko ler…"
-ALEEN, bakal isteri seseorang-

"oranglidi memang 'rare'.. mcm bangsat..nyesal aku kesian kat die..patotnye kita bunuh dia awl2 kat kl sentral tu..haha"
-RAZMAN, blues clues..

"betul kata orang lidi, semua orang ada masalah.
sajak pelangi petang yang dia bacakan malam tu.
rasanya xkan ada blogger2 lain akan lupa.
sebab serius menusuk jiwa kelakar aku.jiwa kelakar kami."
-Si KOSONG yang tak kosong-


"org lidi 2 mmg lawak glew bangang!
aku xthn gelak yg die lupe basuh tgn mkn roti canai 2!
die mmg best doh!lawak sial!"
-SUFI, bloger wa baru kenal


"anyway mmg best cerita,
lg2 part earfon tipu tu,
rasa nyer aku nmpk..=)

ahh org lidi mmg best..~"
-MAIRA.

"haa psl org lidi aku ingt lg die la org 1st tegur aku masa otw ke mamak

die mmg paaaling klakar!"
-MAIRA SEKALI LAGI. HEEHEHE.. CIS.

"lain kali pi mana2 event
jemput dia
wajib
wakakakaka"
-mr CHENTA, HHEHEHEHE..

"dahlah suruh aku dunlod lagu kesunyian dekat Lembaga Peperiksaan. huh semangat."- -YOBSUMO, Hensem a lu brader.

"wakaakka
aku tak nafikan dia memang lawak nam mampus"
-ah Fatt

"wanie sorang je sempat bluetooth lagu kesunyian ms naik skyway dgn oranglidi.."
-WANIE yang duduk sebelah wa. hehehehe

"hang ngan orang lidi mmg gandingan mantap,tak larat nak gelak tgk ampa dua"
- SHAZRUL machoooo

"ok aku suke org lidi.
die lawak nak mati."
-LUMUT

Jumaat, 18 Disember 2009

Hijrah di Bandar Tasik Selatan - OLAN

Wa sekarang online di gerai mamak Bandar Tasik Selatan, bersama-sama Mohd Taufik (Pemandu pelancong sementara wa di Kolumpo ni).

utamanya, ucapan tahniah buat Malaysia atas pingat emas bolasepak tu. Pingat emas acara lain tak dapat pun tak apa. Asalkan BOLA dapat emas. hehehe.. Tak rugi wa berharap.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lokasi: stesen bas

mak: mak nmpak kamu ni asyik pakai seluar sama je.. sikit-sikit suar trek.. jeans pun yang itu je lah... hm.. nak pegi kolumpo kan?

wa: ha.. kolumpo

mak: ni minggu banyak 'sale' . Nah, pitis. Buat shopping beli seluar!

wa: trimas. (memang muka terkejut dapat duit.)

Secara sumpah, wa tak penah shopping, kecuali hari raya dan hari masuk sekolah. Tiba-tiba mak wa bagi pitis untuk shopping.


lu nampak iklan bawah ni?

serta:

Pavilion
Time Square
KLCC
Masjid India
Lot Sepuluh
Sungai Wang plaza
Sogo
dan lain-lain tak dapat dinyatakan.

Lu nampak orang berselipar aneh ni (putus sebelah), tegurlah!

Maap la, wa akan sibuk ber'shopping' . cilakak. Ni rasa nak beli baju kotak-kotak jenis 'Nike' sebuah ni. Takpun tudung Yuna jenama ADIDAS sehelai nak buat skarf macam Awal Ashari dalam 'Syurga Cinta'.. Ada stok tak?

Kali pertama nak menjadi Shopphorlicks. Cuci mata pun ok. Lagi best time dalam train atau lrt (dapat sengaja jadi nasik himpit).

Kesimpulannya, sale, sale jugak, kang habis pitis menyesal tak sudah. Ok lah.. wa buat keputusan membeli seluar sehelai atas perintah mak..


psst: bukan tak nak pegi mini gathering, tapi tak kena plan pulak.. kalau sempat wa jenguk la lu semua.

psst: sabtu genting pulak, duit habis padan muka.

psst: CELAKA RAZMAN, NAK PRANK PANGGILAN HANGIT TAK KENA. KANG WA DAH TERSENGAJAMENCARUT .

ok lah. wa nak sambung menyanyi lagu OLAN ni.. OLANLIDI.

Rabu, 16 Disember 2009

awek baru, Terengganu tapi KL Genting.

Apahal rasa tak sedap hati ni?
Adakah gara-gara berlaku kucar-kacir dalam blog-blog yang wa link 2-3 menjak ini?
Atau sebab wa berdebar Malaysia lawan Vietnam penentuan Bola sepak esok? (semuga menang)
sebelum apa-apa wa mintak maap kalau wa jarang pegi blog lu komen, tak reply komen dan macam2 lagi. Sibuk jadi penjaga rumah..

################################################

Ahad lalu wa sibuk benar dengan aktiviti mengelilingi Terengganu bersama-sama awek baru dan Alamin. Awek baru wa memang sayang wa. Sikit-sikit nak puji.. Sikit-sikit nak suruh wa nyanyi lagu My Heart lah, lagu Kekasih Awal Akhir lah, lagu Bikos Of You lah, Jenazah Cinta lah.... Nasib baik wa tak mengamuk.



awek baru.. (Berbaloi.walaupun seken hand, habis jugak duit gaji kerja2 bercucuk tanam)

Tujuan sebenar melepak di sekeliling Bandar Kuala terengganu adalah untuk mencari idea untuk penukilan puisi-puisi yang akan wa terbitkan tak lama lagi. Puisi 'Bahang Rambang' dah hampir nak siap ayat pertama.. cis.. Dalam masa yang sama, Alamin nak bayar saman. WOI, nasib baik bayar awal. Kalau tak dah nak masuk mahkamah syariah, susah brader...

Lepas seharian melawat Bandar, Mydin Mall, Bukit Kecik, Stesen Bas, Batu Burok, Bukit Tunggal, JPJ , Balai Polis bahagian Trafik, Pulau Duyung (tengok monsoon cup punya kapal), Lapangan Terbang, Dataran Syahbandar dan lain-lain, wa pegi ke lokasi paling ditunggu-tunggu:


apahal dalam gambar tak keluar pulak asap keropok n sotong goreng tu?

Hidangan di atas menjadi KEWAJIBAN wa di Terengganu.. -Bila poket dah berisi sikit, inilah tempat lepak paling 'funky' cakap orang Kuanten.. Antara makanan dan minuman paling popular di Terengganu.. Lokasi nya di Pantai Teluk Ketapang!!! DATANG JANGAN TAK DATANG!

dari kiri: KELAPA MUDA (isi lu korek sendiri), KEROPOK LEKOR (bebas taun dan ikan segar), SOTONG CELUP TEPUNG (segar) ! Sumpah sedap!
Kami menikmati hidangan sambil menjenguk udara pantai, menghidu bau perfume awek-awek unibersiti, mengintip amoi-amoi buatan terengganu, dan melihat kanak-kanak berlari keriangan..

Harga? Lu jangan risau.. Duit wa malahan bertambah setelah makan disini. hehehe..

OK LAH, WA DAH NAK BERTOLAK KE KOLUMPO PAGI NI (KHAMIS).. DENGAR CERITA ADA GATHERING SABTU NI.. JADI WA NAK MELEPAK DI KUALA LUMPUR AWAL2 LA. MERASA HIDUP JADI ORANG BANDAR SESEKALI APA SALAHNYA. HA HA HA HA.


PSST: Kalau lu jumpa lelaki berselipar dalam gambar diatas kat area Selangor KL, sila tegur. Sebab itu selipar wa. Walaupun putus tali sebelah, wa tetap pakai. X de duit boss.. Jangan ingat wa orang gila pulak. cilakak..

ADA WAKTU , KESEMPATAN DAN UMUR , WA BERBLOG LAGI.


akhir kata, " hidup sempoi-sempoi sudah.. asalkan jaga adab dan agama." -oranglidi

Selasa, 15 Disember 2009

Polower, lu Terkenang?.

Sapa baca sampai habis memang macho.
Itu hari wa ada cakap pasal takut dengan bilangan polower. Tadi duk lepak-lepak dengan entri-entri lama, wa terjumpa entri bawah ni. Lu tau bilangan polower masa entri tersebut disiarkan? Belas-belas. :


------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada lu semua!

Wa target dalam 20 orang je follower blog ni. Senang sikit wa nak melayan kerenah. Tak payah wa sibuk-sibuk promot blog wa. Wa nak 'concentrate' lu semua senang sikit.. Wa dah tengok blog Pak Anwar, Pak Najib dan Che Det.. mane ade mereka peduli suara rakyat.. bila komen beribu-ribu, depa tak layan pun.. lu komen, depa dapat duit.. kan?kan? (lepas tu DR.M JAWAP WOOO.. )

Lagipun wa nak berkarya untuk orang mau baca aje. Wa tak nak jadi orang melupakan LIDI.. Kalau dah rezeki 14 ribu orang follower wa tak kisah pun. Haha.. Dan peringatan kepada follower wa yang tak aktif: wa tendang kang!

kepada cik Milo ais (http://milimilo.blogspot.com/) time kasih sudi bagi hadiah. Kalau dapat ding-dang ke, Tora ke, wa lagi suka.. lebih-lebih lagi kalau dapat kayu hoki (kan wa ade janji nak buat post pasal ni?)

ni senarai follower aktif wa yang dapat dikesan (wa tak susun ikut turutan dan x letak link):

-Kuda kertas yang sentiasa berkuda-kuda > sibuk bercuti
-Cik Anis yang mencari-cari (beliau suruh tulis suka tidur dan makan..haish..) > komentar tegar
-innz yang berbuat kuih sedap > komentar tegar
-Miss Terra yang bahasanya sasterastik > seminggu ni menghilang.
-brader roshaizul orang dungun > tergelak sorang-sorang baca blog ni
-Aie si kameramen
-milimilo yang bagi hadiah > selamat berkahwin (kakak dan abang beliau)
- kapten luffy yang sentiasa koncern > dah ada blog baru skarang
-dude yang dah nak kawin > mana dia skang. slalu jgk nampak kat blog org laen.
-kakijalan yang suka bermain badminton? > kini digelar RAfIQ.
-zatieska abd rahman yang tenang sentiasa > jgn tutup blog lu.
-azie yang suka komen blog wa > bercuti barangkali.
-sharamli yang baik hati> yang ni memang tegar!
-dan sape2 yang lain (kalu wa lupe nama lu sila buzz kalau berani)



So, terimalah serangkap pantun daripada wa

daun selasih pokok pinang,
pokok pinang ade ke duri?
kalau lu nak kena tendang,
tendanglah diri lu sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------

wah.. best jugak baca entri lama-lama kan? Takkan oranglain nak baca entri lama-lama kita kalau bukan kita sendiri. Lu boleh baca entri ni dengan menekan disini.

"aku dah janji choki2, itu muktamad..ko toksah gedik2 nak tora aman ke ding dong ke..ko tu dah la xbg name,kang aku pos xde name adiah tu,lgsg antu2 yg dpt mkn choki2 yg lazat dr org comel cm aku.. :)

bagos r ko target rendah je..salu org target rndah ni,pncapaian tinggi..huhu"
-KOMEN berbaur comel dari MILIMILO-

psst fakta penting: lepas menang peraduan milimilo, berpuluh-puluh polower datang mempolow. Wa rasa ini lah titik permulaan ramai orang datang blog cakapwa.

psst: susah jugak mahu menghargai kesemua orang.

psst: kalau berkesempatan, baca la entri-entri lama blog ni. Bagus untuk anak-anak anda. Trimas kpada yang masih sudi membaca sampai sini. haha.

psst: maap weh, wa memang jarang benor mntak orang polow. apatah lagi pegi blog orang untuk promote diri. hahaha. Awal2 memangla.

psst: nak terus jadi bloger biasa-biasa je. macam skang..

Ahad, 13 Disember 2009

Rukhsah Dalam Bercinta.

Ade sape-sape tahu rukhsah dalam bercinta? Tolong beritahu sikit. Wa nak buat buku motibasi. Tajuk dia 'Rukhsah dalam Bercinta.'.

Hari tu wa nyaris-nyaris jugak buat buku tajuk 'Rukhsah dalam Solat', tapi tak de TAULIAH la pulak.

Contoh rukhsah yang wa boleh bagi adalah seperti berikut:

>pakwe boleh mencari makwe 'spare'
>makwe boleh pergi main tunggang kuda depan shoping kompleks dengan kawan-kawan sekelas beliau
>makwe boleh memakai perfume yang disukai diri sendiri.

Sila beri idea sekreatif mungkin. Hahaha. Nanti wa quote kata-kata lu.

Hahahah..

psst: Rukhsah = kelonggaran. Mungkin? Ke ada makna lain brader & sis yang blajar bahasa dan nahu arab?

psst berfakta penting! :
Taman Rashidah Utama bertempat di Terengganu (Marang) , manakala Taman Astakona di Melaka Darul Khusus (Ke xde darul?). Kesimpulannya, kumpulan Rockers kapak dah lama mengalun-alun tentang bercuti-cuti di dalam Malaysia. Cinta Pantai Merdeka (Tropika) dan Cinta Bandar Tasik Selatan (Olan) contohnya.

Khamis, 10 Disember 2009

Aktiviti Harian Saya.

APDET JAM 1.40 PAGI: WA DENGAR MAS KAHWIN MINIMA KAT SELANGOR DAH NAIK RM 300 DARI RM 80. WA DAH CHEK DALAM BANK TADI.. hasilnya? kawen dengan orang Sarawak la..

Bangun subuh tak payah cerita lah. Benda basic.

Bangun pagi, hirup teh o (Baca doa bangun tidur tu juga x payah cerita. Walaupun kadang-kadang tertukar dengan doa lepas makan.)..

Mane boleh gosok gigi dulu.. Orang tua-tua cakap minum teh o lepas bangun (tanpa mandi dan gosok gigi) adalah sebahagian nikmaat dan hikmaat.

Ramai jugak anak jiran datang rumah pepagi.. Bermain-main dengan adik wa. Umur muda-muda lagi.. Kalau yang dah remaja tu, takkan nak datang maen pondok-pondok dengan wa. Baek maen chatting.
Deme datang main konda kondi ke ape wa pun x ambik tahu sangat. Yang penting tak berjudi.

Tengok mak abah bertolak pegi kerja.

Dengan memakai seluar trek jenama 'cheetah' hijau, baju 'kappa' saiz besar.. Pergi keluar rumah start motor beberapa minit. Masuk rumah, ambik baju-baju yang dilabel 'untuk dicuci', letak dalam mesin membasuh. Jenama Electrolux.

Masuk dapur, goreng jemput-jemput ikan bilis secara kuantiti 4 orang makan.. Begitu juga air teh o.. Menu mengikut mood tukang masak. Panggil adik-beradik makan. Makan cicah dengan sos. Sambil tu membelek surat khabar (kalau ada).

Bila jemput-jemput dah nak habis, dapur haruslah diperkemaskan. Basuh pinggan sampai licin sinki.. Sapu lantai, mop ape yang patut, dan kemas benda-benda serabut.


suasana desa yang permai. depan rumah..


Wa pegi luar rumah. Streching satu dua.. Praktis silat cekak.. Ha, wa ahli PSSCM.. Praktis sorang-sorang je lah. Praktis dengan adik kang, ade yang masuk hospital kerajaan. Pagi dikampung memang indah. Udara super nyaman!!
Time inilah juga dimanfaatkan sepenuhnya. Mane tau ade awek-awek lalu. Boleh buat-buat baling batu kerikil. Hehehe.

Kalau baju dah siap dibasuh, wa jemur di ampaian. Kalau tak, biar je lah.

Mandi pagi lu jangan banyak soal. Ada masa wa curi lah masa tengah goreng jemput-jemput ke..

Lepas tu barulah start kerja serius. Ke dusun. Kadang-kadang ke kubur. Tolong Pak Hamid bersih-bersih mane yang patut. Belah kayu api. Kutip buah kelapa. Kupas sabut buah kelapa. Punggah buah-buahan masuk lori. Bila matahari dah naik, barulah pulang ke rumah untuk makan.


kerja bersih kubur. dekat je rumah wa.

Kerja-kerja yang disebutkan adalah bebas samada wa nak pegi atau tak. Menarik kan? Gaji wa tak kisah berapa pun. Asalkan kerja halal. Cerita Belalang memang wa jadikan teladan.


Aktiviti petang dan malam adalah dirahsiakan. Sebab ada aksi rempit dan lepak di pantai. Ish3..

Itu lah serba sedikit gaya hidup orang kampung. Ni tak termasuk kalau kerja-kerja nelayan lagi. So, ada sape2 mau masuk minang?

psst: topi hilang waktu kem... tapi saudara TAUFIK dah hadiahkan satu. Siap ada lambang Polis. TAUFIK, KALU LU BACE NI, SILA TINGGALKAN LINK BLOG LU!

psst: THIRD ROCK FROM SUN MEMANG BEST ! MACAM CELAKAK. (Khamis malam Jumaat 12:30 tgh malam.). Tak dilupakan Kappa Mikey (tv9 pukul 4 ptg hari ape wa x tau .isnin ke khamis mungkin.)


Rabu, 9 Disember 2009

E-nosen

Wa dah habis tonton Ketika Cinta Bertasbih... Wa tak puas hati sebab ceritanya bersambung. Time dia keluar perkataan 'bersambung' tu wa memang hangin. Perabis je lah woi. Tapi nak tak nak wa akui. Cerita tu memang best. Brader Azzam belajar 9 tahun di Azhar.. Sambil tu buat tempe?? Memang wa respek kalau ade orang macam dia. Rilek je. Awek yang nama susah nak sebut tu pun hensem.

##################~~########################


Dah, tu sekadar intro. Lu tengok la sendiri cerita tu. Baca novel dia pun bagus. (Wa x baca lagi pun.)


gambar sekolah wa.. sekolah kampung..


SEKOLAH KAMPUNG- Hari itu keadaan gempar kabut di asrama. Gempar sebab berlaku 3 hingga 4 kes kecurian dalam masa 2 hari. Memang celaka. Apahal lah kalau sebut asrama je, mesti ada kecurian? Dompet, wang saku, biskut dalam laci (robbok), baju mahal (jersi), neck tie, blazer, jam tangan Licorn, kamera, surat dari awek, dan lain lain lagi menjadi mangsa curi..
..Dalam dorm wa.., seperti biasa, kalau ada berlaku kegemparan, kami mulalah bergosip. Bukan orang Asrama puteri je pandai gosip bawah pokok sambil makan cikedis..

"Ni perbuatan toyol!" Jelas Shahril yang memang suka baca Mastika..

"Lu ni tak habis-habis alam ghaib lu.. sikit2 toyol la, Hantu Rambo la, entiti bukti la, puntianak gedik la, nasik kangkang la!" Balas Rumzi sambil mengelap spek. Beli kat Optometris Sanadi tuh.

"Babi, babi dan babi!!!!" Jerit Hasiq yang baru pulang dari ampaian. Tergesa-gesa nampaknya. Hasiq memang budak kaya dari Kuantan. Lagu Jesnita-Exist memang menjadi siulan zaman tu. Wa rasa barang beliau dah dicuri..

"Rilek Siq, rilek.. jangan babi banyak sangat.. nanti terbelahak." Ulas wa sambil membetulkan kedudukan duty roster dorm.

"Macam mana wa mau rilek?! Spender wa kena songlap siall ! Celaka! Spender pun nak songlap! Dahla Lee Cooper!" Jelas Hasiq yang dah tak tahan. Banyak jugak carutan yang wa tak sempat save dalam minda.

"Siq, songlap spender tu macam mana? dia kasi gunting ke?" Soal wa kepada Hasiq sambil tergaru-garu kepala yang tak berkutu.. Outing haritu wa beli syempu sunsilk kaler hitam. Berkesan.

Tiba-tiba satu dorm yang mengandungi 20 remaja bergelak ketawa. Pecah berderai suasana petang itu.

"Lu ni memang lawak la ***** ******** ***** (o nama e wa) !". "Lawak lu memang berlaku diwaktu yang memerlukan." Ujar Hasiq yang nampak dah tenang sikit.

Dahtu lu pegi cakap bahasa KUANTAN, wa memang tak paham la. Wa ni orang kampung. Mane la reti cakap luar ni. Lagi-lagi Kolumpo dan Utara. >Wa cakap sorang2..

Haritu kat kem pun sama. Dekat 2-3 orang kompelin wa ni sorang yang lawak. Amy cakap wa ni 'lawak innocent'. Wa tak paham langsung term tu. Salahkah wa?? Lepas ni wa nak berdiam je la kalau jumpa orang.

psst: Songlap tu bahasa Kuantan ke? Atau wa yang tak tahu itu perkataan bahasa Malaysia?

psst: tadi rancangan Ewah-Ewah memang best. Ali Terarosa dengan Tiar Jinbara menang di saat akhir.

psst: petang tadi wa singgah kedai jual kuih. Awek yang jaga kedai tu boleh tahan jugak. Tudung labuh plak tu. hehehe.

psst: bahasa terengganu> robbok=almari

psst: wa skang addict dengan cerita BOLA KAMPUNG, MHI, ULTRAMAN MAX, CONAN, USOP SONTORIAN, dan HAIWAN TELADAN (abang amar dan kak ady!)

apehal banyak sangat psst ni. cih..

BENDA BASIC

Rilek, baca sampai habis.







SUMPAH WA PALING TAK SUKA ENTRI JENIS MENGANGKAT-ANGKAT ATAU MERENDAH-RENDAH KAN JANTINA.

contoh: lelaki suka mungkir janji, bla, bla bla.. last2 lu kawen dengan laki jugak.
contoh: pompuan is problem (merujuk pekara diatas.)

WA HARAP NI KALI TERAKHIR WA DAPAT EMEL SEPERTI DI ATAS.

DAH, WA MALAS DEBAT PANJANG2 PASAL BENDA NI. TUHAN JADIKAN LAKI DAN POMPUAN UNTUK SALING LENGKAP MELENGKAP. FULLSTOP.

Selasa, 8 Disember 2009

Mama lu berintelektual tinggi.

psst: Slamat pengantin baru buat Lan Kristal. Lu memang penyambung legasi rock brader!

Ya, wa akui.. mama lu seorang berintelek tinggi. Wa perhati kereta pun dah tahu. Kalau bukan doktor, mungkin engineer, lawyer atau apa-apa lagi kerja kaya. Mercedes siri berapa entah. Yang pasti tampak riak-riak profesional dan kaya. Pakai spek, kasut tumit tinggi, beg kulit dan baju kelip-kelip..

###

Stesen Bas Kuala Terengganu.

Ni berlaku minggu lepas. Sebelum pergi kem. Seperti kebiasaan, wa kalau ke mana-mana akan berpakaian mudah dan serba ringkas.. Nak kata selekeh, terpulang. Pakai seluar trek, dengan bawak sehelai jacket takut kesejukan. Baju 'teen's club' menjadi pilihan. Topi sudah tentu tidak ketinggalan. Wa bawak beg galas dua helai.

Sedang menunggu bas SP Bumi bukak pintu, wa ternampak dari jauh seorang ibu berdampingan dengan anak lelaki remaja nya.. Seperti pernyataan di atas, wa dapat bau itu adalah famili kaya. Duit dalam poket mesti selalu penuh. hehehe.. Si ibu menghantar anak sampai ke muka pintu bas..

Keluarga yang terdiri dari seorang ayah, mak, anak lelaki remaja dan anak perempuan kecik itu menghampiri wa.. Naik bas sama dengan wa. Terengganu ke Lumut lalu Grik.

Tiba-tiba, wanita tersebut memandang wa. Wa menyambutnya dengan senyuman. Wa taknak la kena kutuk tak 'berbudi bahasa budaya kita'. Sekali, dia buat tak endah. Takpe, tak perasan barangkali.. Tak pun sibuk memikir masalah mesyuarat itu ini..

Naluri wa terdetik mau mendengar perbualan anak 'kelihatan manja' dengan mamanya itu. Yang paling jelas wa dengar, "Along jangan kawan dengan orang macam tu.. yang pakai topi itam tu..Mama tak suka sangat..". Wa pandang kanan kiri. Wa sorang saja pakai topi hitam.

Wa buat tak kisah pun. Takkan wa nak herdik seorang mama kan? hehe. Wa tau, setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Lagi-lagi golongan 'alpha beta kappa' (intelektual tinggi)..

Pengajaran: Dahtu bila atas bas anak lu tertinggal kunci laptop, pastu kredit tepon takde, sape yang tolong? Orang selekeh ni lah jugak. Moga-moga lenkali kalau lu ternampak lagi orang kampung macam wa ni, tak payah la duk sindir2.

psst: trimas kasus banyak2 kepada yang sudi polow blog ni.

psst: takziah buat mangsa rempuhan kereta di KBMall haritu..

psst: setiap hari adalah hari ibu.

Sabtu, 5 Disember 2009

Frenster dah berubah wajah. Wa baru perasan. Fesbuk bila lagi?

Semalam menggongjeng di bandaraya Ipoh. Dah blank tak tahu nak wat apo. Lepak lah di pusat membeli belah. Kyle XY takde pusat lagi ke? Tebuk kang. 

Lepak semalam adalah lepak paling lama seumur hidup wa. Tak pernah lagi lepak sampai pukul 3 pagi. Hehehehe. Lepas makan diner, wa dengan kutu2 pegi men boling kat Ipoh Parade. Orang ramai macam celaka. Tak reti ke nak buat bacaan Ya Sin malam2 macam ni? ceh.

Secara sirius. Ni kali pertama wa membaling boling. 1 Lane 2 game. Game ke2 wa strike dua kali. Menang terus. Perasaan berkecamuk jugak sebab macam tak percaya sangat. Tapi ibarat pepatah kata kutu-kutu, first timer memang ada luck. Jadi good luck lah tu. cis.

Lepas tu karok di Shogun Gopeng. Beratus2 lagu jugak dilayan. Dari rock kapak sampai ke beksteret boy. Sampai serak serak brader Nash Lefthanded ni ha.. Dengar x? Hahahaha. (Dekat RM 100 jugak habis semalam. Badigoll..)

Oke lah brader sister, malam ni wa chow ke ganu dulu. Dah xde apdet dalam masa berdekatan gamaknya. Monsun kap hari terakhir esok. Kalu lu ade tengganu, wa ade kat sane. Dah nampak tu tegur la ehem2 ke, peewit ke.. wa x kisah sangat dah. Member member je punn..

psst: wa xde frenster. Apatah lagi Fesbuk. Blog sebijik pun dah x terjaga.

psst: wa doakan agar Pemimpin2 di Malaysia ni terbuka hatinya untuk berdamai.. Sampai doa2 pecah perut tu wa agak terkilan. Sejauh mana kebenarannya kita tak tau. hehehhe.. Sebab tadi petang wa bermimpi PM Najib , TokGuru Abd Hadi dan Nik Aziz berbaik2 depan Agong. Apakah maksud disebalik mimpi ini? Adakah wa akan menjadi PM?

 CHOOWW!!

KEM YANG WA PEGI DIBAWAH ADALAH OUTWARD BOND SCHOOL. LU GOOGEL SENDIRI.

Jumaat, 4 Disember 2009

Tak Reti - Reti?

Lu tak reti-reti? Lu sihat? hahahah.. Ofkos mula-mula sekali wa mau mengucapkan selamat hari raya kepada diri sendiri. Wa beraya dan berkorban di sebuah camp. Memang ketenteraan. Lu bayangkan seminggu wa sibuk ber'camping'. Jadi takkan wa mau online ketika berdayung sampan? Wa menyusun jemari memohon sori kerana lama tak pergi blog2 lu. Lu jangan merajuk sangat. Cis..

Ah, dia punya letih lu tak usah tanya. Susah senang dihadapi bersama. Kaler kulit memang dah berat ke kegelapan. Pembakaran mentari memang dahsyat. BERKAYAK dan BERWHALER bagai nak rakk. Dapat kawan-kawan baharu. Wa malas sangat nak cerita pasal kem ni. Panjang benor.. Wa online ni pun atas ehsan kawan.Gambor pun  tarak.

Yang penting, wa berjaya MEMBUMIKAN BUDAYA HIDUP ROCK KAPAK ke atas kawan-kawan baru sepanjang kem tersebut. Tak salah kan mendendang lagu rock kapak sewaktu mendayung 'whaler' (dan sambil baring atas pokok di pagi buta)?

Sepanjang unblogging ni wa agak tak tahu apa yang dah berlaku. Kalau ada yang nak report2 kena buli tu silakan report. Wa nak buli balik. Nanti ada kudrat wa terjah la blog lu. Bagi yang tiba-tiba polow dan link wa, wa sori benor sebab wa belum ada masa yang cukup untuk klik klik blog lu. Hehehe. Trimas Kasus dan Salam perkenalan diucapkan!

OKEH, WA CHOOWW YUN FAT DULU~!!!!

PSST: LENKALI LA WA SEMBANG PANJANG2. WA BARU SETTEL KEM NI, TAKKAN NAK PECAH KEPALA PIKIR APDET2..

PSST: WA JUMPA SORANG DUA BLOGER KAT SANE JUGAK (etc princess irda ixypixy dot blogspot) .. HEHE.. SIAP PANGGIL ORGLIDI.

PSST: WA MENULIS ATAS LEPTOP ALAMIN. Seorang yang Hensem.